PULAU PINANG 23 Mei - Ketua Menteri, Lim Guan Eng
dibidas kerana cuba mengugut media dengan tindakan saman sekiranya
mereka menyiarkan sesuatu isu yang tidak disukainya.
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Huan Cheng Guan mendakwa
tindakan sedemikian menunjukkan Setiausaha Agung DAP itu seorang
hipokrit.
"Ketua Menteri baru-baru ini memakai baju hitam dan reben kuning sebagai sokongan kepada Hari Kebebasan Media pada 3 Mei lalu.
"Sekarang dia pula ugut mahu saman media yang siarkan isu tidak digemarinya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tindakan Guan Eng mengugut media itu disiarkan di dalam laman web YouTube.
Dalam rakaman itu, Guan Eng mendakwa mahu menyaman mana-mana akhbar
sekiranya mengeluarkan berita mengenai isu yang dikatakan tidak
digemarinya.
Guan Eng dipercayai bertindak demikian apabila disoal mengenai
kesahihan cerita mengenai skandalnya dengan seorang guru wanita sekolah
Cina seperti yang disiarkan di dalam laman web berbahasa Inggeris http://stopthelies.my sejak dua hari lalu.
Sementara itu, Cheng Guan memberitahu, Guan Eng tidak sepatutnya
bersikap sedemikian terhadap wartawan, sebaliknya boleh memilih untuk
tidak mengulas.
"Beliau boleh menjawab 'tidak' sahaja atau enggan cakap langsung, tetapi kenapa mahu ugut media dengan saman," katanya.
"Saya akan berterus-terang dengan soalan yang ditanya oleh media
kerana tidak bimbang reputasi terjejas sekiranya tidak membuat sesuatu
yang salah," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 24/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan