KOTA BHARU 23 Mei - "Karpal Singh orang tua,".
Demikian reaksi ringkas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat apabila ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP itu yang dikatakan
mahu individu bukan Melayu iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan
Eng menjadi Perdana Menteri.
Nik Abdul Aziz yang ditemui di kediamannya di Pulau Melaka dekat sini
hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut kenyataan Karpal tersebut.
Semalam, pelbagai pihak mencabar pemimpin tertinggi Pas termasuk Nik
Abdul Aziz untuk membuat kenyataan sama ada bersetuju atau tidak dengan
Karpal yang dikatakan mahu individu bukan Melayu iaitu Guan Eng menjadi
Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum
Ke-13.
Cabaran tersebut dilontarkan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) yang melihat insiden kononnya Karpal hampir tersasul menyebut Guan
Eng sebagai Perdana Menteri pada satu majlis di pasar Air Itam, Pulau
Pinang sebagai bukan disengajakan.
Sebaliknya, NGO-NGO terbabit melihat pihak berkenaan sudah memasang
niat untuk memastikan perkara itu berlaku jika pembangkang menang pada
pilihan raya umum nanti.
Dalam insiden berkenaan yang dilaporkan oleh The Star, Karpal menjelaskan bahawa tiada salahnya dengan konsep bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.
/hwa: utusan.com.my | 24/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan