KUALA LUMPUR 24 Mei - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan
Pengerusi DAP, Karpal Singh ada menyebut 'selagi hidup beliau akan terus
berjuang untuk memastikan bukan Melayu menyandang jawatan Perdana
Menteri' seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.
Seperti biasa, Kit Siang menyalahkan akhbar itu berhubung laporan
tersebut dengan berkata, apabila DAP muncul di laporan muka hadapan ia
berita buruk dan menimbulkan masalah politik kerana ketiadaan etika
serta kejujuran dalam penulisan berita.
"Saya bercakap dengan Karpal melalui telefon pada waktu rehat
mahkamah. Karpal memberitahu beliau hanya menyebut Perlembagaan
membenarkan semua rakyat Malaysia layak menjadi Perdana Menteri tetapi
menafikan menyebut selagi hidup.
"Kapal memberitahu, laporan Utusan Malaysia yang menyebut
selagi hidup beliau akan terus berju ang untuk memastikan seorang bukan
Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri adalah tidak benar," katanya
dalam laman sosial Twitternya hari ini.
Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kenyataan Karpal itu meskipun
pembangkang ketika ini bersetuju Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon
paling layak memegang jawatan tersebut.
Menurut tokoh veteran DAP itu, beliau secara peribadi menganggap
tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang
bukan Melayu kerana tidak termaktub dalam Perlembagaan bahawa hanya
orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri.
"Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.
"Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi
Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan
memperjuangkan impian ini," katanya.
Pada masa sama, Karpal juga mengakui beliau tersasul menamakan
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai calon Perdana Menteri bagi
mewakili pembangkang selepas perkara tersebut didedahkan beberapa akhbar
berbahasa Inggeris.
/hwa: utusan.com.my | 25/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan