KUALA LUMPUR 24 Mei - Negara akan dilanda malapetaka sekiranya Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri.
Ahli Majlis Syura Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI),
Hamidzun Khairudin berkata, ini kerana pembangkang bercita-cita
menjadikan negara ini sebagai sebuah republik.
Bagaimanapun, ujarnya, hasrat pembangkang itu hanya dapat dicapai dengan melakukan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.
“Kemungkinan besar perkara-perkara yang berkaitan institusi diraja dan hak-hak istimewa Melayu serta bumiputera akan dipinda.
“Sekiranya pindaan itu diluluskan, negara ini akhirnya akan dikuasai
oleh golongan cauvinis yang diketuai DAP," katanya ketika dihubungi di
sini hari ini.
Beliau mengulas pendedahan seorang penulis Barat, Jonathan Smith
bahawa Anwar adalah pemimpin tanpa wajah yang boleh berubah mengikut
arus, persekitaran serta rasa hati demi kepentingan peribadi.
Hamidzun menambah, masa depan negara akan menjadi kucar-kacir apabila
golongan majoriti terpaksa tunduk kepada kehendak puak minoriti.
Kata beliau, senario berkenaan bukan sesuatu yang mustahil kerana
Anwar dikenali sebagai seorang individu yang bersifat oportunis.
“Kita dapat melihat bagaimana Anwar mempergunakan Angkatan Belia
Islam Malaysia (ABIM) dan UMNO untuk melonjakkan kerjaya politiknya.
“Kini, Anwar sedang melakukan perkara serupa terhadap Pas sehingga mengakibatkan kerosakan dalam parti itu," ujarnya.
Bagaimanapun, Hamidzun memberitahu, Anwar sedang berdepan kesukaran
mencapai cita-citanya itu setelah rakyat dapat melihat tembelang
sebenarnya semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
/hwa: utusan.com.my | 25/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan