KUALA LUMPUR 22 Jun - Krisis dalaman Parti
Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor dipercayai berpunca ekoran perebutan
dua kumpulan dalam parti itu terhadap Geran Selangorku berjumlah RM300
juta di bawah Perbadanan Menteri Besar (MBI) negeri berkenaan.
Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun
Khairuddin berkata, pertelingkahan antara kem Menteri Besar Selangor,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali
bukan lagi rahsia umum, malah semakin memuncak.
"Saya tidak akan terkejut sekiranya pada sidang Dewan Undangan Negeri
(DUN) Selangor pada bulan Julai ini bakal berlaku kejutan yang lebih
besar melibatkan parti-parti dalam pakatan yang tidak berpuas hati
dengan Menteri Besar.
"Tempoh sudah semakin singkat dan wang juga harus dihabiskan dalam
waktu yang singkat. Mereka tidak akan menghiraukan prosedur kewangan
kerana hendak sapu wang dalam Geran Selangorku sampai licin," katanya
ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, krisis dalaman PKR di Selangor semakin panas apabila
Pengarah Strategik PKR Pusat, Rafizi Ramli mengumumkan peletakan
jawatannya sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi negeri.
Tindakan Rafizi terjadi hanya dua hari selepas Abdul Khalid
mengeluarkan kenyataan mempertahankan Setiausaha Politik, Faekah Husin
yang dikatakan menghadapi tekanan meletakkan jawatan daripada penyokong
Azmin.
Sebelum ini, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga bekas Exco
kerajaan negeri itu, Datuk Dr. Hasan Ali pernah mempersoalkan dana RM300
juta di bawah geran Selangorku semasa sidang DUN bulan Mac lalu.
/hwa: utusan.com.my | 23/6/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan