LAUNGAN anak muda di Taman Esplanade KLCC bersempena program
1Malaysia For Youth (1M4U) Ahad lalu, sangat memukau sehingga dikatakan
boleh didengar sekitar Jalan Ampang.
Kehadiran Perdana Menteri,, Datuk Seri Najib Tun Razak telah
mencetuskan fenomena luar biasa kepada anak muda di KLCC . Beliau muncul
bukan dengan memakai baju rasmi tetapi kehadirannya secara santai
menyebabkan anak-anak muda berasa teruja melihat wajah Perdana Menteri.
Lebih menarik lagi beliau boleh duduk di atas tangga bersama puluhan ribu anak muda menyaksikan pelbagai persembahan .
Jarang kita melihat seorang Perdana Menteri bersantai bersama anak
muda dan sanggup mengetepikan segala protokol dan atur cara rasmi Najib
kini boleh dikatakan sehebat aura artis popular malah menjadi tarikan
yang amat kuat kepada rakyat Malaysia untuk hadir dalam program yang
disertai beliau.
Saya berpendapat rata-rata anak muda di Malaysia sangat berbangga
dengan semangat yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri yang berterusan
memandang anak muda sebagai agen kepada transformasi.
Pengiktirafan Najib terhadap sumbangan anak muda memang tidak
dinafikan lagi malah ia telah membawa perubahan kepada suara anak muda.
Ke mana-mana sahaja beliau pergi , sudah pastinya ramai anak muda
hadir dan berkerumun untuk menemui Perdana Menteri. Ia boleh dilihat
dalam program Himpunan Jutaan Belia yang diadakan pada Mei lalu, ratusan
ribu belia membanjiri Putrajaya sewaktu program perasmian.
Kehadiran mereka bukan secara paksa atau dibayar, sebaliknya hadir
kerana sangat teruja dengan keikhlasan seorang Perdana Menteri
menyebabkan mereka gembira disebabkan Najib telah melaksanakan pelbagai
program dan insentif untuk anak-anak muda.
Pelbagai pendekatan dilaksanakan oleh Perdana Menteri seperti
berhubung secara langsung melalui media sosial seperti facebook, twitter
dan blog membuktikan bahawa beliau sentiasa mengikuti perkembangan
minda anak muda semasa dan boleh dikatakan Perdana Menteri berjiwa
pemikiran anak muda.
Lagi mengukuhkan program, Perdana Menteri tanpa protokol beliau turut
menjemput anak-anak muda bersama-samanya minum pagi, makan tengah hari,
minum petang, menonton bola dan mengayuh basikal bersamanya. Inilah
pendekatan yang sangat mesra rakyat dan ia melambangkan ciri-ciri
pemimpin dekat dengan rakyat.
Kita harus akui peranan anak muda sangat penting kepada Malaysia
malah ia adalah penentu landskap politik pada PRU akan datang disebabkan
38.8 peratus pengundi berdaftar ialah mereka yang berusia di antara 21
hingga 40 tahun.
Kita harus menjaga kebajikan anak muda serta mendampingi dengan
golongan ini memandangkan mereka adalah penggerak penting kepada
transformasi negara.
Rakyat memerlukan seorang pemimpin yang jujur dan bersungguh-sungguh
untuk membina negara Malaysia daripada kemelut ekonomi negara. Sikap
turun padang dan melakukan tinjauan mesra Perdana Menteri bukan sahaja
dapat menyelesaikan pelbagai keluhan rakyat sebaliknya ia sebagai satu
simbol pemimpin transformasi.
Baru-baru ini, seorang rakan saya yang jarang bangun pagi pada hari
minggu sanggup bangun pagi semata-mata ingin berjumpa dengan Perdana
Menteri ketika melawat pasar di Bandar Baru Bangi. Saya melihat beliau
cukup teruja untuk melihat Perdana Menteri secara lebih dekat.
Wajah ceria Perdana Menteri melayan 50,000 belia di program 1M4U
dengan aksi spontan beliau menyanyi dan menari serta bergurau dengan
belia adalah sesuatu yang sangat luar biasa. Najib nampak tidak letih
dan begitu bersemangat walaupun kita mengetahui beliau mempunyai atur
cara yang sangat padat dan meletihkan.
Kehadiran Perdana Menteri di mana-mana sahaja sangat ditunggu-tunggu
oleh rakyat Malaysia. Banyak ucapan Perdana Menteri di program bersama
rakyat telah mencetuskan pelbagai cerita menggembirakan kepada nelayan,
pemandu teksi, pertubuhan belia , mahasiswa, guru, petani, peneroka
felda, usahawan muda dan ramai lagi pihak yang mendapat bantuan.
Ucapan Perdana Menteri bukan ucapan kosong tetapi penuh isi dan padat
dengan segala manfaat untuk rakyat. Rakyat tidak mahu mendengar ucapan
berapi-api tetapi sebenarnya tong kosong yang tiada isi.
Kehadiran Najib yang tidak mahu ada meja khas, kerusi khas,
permaidani merah atau pun bunga manggar serta menikmati hidangan tengah
hari di tempat biasa adalah seorang pemimpin yang berhemah tinggi dan
tidak sombong dan tidak angkuh dengan jawatan tinggi.
Beliau telah membawa kelainan dalam pendekatan beliau dalam memimpin negara dan mendekati golongan anak muda.
Dalam pada itu, golongan belia juga berharap pemimpin lain mencontohi
cara Perdana Menteri dalam mendekati rakyat dan berinteraksi tanpa rasa
kekok dan janggal.
Perdana Menteri telah mencetuskan aura tarikan tersendiri kepada
rakyat Malaysia. Ke mana sahaja beliau hadir dalam program pastinya ia
mendapat sambutan ramai. Aura Datuk Seri Najib telah menjadi tarikan
yang positif kepada rakyat.
Rakyat berhimpun bersama Perdana Menteri bukanya untuk merosakkan
negara sebaliknya bersama Perdana Menteri untuk membangunkan negara
Malaysia yang tercinta.
Saya yakin Perdana Menteri pada kali ini berjaya mengubah persepsi
rakyat bahawa kita boleh boleh berjumpa Perdana Menteri di program rasmi
sahaja yang diserikan dengan banyak protokol.
Pada hari ini kita jangan terkejut apabila sedang minum di kopitiam
malah di kedai mamak , seorang pemimpin bernama Najib akan menyapa dan
duduk bersembang dengan kita mengenai apa jua topik.
Ataupun kita akan menerima jemputan daripada Perdana Menteri untuk
mengajak kita menonton bolasepak perlawanan Manchester United bersama
beliau di kediaman Seri Perdana.
Inilah Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai kekuatan sendiri dan
sentiasa dikelilingi lautan rakyat yang menantikan kehadiran beliau.
/hwa: utusan.com.my | 18/7/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan