PASIR GUDANG 30 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO akan merombak
kepemimpinan peringkat negeri dalam masa terdekat sebagai usaha untuk
memantapkan lagi jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13
(PRU-13).
Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata, rombakan itu bukan perkara luar
biasa malah sudah dilakukan di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sabah.
"Bagi negeri lain termasuk Johor, saya masih pantau sama ada perlu
atau tidak rombakan pemimpin negeri," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang di
kampus Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di Bandar Seri Alam, dekat sini,
hari ini.
Khairy menafikan rombakan itu dilakukan berikutan wujud perpecahan di
kalangan ahli pergerakan itu atau kepimpinan negeri yang tidak diterima
peringkat akar umbi.
Beliau berkata demikian sebagai menolak desas-desus mengenai Ketua
Pemuda Johor, Mohd Fadzil Muskon yang dikatakan tidak diterima oleh
segelintir Ketua Pemuda bahagian. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 30/6/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan