KUALA LUMPUR 2 Julai - Dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki RM3
bilion dengan mengawal 20 akaun induk semasa berkhidmat dengan kerajaan
sekiranya terbukti benar disifatkan sebagai penyelewengan terbesar yang
pernah berlaku dalam sejarah negara.
Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Mohamad Johari
Yasin berkata, penyelewengan melibatkan wang rakyat tersebut adalah
sesuatu yang amat serius dan ia perlu dijawab segera oleh Ketua
Pembangkang itu.
Malah beliau mengulangi gesaan pelbagai pihak agar Anwar memulangkan semula wang tersebut kepada rakyat.
“Persoalannya, kenapa sehingga sekarang Anwar tidak membersihkan
namanya dengan menyaman bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul
Murad Khalid serta ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali yang telah membuat
banyak pendedahan.
“Saya yakin, sekiranya semua dakwaan itu benar, ini adalah
penyelewengan yang paling besar telah berlaku dalam sejarah negara dan
ia merupakan ‘rompakan’ terhadap wang rakyat," katanya ketika dihubungi
Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pada 1999, Abdul Murad membuat akuan bersumpah dengan mendakwa Anwar
mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang bernilai
lebih RM3 bilion.
Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR), Datuk Abdul
Razak Idris turut dilaporkan membuat pendedahan beliau telah diminta
membuat akuan bersumpah membersihkan nama Anwar daripada dakwaan
memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion tersebut atas permintaan
Anwar yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu.
SD Mohamad menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis mengadakan siasatan terperinci isu tersebut.
Selain itu, katanya, turut perlu disiasat ialah Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali serta isterinya, Shamsidar Taharin
yang didakwa memperoleh kekayaan melampaui pendapatan.
/hwa: utusan.com.my | 3/7/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan