Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri)
bersalaman dengan para perwakilan Parti Barisan Kemajuan India Malaysia
(IPF) semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-20 parti tersebut
di Wisma Tan Sri M. G. Pandithan, Seri Kembangan di Kuala Lumpur,
semalam.
*****
KUALA LUMPUR 22 Julai - Naib Presiden UMNO,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya UMNO
mempunyai hubungan dengan pihak komunis.
Beliau berkata, UMNO dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.
"Apa buktinya? Dalam sejarah parti UMNO, parti ini anti Parti Komunis
Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas
laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya UMNO menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada
pemberita selepas mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India
Malaysia (IPF) di Seri Kembangan di sini.
Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan
kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis
Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd. Sofian Md. Makinuddin sebagai usaha UMNO
dan Barisan Nasional (BN) menggunakan kaedah zaman Perang Dingin.
Mohd. Sofian sebelum ini dilaporkan mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi Pas dan elemen komunis cuba meresapi DAP. - BERNAMA.
/hwa: utusan.com.my | 23/7/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan