SUNGAI PETANI 3 Ogos - Parti KITA hari ini meminta Ketua Menteri
Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjelaskan berhubung kemampuan seorang bekas
kakitangan pejabat beliau memiliki sebuah rumah mewah di Jalan Chemor,
Georgetown, Pulau Pinang.
Bendahari KITA negeri Kedah, H"ng Sau Ping ketika mendedahkan
pemilikan rumah teres dua setengah tingkat bernilai RM1.8 juta oleh
bekas kakitangan itu berkata ia tidak sepadan dengan pendapatannya
sebagai staf pejabat Ketua Menteri.
"Saya ingin bertanya kepada Lim dan memberi beliau masa seminggu
mulai hari ini agar dia atau isterinya memberi penjelasan atau saya akan
meminta izin beliau untuk mendedahkannya.
"Kadar sewa di kawasan itu mencecah RM3,500 sebulan dan pasti dengan
gaji yang diterima, pemiliknya tidak mampu tinggal di rumah ini kecuali
dia ada hubungan istimewa dengan seseorang," kata H"ng kepada pemberita
di pejabat KITA Sungai Petani di sini.
"Saya dapat maklumat ini dari sumber kuat bahawa lokasi rumah
tersebut tidak jauh dengan kediaman Ketua Menteri Pulau Pinang dan bekas
kakitangan itu juga masih bertugas dengan kerajaan negeri.
"Sebagai seorang rakyat, saya berhak mengetahui perkara sebenar dan
menuntut Lim telus dalam perkara ini kerana beliau sering mencanangkan
bahawa DAP mengamalkan sistem telus," katanya. - BERNAMA
/hwa: utusan.com.my | 3/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan