Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan 
Pingat Jasa Pulai 2012 diperhatikan oleh Nur Jazlan Tan Sri Mohamed 
(tengah) sempena Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pulai Ke-25 di 
Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat, Tampoi, Johor Bahru, semalam. - 
utusan/Baazlan Ibrahim
*****  
 JOHOR BAHRU 26 Ogos - Pakatan pembangkang gagal 
menunaikan lebih daripada 85 peratus janji kepada rakyat yang 'ditabur' 
mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, 
berdasarkan kajian yang dibuat, kerajaan negeri di bawah kepimpinan 
pakatan pembangkang hanya berjaya menunaikan tidak lebih 15 peratus 
daripada keseluruhan janji yang dibuat.
"Mereka sudah diberi peluang untuk memerintah negeri tetapi tidak 
dapat melaksanakannya, macam mana kononnya mereka mahu diberi peluang 
menuju ke Putrajaya?" katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan 
Persidangan Perwakilan UMNO Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di 
sini hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan 
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman. 
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan di bawah 
kepimpinan Barisan Nasional (BN) sehingga kini sudah berjaya menunaikan 
lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak pilihan raya umum 
pertama pada 1959 ketika di bawah Parti Perikatan.
Beliau mengakui terdapat kelemahan sebanyak 13 peratus dalam 
menunaikan janji yang dibuat dan tidak mustahil perkara itu akan dibawa 
ke Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi dan meminta rakyat menilai 
sendiri serta menolak parti yang disifatkan sebagai pembohong kerana 
tidak menunaikan manifesto pilihan raya.
Katanya, kerjasama tiga parti dalam pakatan pembangkang adalah ibarat
 perkahwinan mutaah yang bersifat sementara kerana mereka hanya 
memerlukan satu sama lain pada waktu pilihan raya dan hubungan tersebut 
tidak bertahan lama disebabkan agenda masing-masing yang berbeza.
"Kita lihat seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang, DAP cuba 
menguasai lebih daripada dua pertiga kerusi di sana kerana mereka sedar 
PKR dan Pas tidak mempunyai tapak yang kukuh di sana selain mahu menjadi
 parti tunggal di negeri itu.
"Adalah lebih baik PKR dan Pas meninggalkan DAP dan menjadi entiti 
berasingan kerana mereka tidak jujur dalam menterjemahkan kesepakatan 
yang terjalin dan kaedah yang sama juga akan dilakukan jika mereka 
menguasai Putrajaya," katanya lagi.
/hwa: utusan.com.my | 27/8/12  
Tiada ulasan:
Catat Ulasan