KUALA LUMPUR 2 Ogos - Tindakan Kerajaan negeri Selangor mengambil
alih hutang Talam Corporation Berhad (Talam) bernilai RM392 juta
melibatkan perjanjian meragukan mencecah sehingga RM1 bilion layak
digelar sebagai 'Talamgate'.
Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin
Mohamed berkata, gelaran itu tepat berikutan kegagalan Menteri Besarnya,
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi penjelasan mengenainya kepada
rakyat.
"Sehingga kini, Abdul Khalid enggan mengulas perkara ini sebaliknya menyerahkan kepada pemimpin DAP.
"Jadi, kami menggesa Abdul Khalid menjawab isu ini sebagaimana
janji-janjinya dalam kertas putih berhubung hutang Talam," katanya di
sini hari ini.
Jelasnya, kontroversi Talamgate sudah berlarutan selama sebulan dan
sudah tiba masanya pihak berkuasa menyiasat kemungkinan berlakunya
penyelewengan dalam isu tersebut.
Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) juga perlu mengambil tindakan segera
kerana kebanyakan syarikat di Selangor bukan milik penuh kerajaan
negeri.
Tambah beliau, syarikat-syarikat itu mempunyai pemegang saham
minoriti yang perlu dilindungi kepentingan mereka selain layak
mengetahui perkara sebenar berhubung isu tersebut.
/hwa: utusan.com.my | 3/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan