Sultan Sharafuddin Idris Shah
berkenan hadir pada Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena
sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 sambil diiringi Menteri Besar, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim di Masjid Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah
Alam, semalam. - BERNAMA
*****
SHAH ALAM 31 Ogos - Setiausaha Sulit kepada
Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menjelaskan urusan memaklum
dan menjemput Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri sambutan ulang
tahun kemerdekaan peringkat negeri merupakan amalan biasa dilaksanakan
kerajaan negeri sebelum ini.
Katanya, sebelum ini, sambutan ulang tahun kemerdekaan anjuran
kerajaan negeri dimaklumkan kepada baginda termasuk dari sudut jemputan
kerana ia satu formaliti.
"Namun, ia terpulang kepada budi bicara baginda sama ada hadir atau
tidak pada majlis itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan tindakan kerajaan negeri
membelakangkan peranan serta penghormatan Sultan Selangor apabila
baginda langsung tidak dimaklum serta dijemput menghadiri Sambutan Bulan
Kemerdekaan Ke-55 Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Dataran
Kemerdekaan, di sini malam tadi.
Bagaimanapun, kerajaan negeri menjemput Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat dan memberikan ucapan pada
sambutan itu yang menggunakan tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa: Terima
Kasih Rakyat, Selangorku Terus Maju'.
Tema itu adalah bertentangan dengan tema sambutan kemerdekaan peringkat Persekutuan iaitu '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati'.
/hwa: utusan.com.my | 1/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan