Sebahagian peserta Himpunan Janji
Bersih mengibarkan bendera merah putih pada perhimpunan haram itu ketika
sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam
kelmarin.
*****
KUALA LUMPUR 31 Ogos - Beberapa peserta Himpunan Janji Bersih di
Dataran Merdeka malam tadi bertindak kurang ajar apabila mengibarkan
bendera yang mereka dakwa akan menggantikan Jalur Gemilang jika
pembangkang berkuasa.
Tindakan biadab dan mencemarkan kedaulatan negara itu dilakukan ketika sambutan ambang merdeka sempena Hari Kemerdekaan Ke-55.
Bendera merah putih seakan bendera Singapura itu dikibarkan di
khalayak ramai termasuk pengedaran risalah menukar Jalur Gemilang kepada
bendera tersebut.
Risalah tersebut jelas mengajak rakyat untuk mengatakan tidak kepada Jalur Gemilang dan menyokong bendera merah putih itu.
Perihal kebiadapan peserta himpunan itu mula disebarkan media sosial
termasuk video peserta yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
Menurut blog http://parpukari.blogspot.com, tindakan mereka khususnya
golongan muda jelas menggambarkan sikap tidak menghormati perjuangan
generasi lama dengan mempermainkan Jalur Gemilang yang menjadi
kebanggaan rakyat Malaysia.
Tahukah kamu semua, rakyat negara lain hormat bendera sampaikan
mereka tidak mahu bendera tersentuh bumi. Begitulah hormatnya rakyat
negara lain kepada bendera mereka.
Kita pula, bendera dihina pun kita diamkan sahaja? Kalau negara
lain, sudah tentu yang menghina bendera akan dikenakan tindakan berat,
katanya.
Selain itu, blog http://www.papagomo.com melahirkan rasa kecewa
dengan perlakuan biadab, jahil serta tidak berakal peserta himpunan
terbabit.
Apa salah dengan bendera yang digunakan oleh rakyat Malaysia sejak
merdeka lalu? Di mana cacat celanya bendera kita yang kita gelar Jalur
Gemilang itu? Apa dosa menggunakan bendera itu dalam negara Malaysia
ini?, soalnya.
/hwa: utusan.com.my | 1/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan