KUALA LUMPUR 30 Sept. - Empat individu iaitu Ahli Parlimen Subang, R.
Sivarasa; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua;
Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr. Kua Kia Soong dan Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini, C. Pramesh terus didesak membuat
penjelasan berhubung hubungan rapat mereka dengan penyangak mata wang,
George Soros.
Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul
Anuar Ramli berkata, mereka juga perlu membuat penjelasan adakah
hubungan persahabatan dengan Soros itu terjalin sebelum atau selepas
serangan terhadap mata wang negara yang dilakukan Soros pada 1997.
"Kita juga meminta individu ini berhentilah menjadi alat kepada Soros
jika benar mereka menyedari perkara itu. Rakyat tidak mahu melihat
pemimpin yang mengkhianati negara dengan menjadi tali barut pihak asing.
"Pada masa sama, kerajaan juga perlu bertegas dengan menyegerakan
siasatan bagi memastikan tindakan dapat dikenakan kepada mereka yang
terlibat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas penglibatan CEO Media Development Loan Fund (MDLF),
Harlan M. Mandel sebagai Pengarah Mkini Dotcom yang mengendalikan
operasi portal berita propembangkang Malaysiakini.
MDLF merupakan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Soros dan selain
Mandel, beberapa pemimpin pembangkang turut dikaitkan sebagai antara
pemegang saham dalam Mkini Dotcom.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan