SEBAHAGIAN perwakilan ketawa ketika
mendengar perbahasan usul ekonomi dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012, di
PWTC, Kuala Lumpur, semalam.
*****
KUALA LUMPUR 30 Nov. - Amalan ekstremisme,
liberalisme dan konsep kesamarataan yang diperjuangkan Pas, Parti
Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP merupakan resipi kehancuran buat negara
ini.
Wakil UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, amalan
ekstremisme agama bukan sahaja telah membawa perpecahan di antara
penganut, malah, mewujudkan pertelingkahan serta konflik antara kaum.
Katanya, konsep kesamarataan ala DAP melalui slogan 'Malaysian
Malaysia' pula menjurus kepada kezaliman apabila konsep itu tidak
melihat keperluan kelompok masyarakat yang memerlukan pembelaan sehingga
membibitkan isu perkauman.
"Sementara yang menganjurkan liberalisme pula sudah menjadikan semua
hal kehidupan sehingga hal agama serta fitrah manusia ditakrif liberal.
Puak ini sebenarnya tersepit antara dua ekstrem lantas mahu menjadikan
semuanya liberal dan akhirnya menjurus ke arah anarki.
"Ketiga-tiga dalam komplot pembangkang yang tidak sehaluan ini
menggunakan isu kaum dan agama sebagai umpan mencari populariti,"
katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan
Agung UMNO 2012 di PWTC di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan