KELAHIRAN parti politik UMNO 66 tahun lalu bukan di atas dulang emas, jauh sekali dikelilingi intan permata.
*****
Sebaliknya, parti itu ditubuhkan melalui pengorbanan orang Melayu,
jerih perih yang sukar ditakrifkan menerusi kata-kata dan perjuangan
atas satu matlamat iaitu untuk menyatukan umat Melayu di bumi sendiri
bagi menghalang agama, budaya dan tanah air tergadai dek kerakusan
penjajah.
Kata orang, jika baik niatnya, maka baik jugalah hasilnya. Ternyata,
perjuangan murni itu mendatangkan kejayaan yang bukan sedikit.
Merdekanya negara, membangunnya Malaysia, segalanya ada kaitan dengan
perjuangan UMNO dari zaman Datuk Onn Jaafar sehinggalah Presidennya hari
ini, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dalam memperjuangkan semua itu, tiada siapa dapat menafikan peranan
Perhimpunan Agung UMNO yang menjadi medan percambahan pendapat yang
banyak mendatangkan faedah.
Perhimpunan yang berlangsung setiap tahun itu juga memainkan peranan
cukup penting dalam mempengaruhi nasib negara melalui sistem pemilihan
yang demokratik.
Selaku parti terbesar di Malaysia dengan lebih tiga juta ahli
berdaftar, Perhimpunan Agung UMNO pada setiap tahun pastinya menjadi
tumpuan. Tidak hanya kerana idea yang dilontarkan, malah kemeriahannya
seakan satu temasya.
Di sebalik peralihan zaman demi zaman, tersimpan seribu satu kisah
yang mungkin tidak begitu diketahui ramai. Wartawan S2, MOHD. RAFIE
AZIMI, ABD. HALIM HADI dan ZAINAL AZHAR MOHAMED bersama jurugambar,
ASWAD YAHYA, FAUZI BAHARUDDIN dan ZAINI HUSIN menyingkap kisah-kisah
itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan