PASIR PUTEH
27 Dis. - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya
Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak tunduk kepada desakan
pelbagai pihak menarik balik amanatnya, nyata menunjukkan sikap pemimpin Pas
yang tidak menghargai nilai perpaduan sesama umat Islam.
Bekas
Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) (Bahagian Operasi),
Datuk Che Min Che Ahmad berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu bermotifkan
politik keperibadian dan tidak berlandaskan pendekatan profesional ke arah
merungkai perpecahan sesama umat Islam di negara ini kesan daripada amanat
tersebut.
Beliau
berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu juga seolah-olah menyokong Amanat Haji
Hadi dan meneguhkan semula pegangan ahli-ahli Pas terhadap amanat tersebut.
"Amalan
memulau imam, memutuskan persaudaraan kerana perbezaan anutan politik,
sembahyang dua imam dan sebagainya akhirnya melemahkan kekuatan umat Islam di
negara ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau
mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menggelar kumpulan yang mendesak Abdul
Hadi menarik balik amanatnya sebagai puak penakut.
Sebelum ini,
Utusan Malaysia melaporkan desakan pelbagai pihak termasuk bekas aktivis
tegar Pas dan beberapa tokoh ilmuwan yang meminta Abdul Hadi tidak terus
membisu terhadap isu tersebut sebaliknya tampil memberikan penjelasan sesuai
dengan prinsip Islam.
Mengulas
lanjut, Che Min bersetuju dengan Nik Abdul Aziz bahawa Islam bukan milik Abdul
Hadi seorang kerana adalah hak semua umat termasuk penyokong dan pemimpin UMNO
yang pernah dikafirkan beliau sebelum ini.
Beliau
berkata, desakan orang ramai ketika ini bukan bertujuan menjatuhkan imej
pemimpin Pas itu, sebaliknya adalah sebahagian usaha menjernihkan keadaan dan
menyatukan kembali umat Islam yang berpecah akibat ketaksuban politik.
"Kalau
tidak mahu menarik balik amanat itu, memadailah tampil menyatakan bukti kenapa
amanat itu bersifat benar dan wajar dikekalkan," katanya.
Che Min
berkata, isu Amanat Haji Hadi itu perlu diselesaikan dalam konteks kepentingan
Islam dan tidak wajar dikaitkan dengan politik.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121228/po_03/Pas-tak-hargai-perpaduan-sesama-Islam---Che-Min#ixzz2GLGtklZH
© Utusan Melayu (M) Bhd | hwa, 1/1/13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan