16 Mei 2010

PKR Cabang Ipoh Barat 'tumbang'

BM - 2010/05/16
Oleh Nurhayati Abllah
bminggu@bharian.com.my

FAUZI (tengah) menunjukkan sebahagian daripada 488 borang ahli PKR Cabang Ipoh Barat yang keluar parti di Majlis Pengisytiharan Selamat Tinggal PKR di Ipoh, semalam.

488 keluar parti bantah kehadiran petualang


IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ipoh Barat lumpuh selepas hampir 500 daripada kira-kira 2,000 ahlinya termasuk 14 ahli jawatankuasa cabang itu meletakkan jawatan dan keluar parti kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpinan PKR di Perak.

Bekas Ketua PKR Cabang Ipoh Barat, Fauzi Muda, berkata tindakan itu bukan kerana mereka berniat buruk terhadap PKR, sebaliknya untuk menghancurkan kumpulan jahat yang sedang bermaharajalela di dalam parti atas kepentingan peribadi.

“Matlamat kami keluar parti untuk menghancurkan kabilah atau syaitan besar, firaun kecil yang ada di dalam PKR sekarang. Saya lakukan tindakan drastik ini bukan kerana benci kepada parti, tetapi bertujuan menentang segala kekotoran yang dilakukan kumpulan petualang dan pengkhianat terhadap parti serta perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Pada majlis sama, beliau turut menunjukkan sejumlah 488 surat pengesahan keluar parti yang ditandatangani ahli Cabang PKR Ipoh Barat sebagai bukti untuk diserahkan kepada ibu pejabat parti itu.

Fauzi turut mengumumkan beliau akan mendaftar sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Pertubuhan Kebajikan dan Tindakan Suara Rakyat Perak, minggu depan.
Beliau meminta sekutu politik PKR, iaitu Pas dan DAP supaya memikirkan semula kedudukan kedua-dua parti itu dalam pakatan pembanngkang.

“PKR sekarang menjadi parti tiada nilai dan tiada harga diri. Mereka terdiri daripada manusia yang tamak, tiada kredibiliti, tidak berwibawa, tidak tahu peraturan dan jahat selain sentiasa memasang agenda bagi kepentingan mereka,” katanya.

"Jika Pas atau DAP masih ingin kekalkan nilai mereka dalam politik negara, mereka harus pertimbangkan kedudukan mereka untuk terus berkawan dengan PKR... ini adalah nasihat dan amaran saya," katanya.
/hwa-bharian.com.my

Manikavasagam terima ugutan bunuh

BM - 2010/05/16
BH KLANG: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, pagi ini menerima ugutan bunuh menerusi nota yang diikat pada bungkusan plastik mengandungi cat merah yang dilempar ke anjung rumahnya di Pekan Meru di sini.

Nota ugutan itu bertulis "Jangan campur isu pasir u mati".

Bungkusan cat merah yang dilemparkan itu mengenai bahagian belakang dua kenderaan milik wakil rakyat itu, sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Estima warna kelabu gelap dan dan Proton Perdana warna putih.

Nota dan bunkusan plastik itu dipercayai dilempar antara jam 4 hingga 5 pagi oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan dakwaan Manikavasagam sebelum ini membabitkan isu pasir dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Manikavasagam berkata, beliau hanya menyedari kejadian itu pada jam 7.30 tadi pagi ketika ke ruang tamu untuk menonton televisyen.

Katanya, polis yang dihubungi sejurus kejadian, datang ke rumahnya kira-kira jam 7.45 pagi.

"Saya tidak akan berganjak daripada pendirian saya membabitkan dakwaan itu. Saya masih tidak akan meminta maaf dan tarik balik apa yang saya katakan mengenai isu ini," katanya kepada pemberita.

Jumaat lalu, Manikavasagam membuat laporan polis terhadap tiga ugutan bunuh yang diterimanya melalui panggilan ke telefon bimbitnya, membabitkan dakwaan beliau itu.
/hwa-bharian.com.my

15 Mei 2010

Nasional G-Ekonomi lonjak usahawan Melayu

UM - 15/05/2010

Najib Tun Razak menerima cenderamata daripada Syed Ali Alattas selepas majlis perasmian Konvensyen Usahawan Melayu 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 14 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan Nasional G-Ekonomi bagi melonjakkan pencapaian usahawan Melayu dan bumiputera agar mampu bersaing dan muncul sebagai pemain ekonomi utama di peringkat global.

Kata beliau, melalui Nasional G-Ekonomi itu, sekurang-kurangnya 14 bidang perniagaan berpotensi tinggi dan kompetitif telah dikenal pasti untuk diteroka dan sekali gus membuktikan kepada dunia bahawa usahawan Melayu juga mampu bersaing dalam bidang ekonomi kritikal.

"Usahawan Melayu tidak boleh lagi tertumpu kepada bidang ekonomi yang malap dan hampir senja. Sebaliknya, kena berani menerokai bidang baru yang berpotensi jika kita ingin menjadi pesaing yang kompetitif di peringkat global.

"Nasional G-Ekonomi ini akan menjadi keutamaan kerajaan dan senarai bidang ekonominya akan diumumkan kemudian,'' katanya sewaktu merasmikan Konvensyen Usahawan Melayu 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama pada konvensyen itu ialah Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Syed Ali Alattas dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Najib berkata, langkah mewujudkan Nasional G-Ekonomi itu selaras dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkan kerajaan bagi meningkat pendapatan rakyat sebagai persediaan muncul negara maju menjelang 2020.

Namun, menurut Perdana Menteri, walaupun Nasional G-Ekonomi dirancang dengan begitu teliti dan baik bagi tujuan meningkatkan daya saing usahawan Melayu, tetapi tegasnya, langkah tersebut perlu disokong dengan nilai dan sikap positif daripada usahawan sendiri.

Dalam pada itu, Najib mahu usahawan bumiputera melengkapkan diri mereka dengan ilmu perniagaan dan keusahawanan di samping memperkukuhkan reputasi sebagai seorang ahli perniagaan.

Beliau berkata, ilmu perniagaan telah lama menjadi subjek pengajian di universiti khususnya di Amerika Syarikat.

Sehubungan itu, katanya, tidak rugi untuk usahawan tempatan menambah ilmu berguna tersebut, kerana ia akan memberi banyak nilai tambah seperti bagaimana untuk menguruskan sesebuah perniagaan.

"Kelemahan seperti ini (kurang ilmu keusahawanan) bukan sahaja membabitkan orang Melayu tetapi juga melibatkan kaum lain kerana syarikat perniagaan keluarga pun, kadang-kadang generasi kedua sudah lumpuh.

"Dan ada syarikat milik kerajaan (GLC) juga yang sudah rugi besar.

"Maknanya bukan hanya individu, semua mesti melihat pada kelemahan dari segi ilmu keusahawanan dan perniagaan dan tolong lengkapkan diri dalam bidang ini,'' katanya.

Mengenai pengukuhan reputasi, Perdana Menteri berkata, untuk cemerlang dalam bidang perniagaan, seseorang itu harus juga mempunyai nilai yang baik serta murni jika ingin menonjolkan reputasi diri sebagai seorang usahawan.

/hwa-utusan.com.my

PM: Transformasi besar akan berlaku

UM - 15/05/2010

PUTRAJAYA 14 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya transformasi besar akan berlaku di negara ini jika momentum ekonomi dan program transformasi kerajaan dapat dipupuk dan diperkukuhkan.

Perdana Menteri menegaskan, sebab itu tempoh 10 tahun akan datang ini memerlukan semua pihak terutama para penjawat awam menunjukkan kecergasan dan kehebatan luar biasa dalam menggalas cabaran mencapai matlamat negara maju 2020.

Beliau menarik perhatian bahawa Malaysia ketika ini belum mencapai peringkat kemantapan tetapi dalam perjalanan untuk merapati fasa akhir negara maju.

''Kita sudah dekat dengan garis penamat, kita kena pecut dan bukannya sudah habis angin... tercungap-cungap.

''Saya tidak mahu sesiapapun memperlekehkan Malaysia dan sedikit sebanyak apabila saya jumpa Presiden (Barack) Obama (baru-baru ini), saya tidak fikir dia bagi pertemuan dua hala dengan saya kalau dia tidak lihat Malaysia ini negara yang stabil dan berjaya.

''Dalam hal ini, kita perlu menjadi kerajaan yang berkesan supaya dapat mengisi jangkaan dan harapan rakyat yang semestinya semakin kritikal. Oleh itu tanda aras kita mesti global, kelas dunia dan bukan sekadar slogan," kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Awam 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman dan beberapa menteri Kabinet.

Dalam aspek ini, Perdana Menteri turut menjelaskan maksud kerajaan berkesan yang ingin dilihat oleh beliau berlaku iaitu berkesan pada peringkat makro (keseluruhan) dan berkesan dari segi memenuhi jangkaan dan harapan rakyat.

''Ini kerana dari sudut makro penting kerana kalau (kerajaan) tidak diuruskan dengan baik dan tepat, maka sesebuah negara boleh terjerumus dalam lembah yang tidak menentu dengan pelbagai masalah dalaman seperti rusuhan.

''Perkara ini (rusuhan) tidak terbatas di negara membangun tetapi juga berlaku di negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang tidak sepatutnya terjadi seperti di Greece yang dibebani masalah hutang," katanya.

Kata beliau: ''Apabila kerajaan tidak diuruskan dengan baik, maka yang sengsara adalah rakyat dan pekerja.

''Sebab itu soal dalam menghasilkan kerajaan yang berkesan ini menjadi tanggungjawab bersama dan Alhamdulillah, berkat kerjasama bekerja sebagai satu pasukan, pertumbuhan ekonomi dalam suku pertama tahun ini melonjak kepada 10.1 peratus."

Menurut Perdana Menteri, pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu bukan kerana dasar fiskal, kewangan dan usaha kerajaan semata-mata tetapi juga disebabkan bantuan serta komitmen para penjawat awam.

/hwa-utusan.com.my

Ahli ekonomi beri PM markah penuh

BERNAMA - 2010/05/15
"Perdana Menteri sudah memandu Malaysia menerusi tahap paling sukar dan 'fasa itu sudah berlalu.' Pemulihan Malaysia lebih kukuh daripada unjuran penganalisis pasaran. Kita pulih pada suku keempat tahun lepas dan ekonomi berkembang 4.5 peratus” - Dr Yeah Kim Leng , Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings

Pemulihan pantas hasil pelan rangsangan

KUALA LUMPUR: Ahli ekonomi memberikan markah penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana berjaya meletakkan ekonomi Malaysia pada kadar pertumbuhan yang pesat.
Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, memperakui pemulihan ekonomi Malaysia yang pantas adalah hasil pelan rangsangan Najib.
“Ketika mengambil alih tugas meneraju negara, krisis kewangan dunia berapa pada puncaknya. Apa yang kita lihat sekarang ialah Perdana Menteri sudah melepasi cabaran paling kritikal dalam memastikan kita mampu bertahan dalam kemelesetan global yang berlaku serentak.
“Dasar yang dilaksanakan berjaya menangani kesan krisis kewangan global sehingga Malaysia tidak mengalami kesan teruk,” katanya.
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 10.1 peratus pada suku pertama 2010, pertumbuhan sukuan paling tinggi dalam tempoh 10 tahun.
Kali terakhir Malaysia mencatat pertumbuhan sukuan tertinggi ialah pada 2000 apabila merekodkan pertumbuhan 11.7 peratus.
Dr Yeah menyifatkan prestasi suku tahunan itu hasil daripada dasar kukuh Najib, khususnya pakej rangsangan kedua yang membantu merangsang keyakinan serta mengurangkan pemberhentian pekerja.
“Perdana Menteri sudah memandu Malaysia menerusi tahap paling sukar dan ‘fasa itu sudah berlalu.’ Pemulihan Malaysia lebih kukuh daripada unjuran penganalisis pasaran. Kita pulih pada suku keempat tahun lepas dan ekonomi berkembang sebanyak 4.5 peratus.
“Sudah pasti pertumbuhan tahunan yang ketara itu juga disebabkan ekonomi menguncup tahun lepas. Apabila anda membuat perbandingan tahunan, kita melalui pemulihan kitaran,” katanya.
Hasil daripada pandangan jauh Perdana Menteri, Dr Yeah berkata, Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk mencapai ledakan ekonomi seterusnya.
Turut kagum ialah ahli ekonomi lulusan Sorbonne Perancis, Datuk Dr Norraesah Mohamad, yang berkata tindak balas pantas Perdana Menteri untuk menggerakkan ekonomi berjalan mengikut perancangan.
Beliau berkata, satu sebab utama pemulihan itu ialah pakej rangsang RM70 bilion yang disuntik dalam ekonomi tahun lepas yang masih diteruskan.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, mengumumkan peningkatan kadar faedah untuk menangani sebarang peningkatan inflasi susulan pertumbuhan yang tinggi itu.
Ringgit juga ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis hasil daripada data KDNK yang kukuh bagi suku pertama tahun ini.
Mata wang tempatan diniagakan pada 3.1950/1000 semalam berbanding 3.2030/2070 pada Rabu.
Seorang peniaga berkata, pengukuhan ringgit disumbangkan oleh aliran masuk dana ke dalam pasaran ekuiti.
“Ringgit akan diniagakan antara 3.18 dan 3.17 berbanding dolar tidak lama lagi,” katanya.
Bekas menteri Kabinet yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Samad, berkata ringgit yang kukuh akan menggalakkan import barangan modal yang akan menyumbang kepada inovasi dan automasi industri dalam negara.
“Ia juga akan mengurangkan peruntukan subsidi kerajaan memandangkan petrol, gula dan tepung, yang menjadi produk yang memperoleh subsidi utama, semuanya yang didominasi dalam dolar AS.
“Menerusi pengurangan subsidi, perbelanjaan operasi kerajaan dan defisit akan juga berkurangan,” katanya.
/hwa-bharian.com.my

Keluar PKR

BH - 2010/05/15
Oleh Haspaizi Mohd Zain
haspaizi@bharian.com.my


Wee Choo Keong YB Wangsa Maju jadi Bebas

KUALA LUMPUR: Selepas gagal mempertahankan Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya kecil, bulan lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam kehilangan satu lagi kerusi apabila wakil rakyatnya dari Wangsa Maju, Wee Choo Keong, mengumumkan keluar daripada parti itu.

Wee pada sidang medianya di sini, menegaskan beliau membuat keputusan itu kerana kecewa dengan cara kerajaan pakatan pembangkang Selangor menangani skandal pasir di negeri itu.

Berikutan keputusan itu, PKR yang sebelum ini mempunyai 30 kerusi di Parlimen kini hanya diwakili 24 wakil rakyat selepas Datuk Seri Zahrian Mohamed Hashim (Balik Pulau), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) meninggalkan parti itu, manakala Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) dipecat.

Pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pula, P Kamalanathan dari Barisan Nasional (BN) merampas kerusi itu yang dimenangi PKR pada pilihan raya umum 2008.

Dengan perkembangan terbaru itu, pakatan pembangkang kini hanya mempunyai 76 kerusi di Parlimen dengan DAP memiliki 28 kerusi, PKR (24), Pas (23) dan Parti Sosialis Malaysia (satu). BN pula mempunyai 137 kerusi dan Bebas (lapan). Kerusi Parlimen Sibu, Sarawak yang kosong akan dipertandingkan pada pilihan raya kecil, esok.

Wee yang juga bekas Timbalan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, berkata setakat ini beliau tidak bercadang menyertai mana-mana parti dan akan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Katanya, keputusan meninggalkan PKR tidak didorong oleh pilihan raya kecil Parlimen Sibu, sebaliknya kerana kecewa dengan kegagalan pemimpin parti itu menangani isu pasir di Dengkil.

“Saya mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatan dalam PKR setelah kecewa dengan kepimpinan tertinggi PKR dan pakatan pembangkang yang gagal mengambil tindakan sewajarnya berkenaan isu pasir di Dengkil.

“Bagaimanapun saya akan terus menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Bebas. Tidak ada sebab untuk saya berhenti,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kapar dari PKR, S Manikavasagam, mendedahkan kerajaan Selangor kehilangan hasil pendapatan lebih RM10 juta berikutan pembabitan tiga pegawai kanan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), syarikat milik kerajaan negeri dalam kegiatan melombong pasir secara haram.

Wee yang juga bekas Timbalan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, berkata beliau tidak boleh menerima kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang mahu Manikavasagam memohon maaf kerana membuat tuduhan itu.

“Saya rasa sudah tidak dapat bertahan lagi untuk terus bersama PKR dan saya tidak boleh berpura-pura mengenainya,” katanya yang kecewa dengan tindakan kerajaan Selangor menyerahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) untuk menyiasat isu itu.

Sehubungan itu, beliau membidas Penasihat DAP, Lim Kit Siang, kerana tidak mendesak supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat isu itu, seperti yang biasa dilakukan terhadap kerajaan kerajaan BN.
/hwa-bharian.com.my

Nik Aziz tetap dengan pendirian DAP boleh guna kalimah Allah

BERNAMA - 2010/05/15
KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tetap berpegang kepada kenyataannya bahawa pemimpin parti politik bukan Islam, termasuk DAP boleh menggunakan kalimah Allah demi kepentingan politik mereka.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, walaupun kenyataannya itu bercanggah dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din, yang tidak mahu DAP menggunakan kalimah Allah dalam kempen parti politiknya, namun beliau tetap berpendirian ia dibolehkan dalam Islam.
"Itu kata (jawapan) dia (Datuk Haron)...tapi saya kata boleh. Biarlah dia (Datuk Haron) bersedia menerima jawapan balas. Itu jawapan dia, jawapan saya kata boleh," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenyataan Haron supaya DAP menarik balik penggunaan kalimah Allah dalam kempen politiknya.
Terdahulu, Nik Abdul Aziz melepaskan peserta jelajah kereta mewah menerusi Program JPM Super Drive Challenge KB 2010 di perkarangan Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, di sini hari ini.
/hwa-bharian.com.my

14 Mei 2010

DAP bukan parti demokratik

UM - 14/05/2010

SIBU 13 Mei - Parti Tindakan Demokratik (DAP) bukanlah parti yang demokratik seperti namanya kerana ia dikuasai oleh satu keluarga yang terdiri daripada bapa, anak dan menantu, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, walaupun mereka menuduh Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai tuduhan tetapi dalam parti itu sendiri bapa pernah menjadi ketua pembangkang, anak menjadi setiausaha agung dan menantu menjadi pemimpin kanan.

"Mana ada parti macam ini.., BN tidak seperti itu. DAP walaupun belum berkuasa tetapi anak-beranak sudah menguasai parti dan kalau tidak menyokong bapa, anak atau menantu itu, mereka akan kena buang.

"Ini parti berkuku besi, parti BN lebih demokratik daripada DAP," kata Najib sambil menambah parti itu dengan gabungan rakan-rakan pembangkang akan terus melakukan pembohongan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.

Najib berkata demikian semasa berucap ketika melawat Rumah Panjang Sebastian Onggoh di Jalan Teku, Pasai dekat sini hari ini.

Sejak penubuhan DAP pada 1966, struktur kepimpinan tertinggi DAP tidak berubah dengan diterajui Lim Kit Siang dan kemudian anaknya, Lim Guan Eng.

Ketika ini, Kit Siang merupakan Penasihat DAP dan Guan Eng pula Setiausaha Agung. Isteri Guan Eng iaitu Betty Chew Gek Cheng adalah Naib Pengerusi Wanita DAP dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana di Melaka.

Pengerusi DAP ketika ini ialah Karpal Singh dan dua anaknya, Gobind Singh Deo ialah Ahli Jawatankuasa Pusat DAP yang juga Ahli Parlimen Puchong manakala Jagdeep Singh Deo pula Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang dan ADUN Datuk Keramat.

Perdana Menteri menjelaskan penduduk Sibu tidak harus mendengar dakyah DAP yang kini membawa pelbagai isu di rumah-rumah panjang di kawasan Parlimen ini untuk berkempen dalam pilihan raya.

"Dalam pilihan raya, kita harus memilih siapa yang boleh diletakkan harapan dan dapat mengubah nasib kita di masa depan, dan bukannya mendengar isu-isu yang tiada kaitan dengan kehidupan kita," kata Perdana Menteri.

/hwa-utusan.com.my

Skandal pasir: Ahli Parlimen Wee Choo Keong keluar PKR

BERNAMA - 14/05/2010 8:09pm
KUALA LUMPUR 14 Mei – Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong hari ini mengisytiharkan keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kesal dengan kepemimpinan PKR dan pakatan pembangkang yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil, Selangor.

Katanya beliau setakat ini, tidak bercadang menyertai mana-mana parti dan akan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

"Saya mengumumkan keluar parti dan meletakkan jawatan dalam PKR setelah kecewa dengan kepemimpinan tertinggi PKR dan pakatan rakyat yang gagal mengambil tindakan sewajarnya berkenaan isu pasir di Dengkil.

"Saya merasakan saya tidak boleh lagi menyumbangkan khidmat dalam keadaan sebegini terutama isu-isu yang saya sendiri tidak boleh percayai,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Choo Keong, seorang peguam berkata, beliau telah memaklumkan peletakan jawatannya kepada majlis tertinggi PKR.

/hwa-utusan.com.my

12 Mei 2010

Jangan abai rakyat

BH - 2010/05/12
Oleh Anwar Hussin, Nazura Ngah, Shaarani Ismail, S Anand Kumar dan Haspaizi Mohd Zain

Najib mahu pemimpin Umno ambil iktibar kejatuhan parti LDP di Jepun.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan ahli Umno supaya kembali menghayati semangat jati diri parti yang berjuang untuk rakyat dan bukannya mengamalkan politik sempit yang menguntungkan kelompok tertentu.
Presiden Umno berkata, Umno yang menyambut ulang tahun ke-64 semalam, akan terus bangkit dan kukuh selagi parti itu memperjuangkan hak rakyat dan tidak lari daripada landasan sebenar.
Katanya, parti keramat orang Melayu itu harus mengambil iktibar terhadap senario politik dunia yang menyaksikan banyak parti pemerintah di beberapa negara tewas dalam pilihan raya kerana tidak lagi memperjuangkan nasib rakyat.
"Kisah yang relevan dan menjadi iktibar pada kita ialah kekalahan parti LDP di Jepun. Baru-baru ini, kita menjemput pemimpin parti itu ke sini bagi mengetahui punca kekalahan mereka. "Pemimpin LDP itu menyatakan kekalahan LDP kerana parti itu mengamalkan corak politik kelompok dan berpuak-puak daripada memberi perkhidmatan untuk rakyat.
“Parti itu juga tidak mempunyai iltizam politik untuk meneruskan reformasi dan perubahan, sebaliknya kembali kepada zon selesa dengan mempertahankan status quo parti hingga rakyat melihat LDP sebagai parti yang jauh dari hati mereka dan tidak merasai denyut nadi rakyat, selain bukan parti yang segar dan dinamik," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan sempena sambutan Ulang Tahun ke-64 Umno di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, malam tadi. Hadir sama, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi serta bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Najib berkata, fakta kekalahan LDP sedikit sebanyak relevan pada Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN).Oleh itu, katanya, dalam memperjuangkan perubahan dan menjadikan Umno parti yang terus mendapat sokongan orang Melayu, Umno perlu mengelak menjadi parti yang terperangkap dengan agenda sempit yang memperjuangkan kelompok tertentu.
"Sebaliknya, Umno kena berpaksi pada rakyat jelata yang menjadi kunci kejayaan. Kita kena sentiasa menjadi pemimpin yang dekat di hati rakyat dengan melaksanakan program sepanjang masa dan zaman dan bukan hanya pada pilihan raya.
"Pemimpin Umno perlu menunjukkan yang mereka adalah pemimpin yang berjuang sepanjang masa," katanya.
Najib juga bersyukur kerana dalam dua pilihan raya kecil sebelum ini, iaitu di Bagan Pinang dan Hulu Selangor, orang Melayu sudah kembali menyokong Umno.
"Mungkin tidak semua... memang mustahil kita dapat semua, masih ada sokongan pada parti pembangkang tetapi tahap sokongan daripada orang Melayu untuk Umno jelas lebih menyerlah hari ini.
"Oleh itu kita berasa bersyukur kerana usaha kita lakukan untuk memperkasakan dan segala yang dilaksanakan membuahkan hasil yang lebih meyakinkan," katanya.
Sementara itu, Najib berkata, beliau terharu apabila seorang veteran Umno sanggup menaiki bas selama enam jam semata-mata untuk hadir ke sambutan ulang tahun Umno, malam tadi.
"Beliau datang pagi tadi dan balik malam ini juga dengan bas. Beliau memberitahu saya yang beliau datang ke majlis ini kerana sayangnya pada Umno," katanya.
/hwa-bharian.com.my

Berpaksikan kepentingan rakyat

UM - 12/05/2010
Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM

Najib Tun Razak menyampaikan Anugerah Tokoh Melayu Tebilang kepada Zainuddin Maidin sambil diperhatikan oleh Muhyiddin Yassin pada majlis sambutan Ulang Tahun UMNO ke-64 di PWTC, semalam. - UTUSAN/ SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 11 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru seluruh lapisan kepimpinan dan ahli UMNO supaya menjadikan parti itu sebagai sebuah entiti politik yang berpaksikan kepentingan rakyat.
Dalam nada tegas, Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri mengingatkan mereka supaya tidak leka dalam perjuangan sehingga parti itu dianggap oleh rakyat jelata hanya memperjuangkan kelompok kecil kumpulan yang berkepentingan sahaja.
Katanya, demi menjadikan UMNO dekat di hati rakyat, para pemimpinnya mesti mengatur program untuk rakyat pada setiap masa dan bukannya secara bermusim menjelang pilihan raya sahaja.
"Sekarang inilah kita mesti tunjuk sebagai pemimpin, kita adalah pemimpin yang sentiasa berjuang untuk kepentingan rakyat pada sepanjang masa.
"Inilah UMNO yang mesti dijadikan jati diri kepada kita semua. Kerana sayang kepada UMNO kita patut dan sanggup berjuang berhabis-habisan, kerana sayang kepada UMNO kita mesti menjadi pejuang yang jati, dekat di hati rakyat dan sentiasa memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya.
Beliau membuat pesanan berkenaan sewaktu menyampaikan ucapan pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-64 UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Hadir sama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kepimpinan tertinggi UMNO termasuk Naib-Naib Presiden, ketua-ketua sayap Pemuda, Wanita dan Puteri serta ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT).
Dalam perkembangan berkaitan Najib berkata, walaupun pola sokongan rakyat khususnya orang Melayu semakin positif terhadap UMNO, semua pihak perlu sedar dan insaf kerana ia belum sampai ke tahap mereka boleh berasa bebas daripada sebarang ancaman politik.
Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh kepimpinan dan ahli UMNO supaya menghayati semangat gigih para pejuang UMNO terdahulu.
"Sempena hari ulang tahun ke-64 ini, saya ingin mengajak saudara sekalian dan saya juga mengajak diri saya supaya kembali kepada semangat jitu dan gigih para pejuang UMNO terdahulu.
"Ini supaya di dalam hati sanubari kita akan menyala semangat dan api perjuangan yang akan mengangkat kedudukan kita ke tahap yang lebih kukuh dan mantap," katanya.
Sementara itu, beliau turut membuat peringatan bahawa UMNO sebagai sebuah parti politik yang telah menjadi pemerintah dan memenangi sebanyak 12 pilihan raya umum pasca kemerdekaan kini berdepan dengan pelbagai cabaran.
Justeru katanya, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada nasib parti-parti pemerintah di luar negara yang hampir sama usianya dengan UMNO yang kini telah menjadi parti pembangkang.
Sebagai contoh katanya, parti LDP di Jepun telah kehilangan kuasa dan ia disebabkan oleh tiga punca yang mesti diinsafi iaitu:

  • Berleluasanya politik berpuak sehingga perkara itu lebih diutamakan daripada berkhidmat kepada rakyat.

  • Mengutamakan kelompok tertentu yang berkepentingan sehingga kehendak dan tuntutan rakyat tidak diberi perhatian.

  • Tidak mempunyai iltizam politik untuk meneruskan perubahan dalaman sehingga rakyat dan pengundi melihatnya sebagai parti yang jauh daripada hati rakyat, tidak memahami kehendak mereka selain tidak segar mahupun dinamik.
/hwa-utusan.com.my

Bersejarah

UM - 12/05/2010
Najib Tun Razak bersama para peserta konvoi ‘Ekspedisi Kembara ke Bumi Suci 2010’ di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-64 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur malam tadi, turut dimeriahkan dengan majlis pelepasan peserta Ekspedisi Kembara ke Bumi Suci 2010.
Majlis ringkas tetapi penuh bermakna itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan PWTC.
Ekspedisi selama 52 hari itu merupakan yang pertama kali dianjurkan di negara ini iaitu peserta menunggang motosikal ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadat umrah.
Mereka akan merentasi 11 negara iaitu Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Syria, Jordan dan berakhir di Mekah, Arab Saudi pada 5 Julai ini.
Seramai 11 peserta menunggang motosikal dwifungsi berkuasa tinggi dan empat lagi menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda yang turut berfungsi sebagai kenderaan bantuan.
/hwa-utusan.com.my

Zam terima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang

UM - 12/05/2010
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 11 Mei - Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-64 malam ini.
Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam yang pernah berkhidmat di Utusan Melayu (M) Berhad bermula dengan jawatan wartawan kadet sehingga dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Utusan diiktiraf sebagai pejuang bangsa yang banyak berjasa ketika zaman beliau menjadi wartawan sehinggalah berada di dalam Kabinet.
Beliau yang dilahirkan pada 29 Jun 1939 di Kota Kuala Muda, Kedah pernah menuntut di Maktab Mahmud, Alor Setar sebelum melanjutkan pengajian sehingga memperoleh Diploma Kewartawanan daripada Institute of Journalism di Jerman pada 1969.
Zainuddin kemudian memperolehi Fellowship Kewartawanan daripada Universiti of Michigan, Amerika Syarikat (AS) pada 1981.
Beliau mula bertugas sebagai wartawan sambilan di Utusan Malaysia cawangan Alor Setar pada 1959 dan kemudian menjadi wartawan tetap pada 1969.
Bermula daripada itu, Zainuddin kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pemberita dan seterusnya diangkat menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, jawatan yang dianggapnya sebagai 'bom jangka'.
Semasa menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, tulisannya di dalam pojok Awang Selamat sentiasa bersifat provokatif bagi mengisi agenda negara secara kritis.
Zainuddin yang dilucutkan jawatannya itu pada 1992 kemudian bergiat aktif di dalam bidang politik.
Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara, Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Timbalan Menteri Penerangan dan kemudian dilantik menjadi Menteri Penerangan.
Pada Pilihan Raya Umum 2004, Zainuddin bertanding merebut kerusi Parlimen Merbok dan menang dengan majoriti 15,162 undi.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Zainuddin menganggap anugerah tersebut sebagai penghargaan yang paling tinggi oleh UMNO kepadanya.
Katanya, beliau kini lebih menumpukan kepada dunia penulisan setelah bersara daripada dunia kewartawanan dan politik.
''Saya berterima kasih kepada UMNO yang menjadikan hidup saya lebih bermakna. Ini adalah satu pengiktirafan terhadap sumbangan saya selama ini. Tidak pernah saya jangka ia boleh sampai ke tahap ini," katanya.
Menurutnya, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuk ketika membuat pendedahan mengenai ekstremis kaum di negara ini serta kegiatan kumpulan ajaran sesat Al-Arqam sehingga ia diharamkan satu ketika dulu.
/hwa-utusan.com.my

Najib kagumi pejuang veteran

UM - 12/05/2010
KUALA LUMPUR 11 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa kagum beliau dengan semangat seorang pejuang veteran parti yang sanggup menaiki bas selama enam jam untuk datang ke ibu kota bagi bersama-sama meraikan sambutan Ulang Tahun UMNO ke-64 malam ini.
Katanya, keikhlasan pejuang veteran itu perlu dijadikan contoh kepada ahli lain bagi menjadikan UMNO sebuah parti yang dihormati dan disegani rakyat.
“Secara kebetulan sewaktu sembahyang maghrib dan isyak tadi saya berada di sebelah seorang pejuang veteran dan saya tanya dia bila sampai. Katanya dia baru sampai petang ini dan naik bas untuk datang ke majlis ini.
“Saya tanya pula bila balik, dia kata lepas majlis ini dia akan balik naik bas juga dan sampai ke rumah pada waktu subuh nanti,” katanya pada majlis sambutan Ulang Tahun UMNO ke-64 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Najib berkata, beliau amat terharu dengan semangat yang ditunjukkan oleh pejuang veteran UMNO itu kerana air mukanya menunjukkan keikhlasan dalam perjuangan.
Beliau juga percaya kehadiran pejuang veteran itu bukannya untuk mengharapkan imbuhan kerana dalam usia tuanya sudah terlambat untuk beliau berbuat demikian.
“Bila saya tanya kenapa dia berada ke sini, kenapa datang naik bas enam jam, katanya dia datang semata-mata kerana sayangkan parti.
“Jika ini semangat yang ada pada setiap pejuang kita sama ada yang lama atau baru, sama ada generasi angkatan (19)46 atau angkatan muda hari ini, UMNO akan terus menjadi parti yang dihormati dan disegani,” tegasnya.
/hwa-utusan.com.my

Bekas komando pecah rekod berjalan 410km untuk sambut Ulang Tahun Ke-64 UMNO

BERNAMA - 12/05/2010
KUALA LUMPUR 11 Mei - Bekas komando Abdul Halim Yaakob mencatat sejarah dengan memecah rekodnya sendiri dalam Malaysia Book of Records dengan berjalan tanpa henti sejauh 410 kilometer dari Butterworth ke Kuala Lumpur dengan hanya mengambil masa hampir 29 jam.
Mengambil semangat perjuangan UMNO sebagai galakan, beliau berjalan secara solo dari Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi, Butterworth pada 8.20 pagi semalam dan tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1.10 tengah hari ini.
Pada 30 Ogos, tahun lepas, sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-52, beliau mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Records dengan berjalan kaki tanpa henti secara solo sejauh 410km selama 50 jam 40 minit dari Pulau Pinang ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Abdul Halim, 50, berkata, kejayaan yang memberangsangkan kali ini adalah kerana ia dilakukan dengan serius di mana beliau telah berlatih tanpa henti termasuk berjalan 24 jam mengelilingi Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru 2010, mendaki bukit dan berjalan ke Sungai Petani serta ke Taiping.
"Saya lakukan ini (berjalan kaki) sempena sambutan ulang tahun ke-64 UMNO untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga mampu melakukan sesuatu yang luar biasa dan ini adalah hadiah daripada saya buat UMNO," katanya ketika ditemui malam ini.
"Banyak cabarannya namun saya bersyukur kerana dapat melepasi segala halangan," katanya.
Anak kelahiran Kampung Bukit Teh, Bukit Mertajam itu ditemani isterinya, Halipah Yusoff, 40, dan anak saudaranya, Azuber Ahmad, 32, yang membawa makanan, minuman serta kotak pertolongan cemas dengan menunggang motosikal.
Abdul Halim yang menyifatkan kejayaan hari ini sebagai paling berharga, berkata tindakannya itu didorong oleh amanat arwah bapanya, Salleh Ahmad yang merangsang supaya melakukan sesuatu untuk mengharumkan bangsa Melayu tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.
"Ini adalah amanat ayah. Alhamdulillah saya dapat laksanakannya. Walau saya hadapi sedikit cabaran, saya dapat sudahkannya," katanya.
/hwa-utusan.com.my

9 Mei 2010

Analisis: Di sebalik pendedahan Kickdefella, penafian pemimpin Pas

BM - 2010/05/09 (Rencana)
Oleh Ahmad Naim Tahir

ahmadnaim@bharian.com.my
JIKA ada carta berita tempatan paling panas dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, pasti pendedahan seorang penulis blog mengenai operasi gerak saraf menelan belanja RM4 juta untuk memburukkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berada di antara tangga teratas.
Isu berkenaan menarik perhatian kerana ia dikaitkan dengan fitnah, manakala pihak didakwa menjadi ‘pembiaya’ operasi itu pula adalah Pas atau pemimpin parti itu yang melaung-laungkan bahawa perjuangannya berlandaskan agama dan sudah tentu menabur fitnah bukan satu daripada agenda mereka.
Tidak perlu diperjelaskan secara panjang lebar perjalanan isu terbabit, bermula daripada pendedahan Syed Azidi Syed Abdul Aziz sehingga ia kini dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana saban hari ada saja laporan dalam media arus perdana atau blog mengenainya.
Ketika mula didedahkan, ia menjadi berita gembira buat mereka yang pro Umno atau Barisan Nasional (BN) kerana isu seperti itu pasti menjadi tumpuan rakyat dan sedikit sebanyak boleh menyebabkan kredibiliti Pas atau pemimpinnya terjejas di mata masyarakat.
Lantas tanpa berlengah, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menafikan pembabitan parti berkenaan dalam agenda menjatuhkan Pak Lah melalui serangan peribadi berbentuk fitnah yang digerakkan penulis blog terbabit.
Reaksi Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat lebih keras apabila menyifatkan tuduhan itu tidak patut dilayan, manakala Syed Azidi atau Kickdefella pula dianggapnya sebagai mabuk dan mengarut. Setiausaha Pas Kelantan, Zaki Ibrahim pula dilapor menyamakan Kickdefella sebagai budak-budak dan penulis blog kampung yang hanya mahu mendapatkan publisiti murahan. Begitu juga reaksi beberapa pemimpin Pas yang lain, semuanya senada.
Turut bersuara Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa yang disebut-sebut antara pembiaya operasi berkenaan kerana hubungannya dengan Syed Azidi, tetapi beliau juga menegaskan apa diperkatakan penulis blog terbabit berhubung isu RM4 juta berkenaan sebagai fitnah.
Beliau sekadar mengakui membayar lebih RM40,000 kepada Global Media Channel (GMC), firma yang dilapor menjalankan operasi gerak saraf itu, tetapi dakwanya wang berkenaan adalah hasil sumbangan penyokong Pas dan tidak membabitkan peruntukan parti atau kerajaan negeri.
Kumpulan pro Pas dan mereka yang bersimpati dengan parti itu menuduh Syed Azidi sengaja ‘mencipta’ isu kerana kecewa apabila ditamatkan kontraknya sebagai Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Malah, bukan rahsia lagi ramai yang berada di sebelah Pas menganggap penulis blog itu sebagai ejen Umno, budak upahan dan orang suruhan Umno yang menyelinap masuk ke dalam Pas untuk menjatuhkan parti itu di Kelantan.
Persoalan yang mereka timbulkan ialah jika berdasarkan prinsip, mengapa baru sekarang pendedahan demi pendedahan yang menjejaskan imej Pas dan pemimpinnya dibuat oleh Syed Azidi. Mengapa tidak dari dulu lagi ketika beliau memperoleh dana berkenaan?
Memang diakui pendedahan penulis blog itu mengenai penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam kerajaan Pas Kelantan mendorong ramai menilai semula sokongan mereka kepada parti terbabit dan mula sedar ke mana hala tuju perjuangan Pas.
Kini, isu berkenaan memasuki episod baru apabila SPRM membuka kertas siasatan, mengambil keterangan dan mengumpul bahan bukti daripada Syed Azidi, tetapi sama ada ia akan berlanjutan sehingga ke mahkamah belum dapat dipastikan. Selagi ia tidak di bawa ke mahkamah, tuduh-menuduh antara pihak yang berbalah dijangka berterusan, sekali gus menambah banyak lagi tanggapan dan andaian di kalangan rakyat, sama ada memihak kepada Syed Azidi atau pihak diserangnya. Harapan untuk melihat kebenaran terbongkar di dewan keadilan pasti lebih cerah jika diusahakan Pak Lah sendiri – memfailkan saman ke atas pihak yang melemparkan fitnah terhadapnya yang dianggap menjadi antara punca beliau mengundur diri sebagai Perdana Menteri.
/hwa-bharian.com.my

Usah biar kemelut Istana Kelantan berlarutan

BM - 2010/05/09
Oleh Shamrahayu A Aziz

Harapan PM agar penyelesaian kekeluargaan mampu elak pandangan negatif terhadap institusi raja.
KEMELUT yang menyelubungi Istana Kelantan sememangnya membimbangkan, bukan saja kalangan rakyat negeri berkenaan, tetapi khalayak ramai. Ia bukan lagi soal pertikaian dalaman yang sepatutnya boleh diselesaikan kerabat berkenaan, tetapi sudah menular ke luar istana kerana berlarutan sejak sekian lama, selain kini membabitkan pula aspek undang-undang.
Kita sudah pasti mahu melihat kemelut ini diselesaikan secara baik kerana pada hakikatnya, apa juga yang berlaku kesannya bukan sekadar kepada istana dan negeri Kelantan, tetapi turut melangkaui sempadan negeri itu dan negara kerana membabitkan institusi diraja yang disegani.
Tidak hairanlah atas dasar keprihatinan dan mewakili rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin menyuarakan harapan agar kemelut Istana Kelantan dapat diselesaikan secara kekeluargaan antara keluarga diraja daripada perkara itu menjadi pertikaian secara terbuka, selain meletakkan kesihatan Sultan Kelantan sebagai pertimbangan utama.
Bagi penulis, ia adalah isu kekeluargaan dan bukanlah sangat persoalan undang-undang sebenarnya. Perlu diingat, selain daripada kerajaan negeri dipilih rakyat, institusi raja juga mempunyai tanggungjawab bukan saja dari segi amalan, tetapi juga sudut undang-undang iaitu untuk menjaga dan mentadbir negeri.
Oleh demikian, institusi diraja ini harus sentiasa diurus dengan sempurna dan apa juga kemelut yang berpanjangan itu sudah semestinya menjadi perhatian khalayak ramai.Dari sudut undang-undang, Perlembagaan Negeri Kelantan itu menjadi sumber utama rujukan. Namun, disebabkan masalah dihadapi Istana Kelantan ini adalah yang pertama seumpamanya, maka undang-undang itu perlu diperhati dengan teliti. Peruntukan yang relevan untuk perbincangan terutama peruntukan berkaitan kuasa-kuasa Majlis Perajaan Negeri (MPN) dan kuasa Pemangku Raja.
Pemangku Raja adalah pemerintah yang sah sehingga MPN dan kerajaan negeri memutuskan Sultan Kelantan sudah sembuh dan boleh menerajui negeri itu semula.
Namun perkembangan semasa seperti permohonan habeas corpus oleh Sultan Kelantan menjadikan pelbagai isu undang-undang lain, termasuk Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi.
Malah isu berkaitan perubatan seperti persetujuan pesakit juga mungkin relevan. Huraian berkaitan undang-undang berkenaan menjadi agak teknikal yang mungkin sukar difahami kebanyakan khalayak.
Tujuan penulis bukan untuk merendahkan pengetahuan dan pandangan masyarakat berhubung perkara atau isu ini, namun hakikatnya keadaan sudah menjadikan pelbagai jenis undang-undang perlu dirujuk.
Walau apa pun, sekadar sepintas lalu, perlu diketahui umum bahawa mengikut peruntukan Perlembagaan Negeri Kelantan, kegeringan Sultan Kelantan yang berpanjangan akan menjadikan Pemangku Raja sebagai sultan. Atas peruntukan ini, pengesahan mengenai status kesihatan sultan amat penting.
Pada masa sama, liputan akhbar adalah perlu untuk disebarkan maklumat kepada rakyat, tetapi penyampaiannya bukanlah dalam bentuk sensasi. Pada saya, ini adalah tanggungjawab sosial pihak media. Pada masa sama, jangan pula ada pihak yang cuba menangguk di air keruh seperti kalangan ahli politik yang tidak perlu saling menuding jari.
Masyarakat pula seharusnya bersikap matang untuk melihat dan mengamati perkara ini berdasarkan undang-undang serta peraturan sedia ada, bukan emosi semata-mata. Apa pun undang-undang yang ada, khalayak sudah difahamkan menerusi laporan media mengenai keadaan atau sebab musabab yang melatari kemelut ini.
Agak jelas ada kalanya peruntukan atau tindakan undang-undang bukanlah penyelesaian terbaik kepada kemelut seumpama ini. Adalah perlu dihayati oleh semua lapisan masyarakat bahawa institusi raja adalah hak rakyat. Seorang raja adalah kepunyaan rakyat dan apa juga tindakan sama ada peribadi diambil oleh raja atau wakilnya menjadi perhatian rakyat.
Oleh demikian, tidak elok jika kemelut yang berlaku di Kelantan ini berpanjangan dan banyak mencipta sejarah dengan menggunakan mekanisme undang-undang.
Walaupun mekanisme mahkamah ini diiktiraf Perlembagaan, kebimbangan penulis ialah, ia akan menjadikan kemelut kian parah dan menggalakkan pandangan negatif terhadap institusi diraja bukan saja di Kelantan, tetapi juga di negeri-negeri lain. Sebahagian besar rakyat menyayangi institusi raja ini maka amat tidak adil kepada institusi raja ini dan rakyat keseluruhannya jika masalah di Kelantan terus berlarutan sebegini.
Penulis ialah pakar Perlembagaan dan Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
/hwa-bharian.com.my
/hwa-bharian.com.my

BN salur peruntukan, bukan tabur duit - Shafie

MM - 09/05/2010
SIBU 8 Mei - Barisan Nasional (BN) menyalurkan peruntukan yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk pembangunan kepada rakyat dan bukan menabur duit semasa berkempen pada pilihan raya.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, peruntukan-peruntukan yang diumumkan di Sibu ketika ini sebenarnya telah diluluskan oleh kerajaan di dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, peruntukan-peruntukan itu juga memang telah sedia ada dan ia bukan semata-mata untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu.
''Peruntukan yang diumumkan bukan hari ini sahaja dan saya sendiri telah banyak kali datang ke negeri ini untuk menyalurkan peruntukan kepada rakyat yang memerlukan pembangunan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Jeriah di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas dakwaan pihak pembangkang yang menuduh BN menggunakan taktik kotor iaitu menabur wang untuk menang pada pilihan raya.
Hadir sama Ketua Pemuda BN Sarawak yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusuf.
Dalam pada itu, Mohd. Shafie memberitahu, beliau yakin dengan sokongan masyarakat di Sibu meskipun bukan sesuatu perkara yang mudah bagi BN untuk mengekalkan kerusi Parlimen Sibu.
Katanya, jentera parti harus bekerja keras bagi memastikan BN mampu menambat hati semua kaum termasuk Cina, Melayu, Iban, Orang Ulu dan sebagainya.
Sementara itu, pada majlis berkenaan, Mohd. Shafie mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk menaiktaraf jalan raya di Kampung Jeriah dan RM30,000 lagi bagi pembinaan dewan, manakala sejumlah RM5,000 sumbangan peribadi beliau kepada masjid di kampung terbabit.
/hwa-utusan.com.my

Syed Azidi hairan sikap Husam

MM - 09/05/2010
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU 8 Mei - Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hairan dengan sikap Exco Kanan Kelantan, Datuk Husam Musa yang mengambil masa terlalu lama menjawab dakwaan bahawa beliau memberi wang RM40,000 kepada Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang sebelum ini dilaporkan menjalankan operasi gerak saraf.
Beliau berkata, pengakuan Husam itu juga amat bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh kepimpinan Pas Pusat dan negeri mengenai kewujudan firma terbabit sebelum ini.
''Saya hairan kenapa Husam mengambil masa terlalu lama untuk menjawab selepas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Pas Kelantan, Zaki Ibrahim menafikan bahawa pemimpin parti itu terlibat dalam GMC sejak dua tiga minggu lalu.
''Bagi saya operasi gerak saraf tidak salah tetapi apa yang dipertikaikan di sini dari mana wang RM4 juta itu datang, kalau dari luar negeri atau sumbangan pihak tertentu kena buktikan kepada ahli Pas dan rakyat," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas pengakuan Husam ketika berceramah di Taman Guru di sini baru-baru ini bahawa beliau telah membayar lebih dari RM40,000 kepada GMC untuk poster Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dihasilkan oleh GMC.
Sebelum ini, Syed Azidi menamakan lima individu yang menjadi penyumbang wang RM4 juta kepada GMC.
Mereka ialah Exco kanan kerajaan Kelantan, Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan dan pengarang sebuah akhbar propembangkang.
Sebelum itu, dalam blognya, Kickdefella, penulis itu mendedahkan menerima peruntukan RM4 juta daripada pihak tertentu untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus bertahan di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-12.
Syed Azidi yang bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkata, pengakuan Husam bahawa beliau memberikan wang lebih dari RM40,000 sememangnya benar.
''Betul dia beri lebih daripada itu tetapi wang yang saya terima secara terus daripada tangan Husam sendiri RM40,000 manakala selebihnya diberikan oleh individu-individu tertentu atas arahan Husam.
''Ayat yang beliau gunakan supaya individu ini memberi wang adalah 'beri dekat pak sheikh (Syed Azidi), dia nak buat kerja," katanya.
Tambahnya, Husam atau kepimpinan Pas seharusnya menjawab dengan jelas dari mana wang tersebut datang dan bukan hanya menyebut secara umum.
''Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mendedahkan kesemua senarai penerima tender selepas didesak, jadi kenapa Pas tidak boleh berbuat begitu dedahkan kesemuanya termasuk penerima kawasan balak bagi menjelaskan keadaan sebenar," katanya.
/hwa-utusan.com.my

Tiga calon Pilihan Raya Kecil Sibu

MM - 09/05/2010CALON BN (tengah) Robert Lau Hui Yew bersama calon DAP, Wong Ho Leng (kanan) dan calon bebas, Narawi Haron selepas diumumkan sebagai calon pilihan raya yang menyaksikan persaingan tiga penjuru di Pusat Penamaan Calon di Sibu, Sarawak, semalam.

SIBU 8 Mei - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sibu pada 16 Mei ini bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, calon DAP, Wong Ho Leng dan calon Bebas, Narawi Haron.
Pegawai Pengurus PRK Parlimen Sibu, Wong See Meng mengumumkan senarai calon tersebut sebaik sahaja tempoh bantahan berakhir pada pukul 11 pagi ini.
''Terdapat satu bantahan diterima ketika tempoh bantahan tetapi tiada calon ditolak kertas penamaannya," kata beliau di Dewan Suarah Sibu di sini hari ini.
Sementara itu, suasana pusat penamaan calon bagi PRK Parlimen Sibu di Dewan Suarah di sini tenang dan terkawal walaupun terdapat beberapa penyokong cuba membuat provokasi.
Cuaca di pusat berkenaan juga dalam keadaan baik dengan para penyokong calon masing-masing berhimpun seawal pukul 7 pagi di tempat yang ditetapkan dan anggota polis sudah mulai sibuk mengawal lalu lintas.
Tinjauan Mingguan Malaysia mendapati keadaan di sekeliling pusat penamaan calon telah dikawal rapi oleh pasukan polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) manakala laluan ke Dewan Suarah juga lancar.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai rombongan mengiringi calon BN, Hui Yew ke pusat penamaan calon pagi ini.
Muhyiddin bersama rombongan penyokong BN yang berjumlah kira-kira 3,000 orang tiba di dewan tersebut pada pukul 8.43 pagi.
Antara pemimpin BN lain yang turut serta ialah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta beberapa menteri Kabinet.
Sementara itu, calon DAP, Ho Leng tiba di pusat penamaan calon pada pukul 8.30 pagi bersama kira-kira 700 penyokong dengan diketuai Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail .
PRK Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Robert Lau Hoi Chew yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.
Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar iaitu 52,158 adalah pengundi biasa dan 2,537 undi pos yang merangkumi 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.
Menurut senarai pemilih yang dikemas kini sehingga 9 April lalu, pengundi di kalangan kaum Cina adalah 67 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi, diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan bumiputera Sarawak (22 peratus).
Sebanyak 45 pusat mengundi dengan 110 saluran akan dibuka yang melibatkan 39 buah sekolah, dua tadika dan masing-masing satu pusat latihan, rumah panjang, perpustakaan awam dan pusat rekreasi awam bagi proses mengundi.
/hwa-utusan.com.my

6 Mei 2010

Sikap bermuka-muka Anwar akhirnya memakan diri

UM - 06/05/2010
JIKA anda menatap akhbar hari ini, terdapat satu berita yang sangat menarik mengenai pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim. Berita itu memetik tulisan Rachel Motte dari The New Ledger, sebuah penerbitan Internet di Amerika Syarikat (AS) yang mengecam Anwar kerana mempunyai sifat talam dua muka.
Antara lain laporan itu mendedahkan bagaimana Anwar berusaha menonjolkan dirinya sebagai pemimpin demokrat liberal ketika berada di AS dan kemudian pula menjadi pejuang anti-Yahudi ketika berada di negara ini.
Perjuangan anti-Yahudinya dapat dilihat melalui pelbagai kecaman terhadap kerajaan kerana menggunakan khidmat firma perundingan awam pro-Israel APCO Worldwide.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dikecam kerana kononnya pasukan itu menggunakan perkhidmatan bekas ejen Israel dalam pembangunan sistem maklumatnya.
Tetapi sebelum ini, terutama sebaik sahaja dibebaskan dari penjara 10 tahun lalu, Anwar telah ke Washington dan berjaya berbaik-baik dengan beberapa tokoh Yahudi Amerika seperti bekas Naib Presiden Al Gore dan bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz.
Kedua-dua pemimpin itu merupakan antara pemimpin Barat yang sanggup membela Anwar yang telah berusaha keras menampilkan dirinya sebagai seorang yang sangat bersopan santun.
Mereka juga antara individu yang memperkenalkan Anwar kepada beberapa pertubuhan lain sehinggakan pemimpin pembangkang itu dijemput mengajar selama setahun di Johns Hopkins School of Advanced International Studies di AS.
Sikap bermuka-muka Anwar ini sememangnya telah didedahkan oleh beberapa bekas rakan Anwar sebelum ini tetapi masih ramai yang tidak mempercayainya. Kini, sebuah laman web AS pula mengulangi dakwaan tersebut sambil menyatakan adalah sukar bagi mereka untuk mengenali siapakah sebenarnya diri Anwar. Adakah seorang kawan yang baik atau kawan yang 'jahat'?
Itulah Anwar Ibrahim. Seorang insan yang sangat bijak percaturan politiknya.
Kelebihan petah berkata-kata yang dianugerahkan Tuhan digunakan untuk meraih simpati atau mencari pengaruh sehingga pemimpin besar AS juga boleh terpengaruh dengannya.
Kelebihan yang sama juga digunakan beliau untuk meraih simpati pakcik dan makcik di kampung serta juga mendorong anak-anak muda di kota untuk terpekik terlolong di jalan raya dengan alasan inginkan reformasi apabila dirinya terhimpit.
Tetapi selepas dirinya kembali ke persada politik negara dan berada dalam keadaan selesa, apakah nasib anak-anak muda yang pernah suatu waktu dulu menjadi pejuang pembela nasibnya.
Selain itu, kerana cita-citanya yang sangat ingin menjadi pemimpin nombor satu negara, Anwar yang kita ketahui akan juga sanggup melakukan apa sahaja walaupun tidak bercakap benar.
Lihat sahajalah temberangnya mengenai peristiwa 16 September 2008. Sampai sekarang, pakatan pembangkang yang dipimpinnya masih tetap menjadi pembangkang walaupun sudah ramai yang berangan-angan hendak menduduki kerusi menteri atau ketua menteri jika mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
Sememangnya itulah Anwar Ibrahim. Tiada siapa dapat menduga apakah sebenar pendiriannya pada masa lalu, sekarang dan juga masa hadapan. Sama-sama kita tunggu dan lihat adakah sikap bermuka-muka insan ini akan memakan diri sendiri.

Sindrom penafian Pas

UM - 06/05/2010 (Rencana)
Oleh NADZIR AWANG AHMAD @ SAID
SEBAHAGIAN perwakilan Pas semasa mendengar perbahasan pada Muktamar Tahunan Pas Ke-55 di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor.
SINDROM penafian seakan-akan sudah sinonim dengan Pas. Ada saja isu-isu yang timbul membabitkan parti politik itu akan segera dinafikan sama ada oleh pemimpin-pemimpin Pas sendiri mahupun oleh akhbar dan media rasmi parti tersebut hatta penulis-penulis blog yang pro kepadanya.
Rentetan beberapa isu di bawah ini menunjukkan bahawa sindrom penafian itu memang wujud di dalam Pas.
Isu 1: Krisis kepimpinan
Krisis yang mula berputik semasa proses pemilihan Muktamar Pas yang lalu bilamana wujudnya ‘dua kem’ yang satunya didokong dan direstui oleh Presiden manakala satu lagi dilihat lebih cenderung kepada Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pertembungan antara calon pro-Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan Salahudin Ayub dengan ‘anak didik’ kepada Nik Aziz dan Datuk Husam Musa yang menyaksikan calon pro-Presiden itu menang jawatan yang ditandingi, sedikit sebanyak telah memberi gambaran kepada umum bahawa Pas telah diresapi krisis kepimpinan. Sungguhpun begitu, ia segera dinafikan oleh pemimpin Pas yang mengatakan bahawa mereka mengamalkan konsep musyawarah di dalam sebarang tindakan dan kalah atau menang dalam sesuatu proses pemilihan merupakan perkara biasa di dalam amalan demokrasi.
Sindrom penafian pernah digunakan oleh Pas di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Manek Urai yang lalu apabila telah menafikan wujudnya ‘krisis’ antara Nik Aziz dan Nasharuddin walaupun umum melihat seolah-olah Nasharuddin ‘dihalang’ datang dan berkempen semasa PRK tersebut.
Namun pada saat akhir, Nasharuddin dibenarkan datang dan gambarnya bersama Nik Aziz sedang makan bersama disebarkan untuk menyakinkan pengundi di kawasan tersebut bahawa tiada ‘krisis’ antara keduaduanya. Tenyata taktik itu berjaya menguntungkan Pas yang menang tipis dengan majoriti 65 undi sahaja.
Isu 2: Kerajaan Perpaduan
Isu kerajaan perpaduan dipeloporkan sendiri oleh pemimpin Pas menjelang Muktamarnya yang lalu. Umum melihat isu itu menyebabkan berlaku pertembungan idea antara kumpulan yang inginkan kepada kepentingan perpaduan demi Melayu-Islam, manakala di satu pihak lagi berharap ia tidak direalisasikan demi kepentingan parti dan politik yang sempit meskipun pada masa yang sama, Presiden dan Timbalan Presiden UMNO melalui kenyataan yang disiarkan oleh akhbar amat mengalu-alukan, malah ‘menghulur tangan’ demi kerajaan perpaduan yang dilihat mampu memulihkan perpaduan orang Melayu dan Islam serta mengekalkan konsep Ketuanan Melayu.
Apabila berlaku perbezaan pendapat di dalam kepimpinan Pas, maka sindrom penafian ini sekali lagi digunakan dengan menuduh UMNO yang mengutarakan isu kerajaan perpaduan itu untuk kembali mendapat sokongan orang Melayu.
Isu 3: Muktamar Agung Khas
Muktamar Agung Khas (EGM) yang dicadangkan oleh Nik Aziz bagi ‘membersihkan’ pemimpin-pemimpin yang pro kepada isu kerajaan perpaduan seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar, sekiranya tidak dilakukan, ia mungkin akan menyebabkan parti Pas berpecah. EGM pula digunakan untuk mendapat pandangan ahli terutamanya perwakilan bagi mendapat keputusan sama ada menerima atau menolak kerajaan perpaduan dengan UMNO.
Bagi menutup isu itu, sekali lagi sindrom penafian digunakan. Pendokong Pas mengatakan isu EGM yang ditulis di dalam blog Nik Aziz (http://www.blogtokguru.com) bukan hasil tulisan Nik Aziz sendiri tetapi orang lain yang menulisnya.
Isu 4: Peletakan jawatan Abdul Ariffahmi sebagai CEO PMBK
Umum telah mengetahui kemelut dalaman yang melanda Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang pada ketika itu diterajui oleh Abdul Ariffahmi selaku CEO yang juga menantu kepada Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan.
Peletakan jawatan itu dilihat oleh Pas sebagai satu keputusan yang berintegriti seperti mana laporan di dalam Harakahdaily, bertarikh 24 November 2009 bertajuk ‘Keputusan Nik Aziz bukti ketinggian integriti dan moral’ yang memetik kenyataan Naib Presiden Pas, Salahudin Ayub dalam satu sidang media bersama Nik Aziz. Pas yakin dengan tindakan Nik Aziz mengarahkan peletakan jawatan Ariffahmi itu bukan untuk kepentingan beliau dan keluarga, sebaliknya mengutamakan masa depan dan perjuangan parti dan beliau amat menyanjung tinggi integriti yang ditunjukkan oleh Nik Aziz itu.
Isu 5: Pendedahan Kickdefella
Terkini, isu peruntukan RM4 juta dana yang disalurkan melalui Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) di dalam operasi gerak saraf (OGS) bertujuan memburuk-burukkan dan melemahkan imej mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kerajaan pusat. Ia juga ditulis untuk mengekalkan kerajaan Pas di Kelantan oleh penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang juga bekas Pegawai Perhubungan Awam PMBK. Pendedahan itu mengejutkan banyak pihak.
Dan seperti mana isu-isu terdahulu, Pas telah secara rasmi menafikan parti itu terlibat melalui kenyataan akhbar yang dibuat oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali yang mengatakan pucuk pimpinan Pas tidak tahu menahu mengenai kewujudan syarikat perunding media, GMC.
Selanjutnya beliau berkata, Pas tidak ada kena mengena dengan pendedahan oleh Syed Azidi dan bukanlah agenda Pas untuk menjatuhkan individu serta memburukkan pemimpin. Kewujudan GMC hanya diketahui selepas pendedahan oleh Syed Azidi.
Menurut Mustafa, tugas Pas adalah untuk menjatuhkan Barisan Nasional dan UMNO melalui kaedah demokratik (pilihan raya), bukannya dengan cara menjatuhkan pemimpin tertentu.
Sebaliknya, Syed Azidi mendakwa seperti mana yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 5 Mei 2010 dengan mengatakan penafian Pas mengenai kewujudan GMC adalah untuk melindungi lima individu yang menjadi penyumbang dana sebanyak RM4 juta bagi menjalankan operasi gerak saraf itu. Di dalam akhbar itu juga dinyatakan, beliau yakin Mustafa mengetahui soal GMC kerana beliau pernah merasmikan seminar mengenai media di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur pada 2007 bagi mewakili GMC.
Sehingga kini, siasatan telah dan sedang dilakukan oleh SPRM. Sekiranya pendedahan oleh Syed Azidi itu tidak benar, seharusnya Pas mengambil tindakan mahkamah terhadap penulis blog itu bagi membersihkan imej parti itu.
Apapun, pada hakikatnya, Pas adalah juga sebuah parti politik yang mempunyai matlamat yang sama dengan lain-lain parti politik untuk memenangi pilihan raya dan berusaha membentuk kerajaan.
Daripada sekelumit isu yang dinyatakan di atas, tidak mustahil ia berlaku di dalam sebuah parti politik, tetapi demi survival parti, Pas sering mengamalkan sindrom penafian semata-mata untuk mengaburi rakyat dan berselindung di balik nama Pas itu sendiri.
Rakyat seharusnya bijak menilai yang mana kaca dan mana pula permata!
Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara Perlis.
/hwa-utusan.com.my

Husam cabar media dedah nama pemimpin terlibat

06/06/10
KOTA BHARU 5 Mei - Pihak media dicabar mendedahkan nama-nama pimpinan kerajaan negeri Kelantan yang terlibat membiayai peruntukan RM4 juta untuk operasi gerak saraf menerusi Global Media Channel (GMC) yang diterajui penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, beliau bersedia untuk memberi ulasan sekiranya namanya turut dikaitkan secara khusus terlibat dalam operasi tersebut.
Dalam masa yang sama, Husam juga mencabar agar nama Pas Kelantan dan beliau sendiri disebut dengan jelas telah menggunakan khidmat GMC semasa kempen pilihan raya umum lalu.
Malah katanya, beliau percaya tidak akan dipanggil pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun bersedia untuk memberi kerjasama.
"Saya sepatutnya tidak mengulas isu RM4 juta ini kerana nama saya secara rasmi tidak dikaitkan oleh mana-mana media.
"Jadi saya minta surat khabar sebut nama saya dulu, dikatakan ada lima dalang tapi tak letak nama, hanya sebut seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, seorang Ahli Majlis Perbandaran, seorang itu, seorang ini, tapi tak sebut nama.
"Saya yakin media ini pun ada agenda tertentu dan tidak berani berterus terang. Pada pandangan saya media hanya memperbesarkan dan memutarbelitkan isu ini," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Pejabat Menteri Besar hari ini.
Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai Kickdefella baru-baru ini mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta untuk bersama mengendalikan sebuah operasi gerak saraf mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mengukuhkan pas Kelantan.
Husam mendakwa, media cuba memutarbelitkan isu tersebut apabila menyebut operasi itu adalah untuk 'memburuk-burukkan' Abdullah sedangkan Syed Azidi sendiri tidak menyebut demikian.
Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri berkata, media sepatutnya berusaha mengemukakan nama-nama yang terbabit dan bukan sekadar membuat andaian.
"Media sebut (GMC) tapi tidak dikait dengan saya, saya nak jawab macam mana, buat apa saya jawab. Tuan galah tu biar nampak dulu, galah dah ada, tapi tak nampak tuan.
"Kalau saudara nak minta saya komen, biar suratkhabar sebut dulu nama saya, selagi tak sebut, saya pun ada 'games' saya juga, bukan berita betul ni, kalau ini umpama kek, ia dah dicampur macam-macam, gandum 10 peratus sahaja. Banyak perasa tiruan," katanya.
Ketika diberitahu pihak media mungkin bimbang tindakan saman darinya jika nama beliau dikaitkan, Husam berkata bukannya mudah untuk perkara itu berlaku.
"Takkan mudah nak saman begitu, kita pun sayang juga suratkhabar-suratkhabar kita ni," katanya.
Husam bagaimanapun berkata, beliau akan membuat satu penjelasan mengenai isu yang tercetus dalam satu ceramah politik yang akan diadakan malam esok dekat sini.

'Saya perlu pertahan diri'

UM - 06/06/2010
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU 5 Mei - Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, beliau terpaksa membuat kenyataan kepada media dan melalui blognya bagi mempertahankan diri selepas 'diserang' pelbagai pihak ekoran pendedahannya mengenai peruntukan sebanyak RM4 juta untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau percaya kenyataan itu tidak mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana maklumat yang didedahkannya sememangnya diketahui umum.
"Semua perkara yang saya beritahu kepada media telah diketahui oleh semua pihak dan tidak ada lagi unsur kejutan. Lagi pun saya bukannya sumber utama.
"Saya perlu pertahankan diri saya dan tidak perlu diskriminasi kerana banyak pihak menyerang saya daripada pelbagai sudut selepas ia mendapat liputan meluas daripada media," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas sama ada akan terus membuat pendedahan atau pun akan berdiam diri selepas ini.
Akhbar hari ini melaporkan SPRM meminta Syed Azidi supaya menghentikan pendedahan beliau kepada umum dan media mengenai peruntukan RM4 juta yang didakwa diterimanya untuk memburukkan imej pucuk pimpinan Kerajaan Pusat.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali dilaporkan berkata, tindakan mendedahkan secara keterlaluan termasuk dalam tulisan yang dimuatkan dalam mana-mana laman blog, boleh mengganggu siasatan pihaknya.
Semalam bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu turut membidas kepimpinan Pas Pusat yang dianggapnya berbohong jika mereka mendakwa tidak mengetahui tentang kewujudan Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang menjadi jentera untuk Pas memburukkan pentadbiran Kerajaan Pusat.
Beliau mendakwa, penafian Pas mengenai kewujudan GMC adalah semata-mata untuk melindungi lima individu yang menjadi penyumbang dana sebanyak RM4 juta bagi menjalankan operasi gerak saraf itu.
/hwa-utusan.com.my

5 Mei 2010

SPRM minta Syed Azidi henti dedah maklumat

UM - 05/05/2010
KUALA LUMPUR 4 Mei - Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz diminta menghentikan pendedahan beliau kepada umum dan media mengenai peruntukan RM4 juta yang didakwa diterimanya untuk memburukkan imej pucuk pimpinan Kerajaan Pusat.
Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mustafar Ali berkata, tindakan mendedahkan secara keterlaluan termasuk dalam tulisan yang dimuatkan dalam mana-mana laman blog, boleh menganggu siasatan pihaknya.
"Kita perlu memberikan perlindungan kepada mereka yang memberikan maklumat dan orang yang disiasat.
"Jadi, sesuatu aduan kes rasuah tidak boleh didedahkan oleh mana-mana pihak selain kepada pegawai SPRM sehingga tindakan mahkamah diambil," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai Kickdefella sebelum ini mendedahkan nama pemberi peruntukan RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Susulan pendedahan itu, beliau dipanggil memberi keterangan sebanyak dua kali di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dan yang terbaru, semalam.
Mustafar berkata, peringatan itu dibuat kerana SPRM mementingkan soal keadilan dan elemen kerahsiaan melibatkan orang yang hendak disiasat.
Jelas beliau, pendedahan terhadap sesuatu kes yang dilaporkan kepada SPRM boleh mengganggu proses siasatan.
"Dalam siasatan sesuatu kes, kita terpaksa menggunakan elemen kejutan. Tapi apabila sesuatu itu tidak lagi mengejutkan atau didedahkan terlebih dulu, banyak bahan bukti yang diperlukan dalam siasatan akan hilang," katanya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed sebelum ini pernah melahirkan kebimbangan dengan trend semakin ramai pihak yang membuat laporan kes rasuah mendedahkan maklumat mengenainya kepada umum.
Tindakan itu sebenarnya menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 29 (4), Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Menurut Abu Kassim, mereka yang disabitkan kesalahan di bawah seksyen tersebut boleh dipenjara selama dua tahun atau denda sebanyak RM100,000.
/hwa-utusan.com.my

Pas nafi salur peruntukan RM4 juta

UM - 05/05/2010
KUALA LUMPUR 4 Mei - Selepas seminggu penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan isu peruntukan RM4 juta, Pas secara rasmi hari ini menafikan penglibatan parti itu dengan dakwaan tersebut.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang mengadakan sidang akhbar khas bagi menjawab isu itu berkata, pucuk pimpinan juga tidak tahu menahu mengenai kewujudan syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn. Bhd (GMC).
"Pas tidak ada kena mengena dengan pendedahan oleh Syed Azidi kerana menjatuhkan individu serta memburukkan pemimpin seperti bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan agenda Pas. Jika ditanya sama ada orang Pas terlibat, itu saya tidak tahu.
"Mengenai kewujudan GMC, saya dan pucuk pimpinan juga tidak tahu. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak tahu dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tidak tahu,'' katanya di Pejabat Agung Pas di sini hari ini.
Semalam, Syed Azidi menyerahkan beberapa lagi dokumen tambahan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya ekoran pendedahannya menerima peruntukan RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf memburuk-burukkan kepimpinan Abdullah.
Syed Azidi sebelum ini telah membuat satu dakwaan mengenai tindakan pihak-pihak tertentu memberikannya peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun untuk memburukkan imej dan melemahkan kepimpinan Abdullah.
Beliau turut mendakwa kerajaan Pas Kelantan menyalurkan sumber kewangan itu untuk melaksanakan gerakan tersusun memburukkan kerajaan Pusat sekali gus memastikan Pas kekal berkuasa di negeri itu.
Menurut Syed Azidi, peruntukan tersebut diberikan bertujuan melaksanakan operasi gerak saraf melalui syarikat GMC yang beribu pejabat di Jalan Kota Darul Naim, Kelantan bermula Julai 2007.
Mustafa berkata, beliau hanya mengetahui mengenai GMC itu apabila perkara itu didedahkan oleh Syed Azidi di dalam blognya.
"Sebelum ini saya tidak tahu apa itu GMC. Sudah dedah baru tahu. Saya juga telah membuat pemeriksaan dengan Badan Perhubungan Pas Kelantan dan Pas Pusat mengenai dakwaan RM4 juta ini.
"Saya dapati Pas tidak pernah menyalurkan peruntukan RM4 juta kepada Syed Azidi untuk lakukan kerja-kerja seperti didakwa kerana seperti yang saya katakan tadi Pas tidak melakukan kerja-kerja menjatuhkan pemimpin,'' katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, selama ini Pas menentang Barisan Nasional (BN) serta UMNO atas dasar parti dan bukan pemimpin.
"Tugas Pas adalah menjatuhkan BN dan UMNO tetapi melalui kaedah demokratik (pilihan raya) dan bukannya dengan cara menjatuhkan pemimpin tertentu,'' ujarnya.
Menjawab soalan, Mustafa berkata, Pas menyerahkan kes tersebut kepada SPRM sebelum pihaknya membuat ulasan lebih lanjut kerana segala-galanya bergantung pada hasil siasatan.
Berhubung kemungkinan penulis blog Kickdefella dikenakan tindakan saman, Mustafa berkata, beliau akan mencadangkan kepada Pas Kelantan supaya meneliti kenyataan Syed Azidi yang telah mengaitkan kerajaan negeri dengan penyaluran peruntukan tersebut.
/hwa-utusan.com.my

Penafian Pas semata-mata lindungi 5 individu - Syed Azidi

'Bohong tidak tahu GMC wujud'
Oleh AZRAN FITRI RAHIM

azran.rahim@utusan.com.my
KOTA BHARU 4 Mei - Kepimpinan Pas Pusat berbohong jika mereka mendakwa tidak mengetahui tentang kewujudan Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang menjadi jentera untuk Pas memburukkan pentadbiran Kerajaan Pusat.
Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendakwa, penafian Pas mengenai kewujudan GMC adalah semata-mata untuk melindungi lima individu yang menjadi penyumbang dana sebanyak RM4 juta bagi menjalankan operasi gerak saraf itu.
Menurutnya, adalah mustahil jika Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tidak mengetahui kewujudan dan peranan syarikat itu yang bertapak di sini.
Syed Azidi yakin Mustafa mengetahui soal GMC kerana beliau pernah merasmikan seminar mengenai media di Pejabat Agung Pas, Kuala Lumpur pada 2007 bagi mewakili GMC.
"Bagi saya, ia antara dua sama ada Mustafa berbohong atau Pas berbohong. Pertamanya, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa juga hadir pada taklimat media harian di pejabat GMC di sini sewaktu kempen pilihan raya umum lalu.
"Saya memberi taklimat kepada Timbalan Presiden Pas berhubung apa yang perlu dijawab mengenai manifesto Barisan Nasional (BN) yang diumumkan pada malam sebelumnya dan saya berada di sisi Timbalan Presiden sepanjang taklimat tersebut.
"Kedua, sewaktu diadakan satu perjumpaan di Pejabat Agung Pas, mengenai satu seminar media pada tahun 2007, saya dijemput mewakili GMC dan saya hadir manakala Mustafa pula merasmikan majlis tersebut," dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penjelasan Mustafa bahawa pucuk pimpinan parti itu langsung tidak tahu-menahu mengenai kewujudan GMC iaitu pusat penyebaran propaganda bagi Pas di Kelantan.
Selain itu, Mustafa turut menafikan bahawa parti itu pernah menyalurkan peruntukan sebanyak RM4 juta kepada Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai Kickdefella bagi tujuan melemahkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Syed Azidi yang juga bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkata, pemimpin kanan Pas itu sewajarnya bertanya dahulu kepada kepimpinan yang lain sebelum menafikan bahawa parti tersebut pernah menyalurkan peruntukan kepada GMC.
"Dalam hal kewangan, saya mencadangkan Mustafa supaya berbisik dahulu dengan Bendahari Pas Pusat sebelum membuka mulut berhubung isu kewangan sebab saya tahu Bendahari Pas tahu perkara ini.
"Soal dari mana datangnya wang tersebut jangan tanya pada saya, itu tanggungjawab Pas untuk menjelaskannya dan saya yakin banyak pihak ingin tahu dari mana datangnya wang dan saya juga ingin tahu," jelasnya.
Katanya, parti itu tidak sewajarnya lari daripada persoalan pokok iaitu dari mana datangnya wang yang diberikan oleh lima penyumbang terbabit dan bukannya membincangkan mengenai operasi gerak saraf.
"Bukan pemimpin Pas tidak tahu dari mana datangnya wang ini tetapi saya tidak yakin pemimpin Pas Pusat tidak tahu, sebenarnya mereka tidak tahu bagaimana untuk memberitahu kepada umum.
"Isu utama ialah sumber duit perang saraf ini kerana mereka sudah mengaku operasi gerak saraf sememangnya wujud dan telah menjadi kebiasaan, soalnya dari mana datangnya duit ini untuk membiayai operasi ini," katanya.
Tambahnya, beliau tampil membuat pendedahan secara terperinci mengenai wang RM4 juta tersebut selepas dicabar oleh pemimpin dan Dewan Pemuda Pas Kelantan.
"Tindakan saya adalah semata-mata kerana diminta berbuat demikian oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan yang mencabar saya mendedahkannya. Sebagai seorang Islam tidak boleh untuk kita menipu, jadi saya terpaksa menjawab dengan jelas.
"Kemudian apabila saya memberi jawapan, banyak lagi pihak bertanya tentang apa yang saya tahu. Jadi memandangkan saya seorang Islam, saya kena bagi jawapan tanpa menipu," katanya.
/hwa-utusan.com.my

Rayuan terakhir Anwar ditolak

UM - 05/05/2010
PUTRAJAYA 4 Mei - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Isnin ini setelah rayuan akhirnya untuk membatalkan pertuduhan tersebut ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.
Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria berpuas hati bahawa tuduhan liwat itu wajar dikekalkan meskipun laporan klinikal menunjukkan tidak berlaku kemasukan zakar.
Ketika membacakan keputusan ringkas yang dibuat sebulat suara itu, Hakim Arifin menyatakan, panel tersebut sudah meneliti keseluruhan laporan perubatan oleh tiga doktor yang memeriksa pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25.
''Mahkamah mendapati laporan yang menyatakan tidak berlaku kemasukan zakar itu gagal menyokong rayuan Anwar bagi membatalkan pertuduhan liwat terhadapnya,'' ujar beliau.
Turut bersidang, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri James Foong Cheng Yuen dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suriyadi Halim Omar.
Anwar merayu setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan pada 17 Februari lalu yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Disember 2009 yang menolak permohonannya agar tuduhan liwat itu dibatalkan.
Dalam permohonannya, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, tuduhan berkenaan berniat jahat, menindas dan menyalahgunakan proses mahkamah selain satu konspirasi politik serta muslihat jahat sama seperti pertuduhan yang dihadapinya pada 1998.
Anwar didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di ibu negara di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Pada prosiding hari ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden berhujah supayar mahkamah tidak melayan rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan kerana tindakan itu bersifat pramatang pada peringkat ini.
Beliau menyatakan, laporan perubatan yang disandarkan oleh pendakwaan itu belum lengkap kerana ia perlu disokong oleh keterangan forensik doktor pakar dan ahli kimia yang menyediakannya.
Hujah Mohd. Yusof, Anwar gagal memberi perhatian terhadap beberapa bukti keterangan lain yang lebih penting termasuk laporan kimia yang menunjukkan kehadiran air mani.
Ujar beliau, rujukan terhadap buku bertajuk Perubatan Forensik Untuk Peguam menyatakan, penemuan air mani pada putik kapas sama ada yang diambil dari lubang dubur atau dari lendir dubur membuktikan perlakuan liwat yang hampir tidak dapat disangkal.
Hujah Mohd. Yusof, lagipun pihak pembelaan mempunyai peluang untuk menyangkal pertuduhan liwat itu ketika berhujah di akhir kes pendakwaan sebelum kes prima facie ditentukan oleh hakim bicara.
Sehubungan itu, ujar beliau, pihak pendakwaan tidak seharusnya dihalang daripada meneruskan kes terhadap Anwar semata-mata atas alasan pertuduhan tidak lengkap.
Bagaimanapun, peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar mempertikaikan hujahan berhubung penemuan air mani kerana tidak mungkin ia ditemui jika kemasukan zakar dalam dubur tidak berlaku.
''Bagaimana air mani boleh ditemui dalam dubur jika kemasukan zakar tidak berlaku melainkan ia sengaja diletakkan di situ,'' ujar beliau.
Sehubungan itu, Karpal menyatakan, pendakwaan terhadap Anwar di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan tidak wajar diteruskan kerana laporan perubatan yang tidak lengkap itu dengan sendirinya akan menyanggah keterangan Mohd. Saiful Bukhari.
Ujar beliau, oleh itu tiada gunanya saksi-saksi dipanggil memberi keterangan memandangkan perkara asas dalam pertuduhan liwat iaitu kemasukan zakar, tidak dibuktikan.
Sementara itu, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang hadir bagi mendengar rayuan tersebut melahirkan perasaan tidak puas hati atas keputusan berkenaan.
Beliau yang sependapat dengan seorang lagi peguam Anwar, S.N. Nair menyatakan, keputusan hakim yang menyertakan alasan melalui dua perenggan ayat itu amat mengecewakan.
/hwa-utusan.com.my

Anwar khianati kawan

BERNAMA - 05/05/10
KUALA LUMPUR 4 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menggunakan khidmat firma perhubungan awam pro-Israel APCO Worldwide dan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat bekas ejen Israel dalam projek berkaitan pengurusan maklumat dan komunikasi, dikecam hebat oleh sebuah laman web berhaluan kanan Amerika.
Melalui tulisannya dalam 'The New Ledger', sebuah penerbitan Internet Amerika yang menyiarkan pendapat golongan yang menyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte berkata, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.
Katanya, beberapa orang kanan Anwar juga telah melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk kononnya kerajaan Malaysia telah menggunakan khidmat sebuah syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan rejim Zionis di Israel berkaitan projek maklumat dan komunikasi.
Dalam tulisan bertajuk "The Reversal of Anwar Ibrahim", Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma, menjadi punca munculnya semangat anti Yahudi di Malaysia.
Katanya, ini bukan kali pertama "beliau mengambil jalan ini" dan beliau "mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.
Sebagai contoh, kata penulis itu, menjelang pilihan raya umum pada 2008, dalam satu wawancara dengan IslamOnline, Anwar berkata, beliau mempunyai bukti bahawa kerajaan bukan saja memberi sokongan kepada puak pelobi Yahudi di Amerika tetapi juga kepada beberapa pihak di Israel.
Motte berkata, beliau berterima kasih kepada pengundi di Malaysia kerana tindakan mereka menyebabkan gabungan parti pembangkang yang diterajui Anwar tidak mendapat undi majoriti pada pilihan raya itu.
Katanya, sejurus selepas Anwar dibebaskan dari penjara kira-kira 10 tahun lepas, beliau datang ke Washington, D.C. dan menghabiskan masa sejak 10 tahun lepas bagi menampilkan imejnya sebagai seorang yang penuh bersopan santun dan berperibadi mulia di Barat.
"Hasilnya, pemerhati hal ehwal luar Amerika menganggapnya sebagai contoh pemimpin Islam yang demokratik dan pejuang pentadbiran yang liberal dari Asia Tenggara.
''Beberapa tahun lepas, beliau dijemput mengajar selama setahun di Johns Hopkins School of Advanced International Studies dan di situ, beliau menjalin persahabatan dengan Yahudi Amerika seperti Paul Wolfowitz — sebagai suatu cara untuk menunjukkan betapa beliau telah jauh berubah daripada imejnya sebagai seorang militan Islam suatu ketika dulu.
"Malah, pada 2008, (bekas naib presiden) Al Gore — yang terkenal sebagai lelaki yang bijak dan tajam persepsinya — terdorong untuk menulis dalam laman blognya bagi mempertahankan maruah Anwar apabila beliau dikritik.
"Beliau adalah antara tokoh hebat dari Barat yang tidak boleh dibeli — tetapi seseorang itu boleh rapat dengan beliau sekiranya beliau bermusuh dengan pihak tertentu dan mempunyai hubungan dengan media yang berpengaruh dalam Beltway (perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada sebahagian daripada sistem politik Amerika sebenar atau yang dibayangkan dan mengambil sempena nama lebuh raya antara negeri yang melingkari ibu negara Amerika)," kata penulis itu.
Motte berkata, hubungan antara Anwar dan tokoh-tokoh Yahudi Amerika yang berpengaruh begitu rapat hinggakan jika ditanya kepada rakyat Amerika siapakah tokoh demokrat liberal di Malaysia bagi tempoh 1999 hingga 2009, mereka dengan mudah akan menjawab tokoh itu ialah "Anwar Ibrahim." "Tapi, adakah apa yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim tentang dirinya di luar Malaysia sama dengan tindakan yang dilakukannya di negaranya sendiri?," tanya penulis itu.
Motte berkata, apabila berada jauh dari CNN, Al Gore dan Johns Hopkins, Anwar menampilkan dirinya sebagai penghasut yang menyemarakkan semangat anti-Amerika dan anti-Yahudi.
Kata Motte lagi, "dalam mencari siapa yang boleh dijadikan rakan Amerika di dunia Islam, memang sukar untuk membezakan antara kawan yang baik dan kawan yang jahat."
"Bagaimanapun, lazimnya, ahli politik yang memperjuangkan teori konspirasi anti-Yahudi bukanlah rakan Amerika," katanya bagi merujuk kepada Anwar.
Motte berkata, perkembangan di Malaysia beberapa bulan lepas menyerlahkan perubahan yang mengejutkan apabila ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meniupkan semangat anti-Yahudi, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula berdiri teguh bersama Presiden Barack Obama dan Amerika.
Penulis itu mengulangi kenyataannya bahawa memang sukar untuk meneka siapakah yang boleh dijadikan kawan oleh Amerika di dunia Islam, selain Raja dan Permaisuri Jordan, beberapa orang di Emiriyah Arab Bersatu dan keluarga diraja Saudi.
"Sebagai contoh, lihatlah sesuatu yang aneh di Malaysia. Negara itu dan parti yang memerintahnya sedia bekerjasama dan bersikap konstruktif terhadap Amerika, tetapi lain pula halnya dengan parti politik pembangkangnya. Keanehan inilah yang sering digambarkan oleh media Barat," katanya.
Motte berkata, kepimpinan Malaysia sekarang bersikap pro perniagaan, pro Amerika dan berani berterus terang kepada dunia Islam bahawa ia adalah sekutu strategik Amerika.
Malah, katanya, pada Sidang kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington baru-baru ini, Najib berikrar akan membantu Amerika dalam pelbagai bidang.
Katanya, nama baik Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam yang stabil dan berpendirian sederhana begitu menyerlah pada dekad ini hasil usaha keras dan kepimpinan perdana menterinya sekarang dan perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
/hwa-utusan.com.my

3 Mei 2010

Syed Azidi dedah penyumbang RM4j

UM - 3/05/2010
KOTA BHARU 2 Mei – Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mendedahkan nama pemberi peruntukan RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau yang berbuat demikian bagi menyahut cabaran Dewan Pemuda Pas Kelantan supaya mendedahkan mereka yang terlibat memberitahu, terdapat lima individu utama yang memberikan peruntukan berkenaan.
Dakwanya, mereka ialah Exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan, pengarang sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.
Kesemua senarai terbabit, jelasnya, telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika beliau memberikan kenyataan kepada suruhanjaya tersebut kelmarin.
Syed Azidi dalam kenyataannya di sini hari ini mendakwa, peruntukan itu diberikan untuk menggerakkan operasi gerak saraf yang dijalankan melalui sebuah syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang beribu pejabat di Jalan Kota Darul Naim di sini bermula pada Julai 2007.
“Penyumbang terbesar ialah ahli majlis terbabit iaitu RM2.6 juta bermula pada Julai 2007 sehingga November 2008.
/hwa-utusan.com.my