MUHYIDDIN Yassin diberi penerangan oleh Mohd Yusni Abdul Ghani mengenai Tutor iLMS diperhatikan oleh Mohamed Hashim b. Ahmad Makaruddin (kanan) dan Idris Jusoh (dua dari kanan) di Majlis Pelancaran Tutor Intelligent Learning Management System (TUTOR ILMS) di Hotel Shangri La Putrajaya. 4 Mac 2011. - Utusan/HANAFI KHAMIS5 Mac 2011
Majlis Pelancaran Tutor Intelligent Learning Management System
MUHYIDDIN Yassin diberi penerangan oleh Mohd Yusni Abdul Ghani mengenai Tutor iLMS diperhatikan oleh Mohamed Hashim b. Ahmad Makaruddin (kanan) dan Idris Jusoh (dua dari kanan) di Majlis Pelancaran Tutor Intelligent Learning Management System (TUTOR ILMS) di Hotel Shangri La Putrajaya. 4 Mac 2011. - Utusan/HANAFI KHAMISMalays are not immigrants, says Dr M

KUALA LUMPUR, March 4 — Tun Dr Mahathir Mohamad dismissed yesterday claims that Malays are immigrants just like Chinese and Indians, arguing instead that Arabs, Indians and Indonesians had become constitutional Malays through assimilation.
“I would not say I am a Malay or Malaysian of ethnic Indian origin. My mother tongue and home language is Malay, my culture and tradition is Malay and I am a Muslim. The constitution defines a Malay as a person who habitually speaks Malay, practices Malay custom and tradition and is a Muslim,” he said in a posting on his blog.
He said it was obvious some Malays were descended from people of the Indonesian islands, India and the Arabian peninsular.
“Having come here they were assimilated after they identified themselves completely with the Malays by adopting the Malay language, their customs and traditions and by being Muslims.
“This is a common phenomenon. In America, Australia, Latin America, the later immigrants accepted the languages of their adopted country as their mother tongue as well as the culture.
“After doing this they no longer think of themselves as being of their original country. They are Americans, Australians and Argentinians period.
“We don’t hear them claiming to be German Americans, Portuguese Australians or Italian Argentinians, even though they or their ancestors came from these countries,” said Dr Mahathir.
The former prime minister wrote in his blog that Malays would only say they are Bugis or Javanese if asked about their ancestry but it would be mischievous to suggest that this was their race.
Dr Mahathir has in recent years stepped up his defence of the constitutional position of the Malays, and has been criticised for lending credibility to right-wing groups like Perkasa.
His strident tone has resulted in accusations that he was playing the race card in an attempt to shore up support for Umno.
In his blog post, Dr Mahathir said that his remarks in defending the Malays were to rebut “the anti-Malay racism of the opposition.”
He said that “those who support racist statements by the opposition are the real racists.”
“They shout racist at others to distract from their own racism,” he said.
Since making significant gains in Election 2008, the opposition Pakatan Rakyat (PR) has been pushing for reforms to the country’s affirmative action policies which is widely seen as favouring the Malay-Bumiputera communities.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak is expected to call for general elections in either late 2011 or early 2012, with investors and Malaysians waiting to see if he will implement reforms to match his rhetoric after a series of flip-flops on a goods and services tax and subsidy cuts.
Najib has delivered measures such as granting new bank licenses and cutting the fiscal deficit.
But he has shied away from big subsidy cuts and tax reforms and softened an earlier promise to reform controversial preferential equity ownership rules for the Malays.
Analysts expect Najib may be willing to push through reforms after the next general election, but only if he wins a strong mandate.
If he fails to restore Barisan Nasional’s two-thirds parliamentary majority he will come under pressure from Malay activist groups such as Perkasa who are opposed to some of his economic reforms.
/hwa: The Malaysian Insider | tmi - 5/3/11
Pembangkang jangan sampai 'bakar negara'
utusan melaka@utusan.com.my
JASIN 4 Mac - Pemimpin-pemimpin pembangkang diingatkan agar tidak cuba 'membakar negara' menerusi usaha-usaha mewujudkan pergolakan politik seperti yang sedang berlaku di beberapa negara Asia Barat.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) ketika memberi amaran tersebut memberitahu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mendapat maklumat, mereka sedang merancang untuk menghuru-harakan negara menerusi tindakan ganas dan mengajak rakyat bangkit menentang kerajaan.
Beliau memberitahu, tindakan itu juga menjurus kepada usaha pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.
"ATM telah menghidu usaha pakatan pembangkang untuk menghuru-harakan negara seperti yang berlaku di Mesir, Yemen, Tunisia dan Libya.
"Saya ingin beri amaran kepada pembangkang terutama tokoh-tokoh mereka supaya jangan bakar negara kerana tindakan mereka sebenarnya cuba menggugat ketenteraman awam dan merosakkan demokrasi yang wujud di negara ini.
"Hasil maklumat diperoleh menunjukkan mereka kini sedang bergerak ke arah itu tetapi kita tidak tahu bila. Ada kemungkinan mereka gunakan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau sebagai landasan," katanya di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Common Center di sini hari ini.
Sehubungan itu, kata Ahmad Zahid, ATM menerusi tiga cabangnya iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Darat (TD) sudah bersiap sedia menghadapi situasi tersebut.
"Jika ada ancaman cuba dilakukan oleh pembangkang untuk menghancurkan negara, ATM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan untuk memastikan keamanan dan demokrasi dikekalkan," katanya.
Beliau berkata, usaha pakatan pembangkang itu dikesan sejak berlakunya konflik di beberapa negara Asia Barat dan ia semakin hangat menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau dan Kerdau.
Katanya, tokoh-tokoh pembangkang menggunakan pentas berkempen di kedua-dua DUN tersebut yang didapati cukup jelas cuba menghasut rakyat supaya menimbulkan kekacauan serta menanam bibit kebencian terhadap kerajaan.
Selain itu, katanya, pembangkang juga turut menghasut rakyat di DUN Merlimau dan Kerdau untuk membuat demonstrasi jalanan dan membenci Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
/hwa: utusan.com.my | um - 5/3/11
PM yakin BN boleh menang di Merlimau, Kerdau
MELBOURNE 4 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) akan memenangi kedua-dua pilihan raya kecil di Kerdau (Pahang) dan Merlimau (Melaka) Ahad ini.
Sambil berjenaka, beliau berkata, ''kita sudah biasa berhadapan pilihan raya kecil."
Najib yang juga Pengerusi BN berkata, bagaimanapun beliau berada jauh di Australia untuk mengulas mengenai kedua-dua pilihan raya kecil itu.
(Najib dijangka melawat Kerdau Sabtu ini untuk melihat persiapan terakhir BN di kawasan itu).
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada akhir lawatan rasminya selama tiga hari ke Australia di sini hari ini.
Ketika ditanya mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Mustafa Salim yang didapati bersalah atas tuduhan rasuah, Perdana Menteri berkata, beliau percaya Mustafa akan membuat rayuan.
"Jika dia (Mustafa) merayu, ia (perbicaraan) akan mengambil masa yang panjang.
''Jangan buat spekulasi," tambah beliau.
/hwa: utusan.com.my | um - 5/3/11
Pas akan terus guna agama – Nik Aziz
KOTA BHARU 4 Mac – Pas akan terus menggunakan isu agama dalam kempen pilihan raya, kerana perbuatan itu merupakan sebahagian kerja dakwah seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, semua pihak terutamanya cendekiawan agama sepatutnya sedar bahawa segala perkara yang dilakukan di atas muka bumi ini perlu bersandar kepada al-Quran dan hadis, termasuk ketika kempen dan mengundi pada pilihan raya.
Justeru, katanya, jika seseorang mufti itu menolak untuk mengaitkan amalan mengundi sewaktu pilihan raya dengan hukum syurga neraka, mereka hanya layak mengeluarkan fatwa di negara komunis sahaja.
“Kami tidak menghukum tapi berdakwah, kami ini pendakwah dan bukan hakim yang menghukum, Nabi Muhammad SAW berdakwah, jadi kami akan terus dengan pendekatan berdakwah.
“Biarlah orang nak kata apa pun. Nabi Muhammad pun orang kata, kerja dakwah ini kerja Nabi Muhammad dan daripada segi demokrasi inilah salurannya.
“Kempen nak jadi Presiden atau nak jadi wakil rakyat, semuanya guna kaedah kempen. Kempen diambil dari ayat bahasa Inggeris dan dalam bahasa Arabnya dakwah, dalam Melayu dipanggil ajak.
“Bila mufti kata kempen orang tidak boleh guna hukum, ertinya dia sudah berlainan daripada Nabi Muhammad. Macam mana orang nak undi A atau B tanpa kita dakwah? Hatta sembahyang, kita nak ajak orang sembahyang serupa dengan yang Allah nak, macam mana kalau kita tidak guna hukum dalam al-Quran dan hadis?” soalnya.
/hwa: utusan.com.my | um - 5/3/11
Tindakan menyamar bukti pembangkang tiada kekuatan
KUALA KRAU 4 Mac - Pergerakan Wanita UMNO menyifatkan pihak yang menyamar sebagai ahli pergerakan itu dan berkempen di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau sebagai kumpulan yang tidak mempunyai kekuatan untuk meraih undi.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya amat kecewa dengan tindakan pembangkang yang sanggup menyamar dan menghasut penduduk agar tidak mengundi Barisan Nasional (BN) sebagai tanda protes.
"Saya kecewa dengan tindakan pembangkang ini terutama jentera wanita mereka dalam meraih simpati penduduk untuk menolak calon BN.
"Tindakan sedemikian amat keterlaluan dan terdesak. Justeru, saya mohon mereka hentikan kerja seperti itu kerana ia amat memalukan," katanya.
Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas melancarkan gelombang merah Jentera Jalinan Rakyat BN di padang awam Kampung Badok di sini hari ini.
Hadir sama menyertai gelombang merah itu ialah anakanda Sultan Pahang, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Pahang, Datuk Rosni Zahari.
Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menggesa pengundi agar berhati-hati apabila menerima kunjungan daripada mereka yang mahu merayu undi.
"Saya minta kepada pengundi berhati-hati kerana semua yang menyamar dengan memakai tudung merah itu tidak mempunyai kekuatan dan tidak mempunyai sebarang agenda demi memperjuangkan rakyat.
"Bagaimanapun kami Wanita UMNO mempunyai keikhlasan perjuangan dalam membela nasib rakyat," ujarnya.
Tambahnya, Wanita UMNO dalam berkempen hanya menceritakan bagaimana dan apa yang dilakukan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan hidup rakyat.
"Kita akan ceritakan apa tindakan dan bagaimana cara yang dilakukan kerajaan dalam menentukan pembangunan rakyat," jelasnya.
/hwa: utusan.com.my | um - 5/3/11
Kenyataan MB Selangor undang kritikan
KUALA LUMPUR 4 Mac - Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyifatkan tindakan kerajaan negeri mendahului bidang kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pengumuman pelantikan Canselor Universiti Selangor (Unisel) sebagai perkara biasa, terus mengundang kritikan pelbagai pihak.
Antara yang berbuat demikian ialah Presiden Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita), Faridah A. Jabbar yang menganggap tindakan biadab itu sebagai sebahagian daripada budaya politik pembangkang untuk menafikan kewujudan institusi beraja di negara ini.
"Salah atau betul, biadab atau tidak, bukan satu dosa bagi mereka. Ia jelas bercanggah dengan kenyataan pihak pembangkang sebelum ini kononnya mereka tetap menghormati dan akan terus mempertahankan institusi beraja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 1 Mac lalu menitahkan semua pihak agar mematuhi peruntukan Perlembagaan Unisel yang menetapkan pemilihan dan pelantikan Canselor universiti itu di bawah bidang kuasa baginda.
Titah baginda, Perlembagaan Unisel dengan nyata menjelaskan bahawa Canselor universiti itu ialah Sultan Selangor atau wakil yang dilantik oleh baginda.
Abdul Khalid dalam sidang akhbar sehari selepas itu bagaimanapun mendakwa, tindakan mengumumkan pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Canselor Unisel sebelum majlis penyerahan watikah pelantikan disempurnakan oleh Sultan Selangor merupakan perkara biasa dan satu bentuk ketelusan yang diamalkan kerajaan negeri.
Sementara itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr. Hassan Mad tidak menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang luar biasa kerana bukan kali pertama pembangkang bertindak membelakangkan institusi beraja negara.
"Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor serta keberangkatan Permaisuri Agong yang tidak dipedulikan pada Festival Lagu-Lagu Islamik Antarabangsa pada 4 Julai tahun lalu menunjukkan seolah-olah tindakan seperti ini sudah menjadi perkara biasa.
"Sebagai ahli politik, Abdul Khalid sanggup memutarbelitkan apa sahaja bagi menampakkan tindakannya tetap betul dari segi undang-undang. Mungkin hanya tindakan tegas diambil pihak istana mampu menghentikan mereka daripada berbuat demikian," ujarnya.
Bagi Presiden Majlis Usahawan Malaysia (MUM), Datuk Suhaimi Yacob, tidak kira siapa pun yang diberi mandat mentadbir negeri, setiap keputusan yang dibuat haruslah dirujuk kepada sultan bagi mendapatkan perkenan kerana perkara itu memang sudah diamalkan sejak sekian lama.
"Sesuatu yang amat mendukacitakan apabila perkara seperti ini terjadi. Kerajaan Selangor tampaknya sering menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat apabila membelakangkan sultan yang menjadi tonggak pemerintahan negeri,'' katanya.
/hwa: utusan.com.my | um - 5/3/11
Pakatan perlu segera daftar – SPR
JASIN 4 Mac – Parti-parti pembangkang digesa mengusahakan dengan serius rancangan untuk membentuk gabungan rasmi seperti Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan masalah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis pada setiap kali pilihan raya kecil.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, beliau tidak pasti apakah kekangan yang dihadapi oleh pakatan pembangkang itu tetapi pada pertemuan dengan suruhanjaya itu mereka memaklumkan ‘ada syarat-syarat yang belum dipenuhi’.
Justeru, beliau meminta kepimpinan parti-parti pembangkang terus berurusan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menyegerakan pembentukan gabungan berdaftar tersebut.
“Pada setiap kali kempen pilihan raya kecil termasuk di Merlimau dan Kerdau ketika ini, masalah yang sama berulang iaitu parti-parti sekutu memasang poster dan sepanduk masing-masing sedangkan yang bertanding adalah salah sebuah parti pembangkang.
“Ini baru peringkat pilihan raya kecil tetapi cuba bayangkan masalah yang sama berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13.
“SPR bukan hendak mengajar, SPR akui itu hak mereka tapi akibatnya kepada kita dan polis kerana akhirnya keadaan inilah punca kekecohan dan kekacauan. Apabila kita turunkan sepanduk, bendera dan poster parti-parti berkenaan, ia mencetuskan provokasi seterusnya kekacauan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Dalam pilihan raya kecil lepas termasuk Pilihan Raya Umum, Pas, PKR dan DAP tidak dibenarkan menaikkan bendera dan sepanduk bagi tujuan kempen kerana tidak berdaftar sebagai satu gabungan di peringkat nasional.
ROS dalam kenyataannya sebelum ini menjelaskan, pakatan pembangkang boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.
Syarat itu hanya terpakai untuk pertubuhan tidak berstatus kebangsaan yang ingin menjadi pertubuhan kebangsaan sedangkan parti politik sudah berstatus nasional.
Kali terakhir pembangkang membuat kenyataan berhubung gabungan secara rasmi itu adalah pada tahun lepas oleh sekretariat yang ditubuhkan khusus untuk merangka dan meneliti soal penggabungan.
Ketika itu salah seorang anggota sekretariat memaklumkan bahawa pakatan itu sedang dalam tahap akhir merangka draf mengenai penggabungannya sebagai sebuah parti di peringkat nasional.
/hwa: utusan.com.my | um - 5/3/11
2 Mac 2011
Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau
CALON Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau, Roslan Ahmad (tengah) bersama isteri Zalifah Omar (tiga kiri) membuat lawatan ke salah sebuah rumah penyokong Pas, Maimunah Mat (kanan) ketika mengadakan kempen dari rumah ke rumah, di Kampung Ayer Merbau, Jasin, 2 Mac. - Utusan/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDINAmerika mahu serang Libya
Penduduk bimbang askar pro-Gaddafi sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan bagi menawan semula bandar Nalut, kira-kira 60 kilometer dari sempadan Tunisia di barat Libya, daripada penunjuk perasaan yang mahu menamatkan pemerintahan beliau.
AS dan kerajaan asing lain semalam membincangkan langkah ketenteraan yang boleh diambil terhadap Libya sementara Gaddafi memperkecilkan ancaman terhadap rejimnya daripada pemberontakan rakyat yang semakin meluas.
Dalam kecaman paling keras terhadap pemimpin Libya itu, Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Susan Rice berkata, Gaddafi mengalami 'delusi dan sudah terpisah daripada realiti', 'menyembelih rakyatnya sendiri' dan tidak layak untuk memimpin.
Katanya, Washington sedang berunding dengan rakan-rakan dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) serta sekutu lain mengenai tindakan ketenteraan ke atas Libya.
AS yang menempatkan Armada Keenamnya di Itali berkata, tentera laut dan udaranya digerakkan lebih hampir dengan Libya sementara pelbagai pelan luar jangka sedang dirangka.
AS juga berkata, aset Gaddafi dan keluarganya bernilai kira-kira AS$30 bilion (RM93 bilion) di AS telah dibekukan.
Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata, kerajaannya akan berusaha untuk menguatkuasakan zon 'larangan terbang' di Libya bagi melindungi rakyatnya daripada serangan udara tentera Gaddafi.
Gaddafi, 68, menolak desakan supaya beliau berundur dan memperkecilkan kekuatan pemberontak yang telah menamatkan pemerintahannya di timur Libya dan kini semakin menghampiri ibu negara, Tripoli.
"Semua rakyat saya mengasihi saya, mereka sanggup mati untuk melindungi saya," katanya kepada rangkaian televisyen AS, ABC dan Perbadanan Penyiaran British (BBC) dalam wawancara di sebuah restoran di Tripoli semalam.
Beliau menafikan tentera udaranya menyerang penunjuk perasaan, sebalik mendakwa pesawat pejuang Libya mengebom lokasi tentera dan depot senjata.
Ketika pemberontakan masuk ke minggu ketiga, situasi di kawasan konflik sukar dipastikan disebabkan masalah untuk bergerak di beberapa bahagian negara ini serta sistem komunikasi yang tidak lancar.
Seorang penduduk Nalut berkata, askar Gaddafi yang tiba dengan kenderaan dilengkapi mesingan berat sudah mengepung kawasan dekat sempadan Tunisia.
/hwa: utusan.com.my | Reuters - 2/3/11
Lagi insiden kerajaan Selangor belakangkan Sultan
pengarang@utusan.com.my
| |
| Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan watikah pelantikan Canselor Unisel kepada Raja Arshad Raja Tun Uda di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, semalam. – UTUSAN/ Saharuddin Abdullah |
Dalam perlembagaan Unisel, titah baginda, dinyatakan dengan jelas bahawa canselor universiti itu ialah Sultan Selangor atau wakil yang dilantik oleh baginda.
“Justeru adalah tanggungjawab beta untuk menggunakan segala kebijaksanaan beta untuk memilih mereka yang beta percayai, sesuai dan berpotensi untuk mewakili beta menerajui Unisel ke arah kemajuan serta kecemerlangan.
‘‘Oleh yang demikian, beta berkenan menitahkan kepada seluruh rakyat Selangor agar perkara ini tidak disalahertikan dan dipolitikkan,” titah baginda.
Baginda bertitah pada majlis penyerahan watikah pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Canselor Unisel yang baru di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi.
Pada 14 Februari lalu, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali mengumumkan pelantikan Raja Arshad sebagai Canselor Unisel menggantikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang menamatkan khidmatnya pada 5 Februari lalu.
Tindakan Halimah mengumumkan pelantikan Raja Arshad yang juga Pengerusi Ekuiti Nasional Bhd. itu dilihat seolah-olah membelakangi bidang kuasa Sultan Selangor dalam soal itu.
Ini kerana, meskipun pemilihan Raja Arshad telah mendapat perkenan Sultan Selangor, pelantikannya harus dibuat oleh baginda berdasarkan perlembagaan Unisel.
Dalam pada itu, baginda mengingatkan Unisel supaya tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan politik kepartian yang akan menjejaskan kepercayaan pelbagai pihak kepada universiti itu.
Titah baginda, penglibatan Unisel dalam politik kepartian hanya akan menimbulkan banyak masalah, malah merugikan universiti yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri sejak 1999.
‘‘Para ibu bapa juga akan merasa ragu-ragu untuk membenarkan anak mereka melanjutkan pelajaran di universiti ini. Beta tidak mahu perkara seumpama itu terjadi kepada Unisel kerana aset utama sesebuah universiti ialah pelajar-pelajarnya,” titahnya.
Pada masa sama, baginda meminta kepimpinan tertinggi Unisel menjalankan fungsinya dengan baik untuk kemajuan pendidikan dan pelajaran anak bangsa, selain mematuhi setiap prosedur yang ditetapkan oleh pihak berwajib, khususnya Kementerian Pengajian Tinggi.
Baginda juga mahu Unisel menumpukan kepada sukatan mata pelajaran terasnya untuk menghasilkan graduan berkualiti dalam bidang berkaitan perindustrian memandangkan Selangor merupakan negeri pertama yang mempunyai pembangunan industri pesat.
‘‘Oleh itu, keperluan untuk melengkapkan industri-industri ini adalah penting.
‘‘Maka, tugas Unisel untuk mengeluarkan graduan-graduan yang berkaliber adalah penting bagi memajukan lagi industri di Selangor, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi negeri ini,” titah baginda.
/hwa: utusan.com.my | um - 2/3/11
Waspada hasutan pembangkang di Merlimau - Shafie
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata pembangkang dilihat memperalatkan agama, sehingga ditonjolkan begitu penting, untuk mereka memenangi pilihan raya itu.
Pembangkang tidak pernah memikirkan bahawa tindakan mereka itu boleh mengundang kepada unsur perpecahan dan pergaduhan di kalangan umat Islam, katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di DUN Merlimau di Pusat Kegiatan Kemas dekat sini, semalam.
"Jadi kita jangan semudah itu untuk gunakan landasan agama yang dekat dengan hati dan jiwa manusia ini dipersendakan untuk kepentingan ideologi politik kita.
"Kita harus lihat bukan hanya di peringkat dunia bahkan di akhirat ukurannya akan ada,” kata Shafie yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
/hwa: utusan.com.my | bernama - 2/3/11
Kerajaan Pas akui kempen KB bersih tidak capai sasaran
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, malah agak mustahil untuk menjadikan bandar ini bersih sepenuhnya kerana pertambahan penduduk turut menyebabkan jumlah sampah yang dihasilkan semakin bertambah.
Bagaimanapun, kata beliau, langkah-langkah untuk mencapai sasaran itu telah diteruskan ke tahun ini dengan penganjuran pelbagai jenis program kebersihan dan tambahan aset Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).
"Rakyat bertambah, sampah bertambah, kekotoran bertambah. Bagi saya amat mustahil untuk bebas kekotoran," katanya menjawab soalan tambahan Mohd. Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.
Mohd. Adhan dalam soalan tambahannya memohon penjelasan kemanakah semua kutipan hasil yang dipungut oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) sejak tiga tahun lalu telah dibelanjakan memandangkan banyak sampah sarap masih boleh dilihat di beberapa kawasan sekitar Kota Bharu.
Mohd. Adhan berkata, dalam tempoh tiga tahun bermula 2008 hingga 2010, MPKB-BRI telah memperolehi kutipan sebanyak RM54.21 juta dan turut menunjukkan peningkatan setiap tahun.
Menjawab soalan itu, Takiyuddin berkata, kebanyakan hasil kutipan yang diterima dibelanjakan untuk menambah aset MPKB-BRI sendiri yang boleh digunakan untuk kerja-kerja pembersihan.
/hwa: utusan.com.my | um - 2/3/11
Pas pecahkan undi orang Melayu
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Kehadiran Pas di Selangor hanya memecah-belahkan orang Melayu di negeri itu, malah lebih buruk lagi menyebabkan kaum itu kehilangan kuasa majoriti politik mereka.
Presiden Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana peranan Pas di Selangor hanya sekadar memecahkan undi orang Melayu dalam pilihan raya dan sebagai pemudah cara untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP untuk berkuasa.
"Manfaat daripada kehadiran Pas di Selangor sebenarnya dinikmati oleh PKR dan DAP dan inilah yang dikatakan menang sorak kampung tergadai.
"Lihatlah sendiri apa berlaku di negeri ini, Teresa Kok dan Ronnie Liu lebih berkuasa berbanding Datuk Hassan Ali yang juga ahli Pas," katanya berucap sempena Malam Nostalgia Kepimpinan Melayu Hulu Kelang, di sini malam tadi.
Turut hadir Naib Presidennya, Prof Dr. Asyraf Wajidi Dasuki dan Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abdullah Mansor bersama kira-kira 200 ahlinya.
Menurut Ibrahim, kemerosotan politik Melayu di Selangor hanya boleh diatasi sekiranya orang Melayu di negeri itu tanpa mengira fahaman politik kembali bersatu mempertahankan hak-hak mereka yang semakin hebat dicabar sejak kebelakangan ini.
/hwa: utusan.com.my | um - 2/3/11
Nik Aziz tidak reda ketentuan Allah - Perkasa
KOTA BHARU 28 Feb. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersyukur dan tidak reda dengan ketentuan Allah apabila menyatakan beliau tidak meminta dilahirkan sebagai seorang Melayu.
Naib Yang Dipertuanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, Nik Abdul Aziz seolah-olah menyesal dilahirkan sebagai orang Melayu dan beliau juga tidak reda dengan takdir Allah yang menjadikannya sebagai orang Melayu.
Beliau berkata, sesiapa yang tidak reda dengan takdir Allah maka mereka adalah dari golongan orang yang kufur kepada nikmat Allah.
"Dia mungkin terlupa dengan firman Allah yang bermaksud 'sesungguhnya Aku telah jadikan kamu (manusia) berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk kamu kenal mengenal antara satu dengan yang lain. Dan orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di kalangan kamu'.
"Nik Abdul Aziz juga lupa Allah menjadikan manusia di muka bumi ini sebagai khalifah. Nabi Muhammad SAW seorang bangsa Arab yang diangkat sebagai nabi dan rasul untuk seluruh umat manusia tanpa baginda menyesal dilahirkan sebagai seorang berbangsa Arab malah Rasulullah bangga sebagai seorang Arab," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak kisah jika dilahirkan sebagai Orang Asli dan tidak meminta untuk dilahirkan sebagai orang Melayu.
Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan, beliau tidak perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Melayu kerana ia adalah ketentuan Allah kepada setiap manusia di atas muka bumi.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Abdul Aziz patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Melayu yang tentunya beragama Islam.
Mustapa berkata, sesiapa yang tidak reda dengan takdir Allah maka mereka adalah dari golongan orang yang kufur kepada nikmat Allah.
"Perkasa Negeri Kelantan meminta supaya Nik Aziz bertaubat dan memohon keampunan Allah SWT dan janganlah terlalu angkuh dan sombong kepada nikmat Allah yang telah menciptanya sebagai manusia dan bukan sebagai haiwan," katanya.
/hwa: utusan.com.my | um - 2/3/11
'Sudah-sudahlah Nik Aziz, tutup mulut'
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini digesa supaya menutup mulutnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan mengelirukan berhubung kedudukan orang Melayu di negara ini.
Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar berkata, Mursyidul Am Pas itu juga tidak sepatutnya mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang mementingkan orang Melayu lebih daripada agama.
Menurutnya, apa sahaja yang diluahkan Nik Abdul Aziz selama ini, ia jelas bertentangan dengan imejnya yang dilihat sebagai seorang ulama.
"Kita tidak mahu dengar cakap Nik Abdul Aziz lagi. Sudah muak. Makin lama dia cakap, makin ramai yang marah kepadanya. Orang Pas sendiri pun ramai yang marah dengan Nik Abdul Aziz tetapi tidak berani menyuarakannya secara terbuka.
"Nik Abdul Aziz sebelum ini pun sudah banyak mengeluarkan fatwa songsang dan mengelirukan. Dia sebenarnya tidak sayang agama," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang tidak kisah jika dilahirkan sebagai Orang Asli dan tidak meminta untuk dilahirkan sebagai orang Melayu.
Kata Nik Abdul Aziz, beliau tidak perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Melayu kerana ia adalah ketentuan Allah kepada setiap manusia di atas muka bumi.
Beliau kemudiannya menyelar Dr. Mahathir kerana mementingkan orang Melayu lebih daripada agama.
Dr. Mahathir sebelum ini menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai pengkhianat orang Melayu kerana sanggup memecahbelahkan perpaduan ummah semata-mata untuk kepentingan politik.
Mengulas lanjut, Kamaruddin berkata, mengenai dakwaan mengatakan Dr. Mahathir menyisihkan agama, Nik Abdul Aziz seharusnya berhati-hati mengeluarkan dakwaan berkenaan.
"Saya rapat dengan Dr. Mahathir semasa menjadi Ketua Pengarah Biro Tata Negara (BTN) dahulu. Beliau seimbang dan perjuangkan Melayu serta Islam. Dr. Mahathir tidak pernah mencicirkan Islam dan juga Melayu.
"Sudah-sudahlah Nik Abdul Aziz. Tutup mulut," tegasnya.
Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Salleh berkata, Menteri Besar Kelantan itu sepatutnya dilahirkan sebagai Melayu Singapura memandangkan beliau dan Pas memartabat Lee Kuan Yew sebagai pemimpin yang perlu disanjung tinggi.
Jelasnya, Nik Abdul Aziz selama ini menganggap Menteri Mentor Singapura jauh lebih mulia daripada mana-mana pemimpin Islam di tanah air sendiri.
"Nik Abdul Aziz juga berpendapat bahawa nasib orang Melayu dan Islam di Singapura juga lebih baik daripada Melayu dan Islam di Kelantan. Ini memang betul kerana 20 tahun Nik Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan, tiada sebarang kemajuan jika dibandingkan dengan Singapura.
"Oleh itu, di mana maruah Nik Abdul Aziz sebab beliau makan gaji buta tanpa buat kerja?
"Nik Abdul Aziz hanya pandai memperalatkan ayat al-Quran untuk mengaburi mata rakyat Kelantan supaya rakyat tidak berani mempersoalkan kewibawaan beliau sebagai Menteri Besar," tambahnya.
Mengulas isu sama, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee memberitahu tidak mustahil Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak kisah dilahirkan sebagai Benggali kerana tidak pernah meminta dilahirkan sebagai Melayu.
"Semalam dia kata tak kisah jika dilahirkan sebagai Orang Asli, maka saya tidak menolak esok dia juga akan berkata tak kisah jadi Benggali asalkan Pas mendapat sokongan rakyat," katanya.
Sambil menyifatkan Nik Abdul Aziz seperti 'sesumpah', beliau kesal Nik Abdul Aziz masih berterusan memainkan isu bangsa dan agama untuk meraih simpati.
"Inilah cerita putar alam daripada seorang pemimpin politik nyanyuk tetapi masih beranggapan hanya dirinya tokoh ulama yang hebat," katanya menerusi blognya, http://www. umnobahagiancheras.blogspot.com.
/hwa: utusan.com.my | um - 2/3/11
Mursyidul Am Pas 'angkat bakul' sendiri
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bertindak seperti 'mengangkat bakul sendiri' apabila mendakwa Pas berjaya membangunkan rakyat serta Kelantan sepanjang lebih 20 tahun memerintah negeri itu.
Dakwa Menteri Besar Kelantan itu, kejayaan tersebut kini turut berlaku di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.
Jelas beliau, bagi Pas di Kelantan, kejayaan yang dikecapi adalah kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah iaitu keyakinan kepada Tuhan, mas'uliah (penuh tanggungjawab mengikut kehendak agama) dan itqan (melakukan yang terbaik) yang selari dengan kehendak syariat.
''Justeru, kita berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas daripada riba dan subur dengan hasil anugerah tuhan. Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama.
''Ia sebagai bukti betapa syariat Islam yang diperjuangkan Pas selama ini berjaya mendidik pentadbir, pemimpin dan rakyat untuk terus berpegang teguh kepada agama.
''Falsafah ini adalah selari dengan doa iftitah yang kita baca di permulaan sembahyang,'' katanya menerusi blognya, http://www.blogtokguru.com.
Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan Pas Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama, bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati.
''Inilah natijah perjuangan Pas yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, aman dan berharmoni.
''Justeru kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pas sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum, bahawa apa yang kita laksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh UMNO sebelum ini.
''Maka, Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah dinar emas dan dirham dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It'aam,'' katanya.
Mengenai perjalanan Pilihan Raya Kecil Kerdau dan Merlimau pula, beliau mendakwa setiap kali Pas bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok.
Sementara itu, beliau menuduh UMNO sebagai parti yang mengasing dan membezakan rakyat mengikut kaum serta mengetepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam.
Oleh sebab amalan itu, kata beliau, UMNO telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini.
''Kegagalan itu membuktikan perjuangan UMNO tidak selari dengan ajaran tauhid Islam. Mengikut ajaran tauhid, bukan hanya tuhan itu satu, tetapi satu segala-galanya,'' katanya.
Beliau kemudiannya menyifatkan menolak perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah satu tindakan betul yang sekali gus menolak perjuangan sekular dan kebangsaan.
/hwa: utusan.com.my | um - 2/3/11
Hati-hati 'fatwa' songsang Pas - TPM
JASIN 28 Feb. - Pengundi diminta membuat penilaian sewajarnya terhadap 'fatwa' songsang yang dikeluarkan pemimpin Pas semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, ini lebih-lebih lagi apabila Pas cuba melabelkan pengundi UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai jahiliah.
"Seperti di Tenang, Pas sewenang-wenangnya mengatakan sesiapa yang mengundi UMNO bukan sahaja kafir tetapi jahiliah, kononnya juga sembelihan orang UMNO tidak boleh dimakan dan mereka tidak mahu sembahyang (berjemaah) berimamkan orang UMNO.
"Kita tidak memerlukan 'fatwa' sebegitu, masyarakat dan kerajaan sudah ada badan seperti majlis-majlis agama Islam dan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.
"Saya tidak tahu berapa puluh dan ratus fatwa yang telah dikeluarkan oleh mereka (Pas) setiap kali musim pilihan raya dan semuanya songsang belaka," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Jamuan Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Merlimau di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Merlimau, Roslan Ahmad.
Muhyiddin menambah, pihak pembangkang juga tidak bersikap rasional kerana enggan mengakui segala usaha baik yang dilakukan BN selama ini dalam memajukan bangsa dan negara.
Seramai 34 pelajar cemerlang PMR 2010 yang memperoleh 8A dan 9A di sekitar Merlimau diraikan pada majlis itu termasuk 29 orang daripada SMK Dang Anum.
Roslan merupakan bekas pelajar sekolah tersebut.
/hwa: utusan.com.my | um - 2/3/11
'Skuad kamera' pembangkang cenderung sebar fitna
JASIN 28 Feb. - Tindakan Pas menubuhkan 'skuad kamera' untuk mengintip pergerakan calon dan peraih undi Barisan Nasional (BN) di Merlimau dan Kerdau hanya mendedahkan kelemahan jentera pilihan raya parti itu yang ketandusan isu untuk dimanipulasikan.
Malah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau cuma khuatir 'skuad' berkenaan akan lebih menjurus kepada gejala menabur fitnah dan dakyah yang amat dicela oleh Islam.
"Terima kasih kerana beritahu, kita akan senyum... tapi hakikatnya kita (BN) tumpu kepada strategi sebab kalau nak 'buat cerita', macam-macam fitnah dan dakyah akan berlaku.
"Macam insiden Nik Aziz (beri duit kepada Orang Asli pada kempen pilihan raya kecil Galas tempoh hari), itu kita serah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kita ada peraturan dan saya percaya semua parti faham akan peraturan (berkempen) ini," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru kepada 586 guru besar sekolah rendah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau di sini hari ini.
Muhyiddin mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa Pas telah menubuhkan 'skuad kamera' untuk mengintip pergerakan jentera pilihan raya BN.
Menurut Abdul Halim, gambar yang akan diambil termasuk jika wujud pergerakan elemen rasuah itu kemudian akan dicetak dan disebarkan sebagai modal kempen Pas pada saat-saat akhir pengundian Ahad ini.
Dalam pada itu mengulas tindakan isteri calon Pas, Shakila Mohamad yang juga seorang guru mengiringi suaminya, Yuhaizad Abdullah berkempen untuk meraih sokongan pengundi, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata:
"Dia ada kelayakan dari segi jawatan (guru) dan dia bebas ke mana sahaja asalkan tidak melanggar peraturan perkhidmatan awam, kerajaan tidak akan berniat jahat terhadapnya."
/hwa: utusan.co.my | um - 2/3/11
1 Mac 2011
PRK DUN Merlimau
Calon Barisan Nasional (BN) Roslan Ahmad bertanya sesuatu kepada Adun Tenang, YB Mohd Azhar Ibrahim tentang bagaimana cara berkempen sehingga memberi kemenangan besar kepada Dun Tenang dalam pilihan raya yang lepas.Turut sama Adun Hulu Selangor, YB P Kamalanathan.hwa: umno-online.com | 28 Feb 2011. Foto-MediaUMNO
Al-Fatihah
Jenazah Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang Datuk Ismail Mohd Yusoff ,57, disembahyangkan di Masjid AL Hidayah di Felda Panching Timur di sini, malam ini.Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 3.15 petang tadi di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh selepas dimasukkan ke hospital itu pada sebelah pagi.hwa: umno-online.con | foto BERNAMA- 1/3/11
Siang Malam Kutuk Kerajaan Tapi Duduk Kuarters Guru, Makcik Terima Rumah PPRT
JASIN. 28 Feb – Amat mengejutkan!!!.. walaupun siang malam, pagi petang calon Pas, Yuhaizad Abdullah menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN), memutarbelit apa jua kebajikan dan pembelaan yang dilakukan kepada rakyat namun calon Pas itu tidak pula menolak nikmat yang diperolehi dari kebaikan kerajaan BN, jauh pula dari bersyukur dan berterima kasih.
Selain tinggal di kuaters guru di Jasin di mana isterinya seorang guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran, ibu saudaranya, Meriani Hassan juga adalah penerima Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Lebih mengharukan hari ini bertempat di Batu 231/2 Jalan Loji Air Chinchin, Jasin di sini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan replika kunci rumah PPRT kepada Meriani Hassan.
Meriani Hassan adalah antara 20 penerima rumah PPRT di situ.
Mengulas perkara tersebut, Ketua Penerangan UMNO Melaka, Datuk Idris Harun menyifatkan golongan seperti calon Pas ini sebagai golongan yang tidak tahu bersyukur di atas nikmat dan rahmat Allah swt.
“Mereka baca ayat ini tetapi mereka tak pernah memahaminya….barang siapa yang bersyukur terhadap nikmat dan rahmat Allah pasti Allah akan menambah rahmat dan nikmat yang dikurniakan kepada mereka”, katanya di sini, hari ini.
Justeru tegas beliau golongan manusia seperti ini tidak mempunyai asas dalam tindakan dan pemikirannya dan tidak layak untuk menjadi wakli rakyat kepada masyarakat di Merlimau.
“Orang seperti ini adalah orang yang hanya nampak jalan mati…”, ujarnya.
Idris yang juga Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) seterusnya berkata golongan sedemikian tidak sepatutnya bersikap seperti mana kata bidalan “umpama melepaskan anjing tersepit”.
“Sepatutnya kalau duduk di kuarters kerajaan, saudara maranya dibantu kerajaan, calon Pas ini menadah tangan berterima kasih sesama manusia, bersyukur kepada tuhan…ini tidak bukan berterima kasih malah dihina, dikiutuk lagi kerajaan…apa jenis calon wakil rakyat seperti ini”, ujarnya.
Mengenai sindrom kemurungan yang mungkin berlaku terhadap isteri calon Pas di sini seperti mana yang berlaku pada pilihanraya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, beliau secara sinis berkata “perkara itu tidak mustahil berlaku. Dalam Pas banyak perkara pelik boleh berlaku.
“Selalunya apa yang Pas kata buruk kepada orang lain kena balik ke muka mereka sendiri”, ujarnya. -MediaUMNO
/hwa: umno-online.com | mediaUMNO 1/3/11
Tohmahan Pembangkang Tidak Lunturkan Semangat Roslan Temui Pengundi
Roslan, yang sentiasa diiringi isterinya, Zalifah Omar untuk bertemu pengundi di 15 kampung di DUN itu berkata pihak pembangkang akan menggunakan pelbagai cara dan taktik untuk menarik sokongan pengundi.
"Isu pembangunan dijadikan modal (pembangkang) untuk pancing undi...padahal pembangunan berjalan terus...tanpa pilihan raya kecil ianya tetap dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas majis mesra rakyat bersama Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Chinchin di sini, hari Isnin.
Katanya, jika dirinya dipilih menjadi wakil rakyat pada pilihan raya kecil DUN Merlimau pada Ahad ini, beliau mahu meningkatkan tahap perkhidmatan dan kualiti penyelenggaraan insfrastruktur di kawasan itu.
Roslan turut terharu dengan kehadiran Muhyiddin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman ke DUN Merlimau hari ini bagi membantu kempennya.
"Program bersama Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam amat menggembirakan dan dapat menambah suntikan semangat berjumpa pengundi," katanya.
Sementara itu, Pengerusi SPNB Datuk Idris Harun menafikan kerajaan negeri Melaka tidak memberi tumpuan kepada kawasan yang dimenangi pembangkang.
Anggota Parlimen Tangga Batu itu berkata kerajaan BN adalah parti yang berpegang teguh kepada peranannya dalam mengagihkan pembangunan yang sama rata dan saksama termasuk di kawasan pembangkang.
Pilihan raya kecil DUN Merlimau pada Ahad ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Roslan, 44, dan calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada BN pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.
/hwa: bernama.com.my | bernama - 1/3/11
Kempen BN Di DUN Merlimau Dan Kerdau Dapat Sambutan Amat Baik - Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan tersebut nampak jelas daripada gerak geri badan dan kenyataan secara terbuka oleh mereka.
"Maksudnya sentimen positif dapat kita rasakan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru Kepada Guru Besar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Zahiruddin, Ayer Tawar di Merlimau dekat sini, hari ini.
Calon BN bagi DUN Merlimau, Roslan Ahmad, 44, ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, pada pilihan raya kecil itu Ahad ini, yang diadakan berikutan kematian wakil rakyat DUN itu, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, daripada BN pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.
Sementara, calon BN bagi DUN Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, dicabar calon PAS Hassanuddin Salim, 43, dalam pada pilihan raya kecil juga pada tarikh sama, yang diadakan berikutan kematian wakil rakyat DUN itu, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, daripada BN yang meninggal dunia pada 12 Feb lepas akibat serangan jantung.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata kempen BN di DUN Merlimau dan Kerdau sedang rancak dijalankan dengan pertemuan dengan semua pengundi dan juga diadakan ceramah bagi memperjelaskan kepada pengundi penyelewengan yang dilakukan pemimpin PAS dan parti pakatan pembangkang lain, supaya mereka tahu keadaan sebenar.
"Tapi bagaimana biasa, saya sebutkan jangan kita ambil mudah sehinggalah selesai 6 haribulan, barulah kita boleh tahu, jadi selagi belum sampai 6 haribulan malam, saya sudah beritahu jentera jangan relaks, jangan goyang kaki, mesti kerja bersungguh-sungguh (berkempen)," katanya.
Muhyiddin berkata calon pun perlu bersungguh-sungguh untuk pergi ke seluruh kawasan DUN berkenaan bagi menemui semua pengundi.
"Saya sudah beritahu, calon pun tidak boleh tidur, dia kena pergi semua kawasan, bertemu dengan semua pengundi, bersalam salaman dengan mereka, dan kita bermesra dengan mereka kerana ramai yang nak mengenali calon, jadi itu kita akan bawa ke seluruh pelusuk kawasan baik di Kerdau mahu pun di Merlimau," katanya.
Ditanya andaian PAS mengatakan ia boleh menang pada pilihan raya kecil itu dengan jumlah peratus tertentu, Muhyiddin berkata parti pembangkang boleh membuat perkiraan tetapi itu hanya taktik dan helah politik.
Dia (PAS) boleh buat perkiraan begitu, macam lain-lain pilihan raya pun dia kata begitu, di (DUN) Galas (Kelantan) dia kata dia boleh menang, di (DUN) Tenang (Johor) dia kata dia boleh menang lebih 55 peratus tapi kita (BN) dalam politik ini, kita faham kita tahu, itu cuma taktik dan tipu helah nak tunjukkan kononnya mereka dapat sokongan, main psikologi pengundi," katanya bahawa PAS kini menyedari sudah ramai tidak menyokong parti pembangkang itu.
Kedua-dua pilihan kecil tersebut dimenangi oleh Barisan Nasional.
Muhyiddin turut mengingatkan calon dan jentera pilihan raya BN supaya mendampingi semua pengundi bagi mendengar masalah dan kehendak mereka kerana dalam situasi ini pengundi adalah "raja".
Beliau turut meminta pengundi yang berada di luar kawasan di kedua-dua DUN itu agar pulang mengundi pada Ahad ini.
Timbalan Perdana Menteri itu berharap pengundi tidak terpedaya dengan taktik kotor pihak tertentu yang cuba menjatuhkan nama baik BN melalui pelbagai fitnah dan pembohongan kerana BN tidak pernah berbuat demikian termasuk menyentuh soal peribadi.
Ditanya PAS akan menubuhkan skuad kamera untuk mengintip pergerakan calon BN bagi mengesan salah laku, Muhyiddin berkata terima kasih dia beritahu kepada kita, nanti bila depan kamera kita senyum lebih, kita beritahu dia terima kasihlah kerana nak berkempen membantu kita".
"Kita (BN) dalam strategi kempen kita tumpu kepada pengundi, kita tidak tumpu kepada calon dan jentera. Kita lebih kepada pengundilah. Kalau dia nak menang dia pergi kepada pengundi, pasal apa dia pergi pada calon kita, calon kita sudah tentu tidak sokong dia," katanya tindakan PAS itu kerana ia sudah ketandusan isu.
Mengenai sokongan badan bukan kerajaan (NGO) kepada BN, Muhyiddin mengalu-alukan sokongan tersebut dan berkata mereka mengetahui jasa yang dilakukan kerajaan BN.
Muhyiddin diiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, dalam lawatan kerja sehari ke DUN Merlimau.
/hwa: bernama.com.my| bernama - 1/3/11
'Kerajaan kotakan janji'
pengarang@utusan.com.my
| |
| Muhyiddin Yassin melihat sijil anugerah diterima salah seorang guru besar pada majlis Anugerah Tawaran Baru NKRA Pendidikan di Sekolah Menengah Tun Syed Zahiruddin, Jasin, semalam. - Bernama |
Sebanyak 12,141 guru yang mencatat prestasi serupa di semua sekolah berkenaan turut menikmati ganjaran RM1,800 seorang, manakala guru selebihnya menerima RM900 seorang.
Mengumumkan demikian di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau di sini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut membawa khabar gembira kepada 2,800 kakitangan sokongan di semua 586 sekolah berkenaan.
Ini kerana mereka juga akan menerima ganjaran meskipun pada peringkat awal kategori itu tidak dimasukkan dalam skim Tawaran Baru.
Ganjaran untuk para pengetua sekolah menengah pula dijangka diumumkan selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar pada minggu ketiga bulan depan, mungkin pada April atau Mei ini.
"Untuk Anugerah Tawaran Baru hari ini, oleh kerana ia turut melibatkan kakitangan sokongan, peruntukan keseluruhan dijangka melebihi RM18.4 juta.
"Kerajaan tiada halangan untuk menambah peruntukan tersebut dan saya telah maklumkan kepada Perdana Menteri jika sasaran selepas ini mencecah sehingga 17 peratus layak pun kita akan bayar.
"Takkan kita nak tunggu hingga 2012 atau 2013 baru nak bayar," kata beliau.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, daripada 586 sekolah berkenaan, 437 atau 74.3 peratus merupakan penerima daripada sekolah-sekolah luar bandar.
Malah, kata beliau, ia turut melibatkan guru besar daripada sekolah-sekolah SK (Asli), SK (Khas)dan SR Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Daripada keseluruhan bilangan sekolah rendah yang berada dalam senarai kedudukan (ranking), 193 (2.53 peratus) adalah sekolah yang mencapai skor komposit sekurang-kurangnya 84 peratus.
Manakala, 138 (1.81 peratus) sekolah pula yang berjaya melonjakkan kedudukan sekurang-kurangnya sebanyak 2,050 tempat dan 257 (3.37 peratus) adalah sekolah yang berjaya meningkatkan skor komposit sekurang-kurangnya 6.3 peratus.
"Sasaran awal pemimpin sekolah yang layak menerima ganjaran pada penilaian 2010 ialah sebanyak dua peratus.
"Namun demikian, pencapaian sebenar bagi tahun penilaian 2010 di luar jangkaan kita sehingga mencapai 7.7 peratus. Ini antara lain disebabkan oleh peningkatan kualiti kepimpinan sekolah dan tahap pengajaran dan pembelajaran guru," kata beliau.
Dalam hal ini, Muhyiddin berkata, pemimpin sekolah yang berada dalam kelompok pertengahan atau tidak menepati sasaran iaitu tidak mencapai sasaran komposit melepasi 84 peratus untuk sekolah rendah atau sekolah yang tidak mengalami lonjakan dari aspek kedudukan juga tidak diabaikan.
Ini kerana, kata beliau, kementerian akan memastikan guru besar terbabit diberi peluang mengikuti kursus penambahbaikan berdasarkan keperluan masing-masing dan diberikan bimbingan dari semasa ke semasa.
Kata Timbalan Perdana Menteri: "Sesungguhnya ganjaran Anugerah Tawaran Baru ini tidak sedikit pun dapat membayar jasa dan budi yang telah ditaburkan mereka.
"Hanya Allah sahajalah kita serahkan bagi membalas kesungguhan, komitmen dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh para pemimpin sekolah dan guru-guru.
"Anggaplah penganugerahan ini sebagai titik mula untuk kita menggapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa depan."
/hwa: utusan.com.my | um - 1/3/11
Keluarga Teoh tak hormati Agong
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Keluarga Teoh Beng Hock jelas tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong kerana memulaukan suruhanjaya yang menyiasat kematian beliau, kata seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan.
Datuk Shaik Daud Ismail hari ini berkata, semua pihak yang terlibat dengan Suruhanjaya Siasatan itu harus mengiktiraf dan menghormatinya kerana ia ditubuhkan dengan titah perintah Seri Paduka Baginda.
"Semua pihak ini harus memberi kepercayaan dan menunjukkan rasa hormat yang sewajarnya. Kita perlu ingat bahawa ia ditubuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong, ia bukannya ditubuhkan oleh Perdana Menteri.
"Memanglah, Perdana Menteri boleh mencadangkan si polan dan si polan dilantik tetapi Yang di-Pertuan Agong boleh menolaknya jika Seri Paduka Baginda mahukan orang lain," katanya kepada Bernama berhubung isu mengenai tindakan keluarga Beng Hock menarik diri daripada siasatan oleh suruhanjaya itu.
Adik perempuan dan abang Beng Hock serta ibu bapa mereka bersama dua peguam keluarga itu bertindak keluar daripada prosiding suruhanjaya itu pada 16 Februari lepas kerana dua permohonan mereka supaya ia ditangguhkan telah ditolak.
Beng Hock , 30, pembantu khas kepada seorang anggota Exco kerajaan negeri, ditemui mati di Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai 2009 selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor yang berpejabat di bangunan itu.
Shaik Daud, yang bersara pada 2001, ketika ditanya sama ada mereka yang tidak menghormati suruhanjaya itu, juga tidak menghormati raja, berkata: "Ya, kita harus menghormati suruhanjaya ini kerana ia dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Biarlah ia jalankan tugasnya." Katanya beliau tidak faham kenapa keluarga Beng Hock mengambil tindakan memboikot itu sedangkan merekalah yang bersungguh-sungguh meminta dan mendesak supaya suruhanjaya itu ditubuhkan tetapi mereka menarik diri padahal suruhanjaya itu belum pun lagi memulakan tugasnya.
Kepada soalan sama ada mereka dan peguam mereka cuba mempolitikkan isu itu, Shaik Daud berkata: "Ketepikan dahulu politik kerana semua orang ingin tahu apa yang terjadi kepada Beng Hock.
"Bukan saja keluarganya, saya yakin seluruh negara ingin tahu apa yang terjadi kepada beliau. Maka, menjadi tanggungjawab mereka untuk membantu suruhanjaya itu membuat keputusan."
Shaik Daud juga menyentuh mengenai cubaan Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh Deo, kedua-duanya peguam kepada keluarga itu, memohon supaya pengerusi suruhanjaya berkenaan, Hakim Tan Sri James Foong Cheng Yuen, menarik diri dengan alasan beliau masih anggota badan kehakiman. James Foong adalah seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.
Katanya, tugas suruhanjaya itu tidak akan terjejas jika seorang hakim yang sedang berkhidmat dilantik sebagai pengerusinya.
"Beliau (James Foong) adalah seorang hakim kanan dan seorang yang tegas, jadi sama ada seorang hakim itu sedang berkhidmat atau tidak, tidak ada bezanya.
"Dengan melantik orang seperti Tan Sri James Foong, saya tidak nampak apa bezanya. Tambahan pula, jika ada dua anggota panel itu terdiri bekas hakim, kita akan dapat menentukan akan ada ciri-ciri mengawasi dan menegur," kata Shaik Daud.
Anggota panel itu terdiri bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk T. Selventhiranathan; perunding kanan pakar patologi forensik, Datuk Dr. Bhupinder Singh dan pakar perunding psikiatri Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof Dr. Mohamed Hatta Shaharom.
Shaik Daud berkata adalah terlalu awal bagi keluarga Beng Hock dan peguam mereka untuk menganggap pengerusi suruhanjaya itu bersifat berat sebelah memandangkan prosiding belumpun bermula semasa mereka memboikotnya.
"Biar mereka jalankan tugas dahulu. Jika kita dapati pengerusi berat sebelah, barulah bersuara. Tapi, ini belum lagi bermula, bagaimana kita tahu dia berat sebelah?" katanya.
Mengenai tindakan Karpal Singh, seorang peguam paling kanan di Malaysia untuk menarik diri kerana James Foong adalah seorang hakim yang masih berkhidmat, Shaik Daud melahirkan rasa hairan.
Katanya semasa beliau masih berkhidmat, hakim menghormati Karpal dan tidak pernah menganggap beliau sebagai anggota pembangkang apabila beliau hadir sebagai peguam bela.
"Saya kenal dia sejak 1964 ketika beliau berkhidmat sebagai peguam di Alor Setar dan saya menjadi Presiden Mahkamah Sesyen. Saya dapati beliau seorang yang serius, bijak dan bekerja keras serta tidak membuang masa mahkamah," kata Shaik Daud.
Katanya, beliau bersetuju dengan pendapat bahawa dengan memboikot siasatan itu, yang akan rugi adalah keluarga Beng Hock .
"Mereka mungkin mahu mengemukakan keterangan tetapi sekarang sudah tidak boleh kerana mereka tidak mahu bersama siasatan. Adalah lebih baik jika mereka hadir dan memberitahu hakim selaku pengerusi suruhanjaya itu bahawa mereka ingin memanggil si polan dan si polan untuk mendengar keterangan mereka," katanya.
Shaik Daud berkata bahawa dalam siasatan oleh sesebuah suruhanjaya, sesiapa saja yang mempunyai maklumat mengenai siasatan itu, boleh menawarkan diri menjadi saksi.
Mengenai bantahan keluarga Beng Hock berhubung pelantikan pegawai dari Pejabat Peguam Negara sebagai pegawai pengendali siasatan, beliau berkata pegawai-pegawai ini bukannya dilantik oleh Peguam Negara tetapi oleh Yang di-Pertuan Agong, dan mereka harus patuh titah perintah Seri Paduka Baginda dan bukannya mengikut arahan Peguam Negara dalam kes ini.
Katanya, jika semasa prosiding, anggota keluarga dapat mengesan bahawa pegawai-pegawai ini cuba bertindak berat sebelah, mereka boleh memberitahu suruhanjaya itu, namun akibat daripada tindakan memboikot itu, mereka tidak lagi berpeluang berbuat demikian.
Beliau juga mengingat kembali tugas cemerlang yang dijalankan oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat mengenai kes bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dipukul semasa dalam tahanan polis pada 1998.
Shaik Daud berkata bahawa hanya selepas suruhanjaya itu ditubuhkan, barulah timbul keterangan baru sehingga terbukti bahawa Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor adalah orang yang memukul Anwar.
Ia memerlukan sebuah suruhanjaya untuk membongkar apa yang sebenarnya berlaku kerana sebelum itu semua pegawai dan kakitangan bawahan Rahim ketika itu takut untuk memberi keterangan, katanya.
"Inilah satu contoh terbaik yang saya dapat berikan mengenai keberkesanan sebuah suruhanjaya siasatan diraja," kata Shaik Daud sambil menjelaskan bahawa rayuan Rahim terhadap hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 kerana memukul adalah kes terakhir yang beliau dengar sebelum bersara.
/hwa: utusan.com.my | bernama - 1/3/11
Malott sekali lagi diselar kerana pertahankan Anwar
KUALA LUMPUR 28 Feb. - Sebuah blog tempatan hari ini menyelar tindakan bekas Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, John R. Malott yang mempertahankan salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pelbagai perkara.
Blog berkenaan di alamat: bigdogdotcom.wordpress.com menerusi artikel 'Paul Wolfowitz, Al Gore, Anwar Ibrahim and the Strange Case of John R. Malott: Is He Lonely and Frustrated or Just Well Paid?' turut melontarkan persoalan mengapa Malott masih mempertahankan Anwar yang didakwa pernah dikaitkan dengan sebuah pertubuhan yang menyokong keganasan.
"Tidakkah Malott menyedari bahawa sebuah pergerakan Yahudi AS, B'nai B'rith pada tahun lalu meminta pentadbiran Barack Obama dan Kongres di AS memutuskan apa jua hubungan dengan Anwar kerana mereka berasa tersinggung dengan kenyataan Anwar yang menentang Yahudi?
"Dan, apakah Malott lupa bahawa Anwar adalah salah seorang pengasas International Institute of Islamic Thought (IIIT) di Virginia yang telah disiasat pihak berkuasa AS kerana didakwa bertindak sebagai pertubuhan yang menyokong keganasan?
"Namun, Malott berkata, dakwaan ini semua tidak munasabah kerana sebagai bekas Duta AS ke Malaysia, beliau telah menyemak laporan-laporan risikan dan mendapati Anwar tidak ada kaitan dengan mana-mana pertubuhan keganasan,'' jelas blog itu.
Blog berkenaan menambah, Malott juga telah membantah untuk digambarkan sebagai orang kesayangan Anwar namun beliau tidak mengesahkan secara jelas hubungan sebenarnya dengan pemimpin pembangkang itu.
"Adakah sebagai kawan, peminat, penyokong atau perunding berbayar dan pelobi atau juga rakan yang mempunyai dendam terhadap Malaysia? Oleh itu, beliau menyokong Anwar kerana Anwar suka menyerang negaranya sendiri terutama ketika berada di Singapura atau Washington.
"Apakah Anwar juga berunding dengan Malott untuk sebarang nasihat atau sebaliknya?
"Malott kemudiannya dengan angkuh menamakan bekas Setiausaha Pertahanan AS, William Cohen; bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan, Paul Wolfowitz dan bekas Naib Presiden, Al Gore sebagai mereka yang akan menyokongnya di mahkamah jika mahu menyaman beberapa akhbar tempatan kerana memfitnahnya,'' jelasnya.
Antara akhbar yang dimaksudkan adalah Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST).
Blog tersebut berkata, Wolfowitz dan Al Gore diketahui umum merupakan rakan karib Anwar.
Malott sebelum ini menerusi artikel bertajuk 'Harga Bagi Perkauman di Malaysia' antara lain meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'mencermin diri' terlebih dahulu sekiranya serius mahu memastikan matlamat gagasan 1Malaysia tercapai.
Malott juga menyatakan kononnya masalah perkauman di negara ini semakin buruk sejak Najib menerajui kerajaan pada 2009 selain mendakwa ia lebih buruk berbanding tragedi 13 Mei 1969.
Beliau juga mengkritik ekonomi Malaysia yang dikatakan kurang menggalakkan terutama dalam tempoh 10 tahun lalu.
Perkara terbabit dibongkar oleh seorang penulis laman web berhaluan kanan AS, Rachel Motte. Pembongkaran tersebut kemudiannya menjadi topik hangat yang disiarkan menerusi Utusan Malaysia, NST serta beberapa akhbar lain.
Ia membuatkan Malott bengang dan mengecam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan.
/hwa: utusan.com.my | um - 1/3/11
Pengumuman menarik PM, TPM
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 28 Feb. - Rakyat di seluruh negara bakal mendengar pelbagai pengumuman menarik oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedua- dua pemimpin tertinggi negara itu turun padang melawat ke semua negeri mulai bulan depan.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tujuan utama penganjuran program tersebut sememangnya untuk memberi peluang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat secara lebih dekat.
Beliau berkata, pelaksanaan program tersebut hasil daripada pertemuan Perdana Menteri bersama ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan ketua-ketua UMNO Bahagian sebelum ini.
"Sebelum ini, kita sudah melakukan pendekatan melalui program Walkabout dan kali ini, kita akan tengok Perdana Menteri dan timbalannya bergerak secara serentak ke negeri-negeri.
"Kita jangka program ini dapat diselesaikan menjelang Jun dan selepas itu, kita akan bincang balik bagaimana hendak meneruskannya," katanya.
Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Program Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Turun ke Negeri-negeri, di sini hari ini.
Hadir sama dua lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Najib dan Muhyiddin akan memulakan sesi lawatan secara bersama bermula dengan Sarawak pada 18 dan 19 Mac ini sebelum kedua-duanya melakukan lawatan berasingan ke negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, Hishammuddin memberitahu, sebagai Naib Presiden parti, beliau bersama dua lagi rakan sejawatnya bertekad untuk membantu merealisasikan harapan, aspirasi dan hasrat pucuk pimpinan terhadap rakyat.
"Inisiatif ini diharap dapat menyentuh hati rakyat dan sekali gus misi, harapan dan janji kerajaan dapat diterjemahkan sebagai bukti kesungguhan dan komitmen parti," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, lawatan tersebut akan membolehkan Perdana Menteri dan timbalannya melihat sendiri keberkesanan semua program yang telah dirancangkan dan dijanjikan dilaksanakan.
Mohd. Shafie pula berkata, kesanggupan pemimpin nombor satu negara untuk turun padang menunjukkan program transformasi politik yang diumumkan sebelum ini bukan sekadar satu gagasan sahaja.
"Pelaksanaannya yang menjadi keutamaan supaya tidak ada pihak boleh memanipulasikan usaha kerajaan selama ini," katanya.
/hwa: utusan.com.my | um - 1/3/11
Video hina Islam disiasat
muin.sapidin@utusan.com.my
BUTTERWORTH 28 Feb. – Polis sedang menyiasat isi kandungan sebuah klip video lagu yang dimuat turun dalam laman YouTube selepas didakwa menggunakan lirik memaki dan menghina orang Melayu dan Islam.
Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya ada menerima beberapa maklumat awal mengenai penerbitan lagu berkenaan berdasarkan satu laporan polis mengenai kewujudan klip video tersebut semalam.
“Berdasarkan laporan itu, kita mendapat beberapa maklumat awal termasuk sumber laman web lagu dimuat naik tetapi kita belum buat sebarang justifikasi.
“Pada masa ini, kita akan meneliti terlebih dahulu sumbernya (klip video itu) dan lihat sama ada ia mempunyai unsur-unsur yang bercanggah dengan undang-undang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang semalam membuat laporan polis berhubung klip video bertajuk Interlok Song for UMNO and Malay Government kerana didakwa menghina dan mempersendakan agama Islam yang dimuat naik dalam laman YouTube.
Selain menggunakan kata-kata kesat dan lucah, klip video selama lima minit 18 saat itu turut memaparkan lagu khusus untuk novel Interlok dan UMNO selain memaparkan imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Perkasa turut meminta polis menyiasat penglibatan pertubuhan Hindraf yang dipercayai menjadi dalang di sebalik penerbitan dan penyebaran klip video berkenaan.
Setiausaha Perkasa negeri, Saedin Kadir yang ditemui selepas membuat laporan itu semalam memberitahu, penerbitan klip video lagu berkenaan jelas bersifat rasis kerana menghina serta memaki orang Melayu dan Islam semata-mata tidak berpuas hati dengan novel Interlok.
Ayub bagaimanapun menasihatkan semua pihak supaya bertenang dan membiarkan polis menjalankan siasatan terperinci berhubung klip video berkenaan yang dikaitkan dengan desakan pengharaman novel Interlok.
“Isu novel Interlok ini tidak patut ditimbulkan lagi kerana sudah ada jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelesaikannya, jadi kita harap semua pihak tidak sengaja mengeruhkan keadaan,” ujarnya.
/hwa: utusan.com.my | um - 1/3/11


