12 April 2012

Menjunjung kasih Seri Paduka


Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah Hamidun yang disayangi oleh seluruh lapisan rakyat. – BERNAMA


HARI ini, 11 April 2012 Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu‘azam Shah, yang naik takhta menggantikan Tuanku Mizan dari Terengganu, ditabalkan sebagai Yang di Pertuan Agong ke-14. Ini adalah satu-satunya peristiwa kenegaraan tertinggi bagi Malaysia.
Peristiwa ini menepati kehendak Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan yang antara lain memperuntukkan: “Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan …”
Frasa Kepala Utama Negara di bawah Perkara 32(1) itu tanpa sebarang keraguan atau kesamaran meletakkan Raja bagi Persekutuan Malaysia sebagai peneraju utama bagi negara ini.
Peruntukan ini yang telah sedia sedemikian semenjak berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, susulan kepada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Lord Reid selaku pembentuk kerangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Pada masa sama, Perkara 32(2) pula memperuntukkan bahawa “Permaisuri Yang di-Pertuan Agong yang digelar Raja Permaisuri Agong adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.” Sementara Perlembagaan Persekutuan menentukan format dan bentuk lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong seperti yang terkandung di Jadual Ke-4, Permaisuri Agong tidak dikehendaki melafaz apa-apa bentuk sumpah jawatan sekalipun Baginda diberi penarafan dan kedudukan tertinggi selepas Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong (SPBYDA).
Tuanku Abdul Halim adalah satu-satunya Sultan yang berpeluang ditabalkan sebagai SPBYDA bagi kali kedua. Baginda menduduki takhta SPBYDA ke-5 bagi tempoh 1970 hingga 1975, tempoh yang ditransisikan masing-masing oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri pertama dan kedua. Tuanku Abdul Halim adalah kemenakan kepada Tunku.
Dalam konteks sejarah juga, Tuanku Abdul Halim juga menempa sejarah: Perdana Menteri dalam tempoh Pemerintahan Baginda ialah Tun Abdul Razak. Kini anakandanya, Dato’ Sri Najib pula sebagai perdana menteri. Baginda juga adalah SPBYDA pertama yang mula bersemayam di Istana Negara Baru. Pada majlis gilang gemilang 11 April, SPBYDA yang ke-14 akan menjalani semua acara tradisional di-Raja pada sebelah pagi hingga malam apabila jamuan Pertabalan di-Raja berlangsung.
Lunas sejarah
Sebagai lunas perbandingan sejarah, jawatan Kepala Utama Negara seperti yang terdapat pada Perkara 32(1) pada mulanya dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid sebagai Yang di-Pertuan Besar – sesuatu yang mencerminkan cadangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Pertama Malaysia susulan pengamatan beliau setelah meneliti sistem Raja bergiliran di Negeri Sembilan.
Sebagaimana dimaklum, di Negeri Sembilan para Undang Yang Empat sebagai “Rulers” atau Pembesar-pembesar Memerintah tempatan memilih seorang Raja bagi negeri itu mengikut peraturan adat di Negeri Sembilan. Apabila semua pihak yang mewakili Raja-Raja Melayu, UMNO dan Perikatan serta pandangan pelbagai pihak, panggilan Yang di-Pertuan Besar diganti dengan Yang di-Pertuan Agong atas alasan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan dengan Raja yang memerintah di negeri beradat itu.
Dari sudut sejarah juga jelas bahawa jawatan Yang di-Pertuan Agong adalah lahiran Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan kemudiannya disambung oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia (1963). SPBYDA adalah berasaskan konsep Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy yakni Raja yang sentiasa kena mematuhi nasihat Jemaah Menteri atau salah seorang yang mewakilinya (biasanya Perdana Menteri) seperti yang dikehendaki Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.
Dari sudut kuasa legislatif pula SPBYDA adalah salah satu daripada 3 komponen yang mewujudkan Parlimen (Dewan Rakyat, Dewan Negara dan SPBYDA). Parlimen di Malaysia tidak lengkap tanpa SPBYDA sebagai salah satu komponennya. Sebab itu Baginda wajib menandatangani semua Rang Undang-Undang yang diluluskan kedua-dua Dewan.
SPBYDA perlu dianggap sebagai mercu perlambangan ketua negara yang paling tinggi lagi utama. SPBYDA sebagai Kepala Utama Negara (Paramount Ruler) merupakan mercu kedaulatan Malaysia.
Semua rakyat tanpa mengira kaum, latar belakang agama, kebudayaan atau kepercayaan sedia terpanggil untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan terhadap SPBYDA. Benar, Baginda adalah Raja berketurunan Melayu yang beragama Islam, tetapi dari sudut kenegaraan Baginda adalah Raja bagi Malaysia dan rakyatnya.
Larasan yang paling mudah ialah Ratu (Queen) Elizabeth di United Kingdom yang melambangkan pihak di-Raja bagi semua rakyat Britain yang sebahagian besar kini mewakili pelbagai kaum dan etnik. Cuma Ratu Elizabeth tidak digilirkan kedudukan di-Rajanya lantaran pemerintahan beraja secara Anglo-Saxon menjangkau 400 tahun lampau manakala di-Raja Scotland dan England bersatu pada tahun 1603.
Selepas 11 April nanti gambar rasmi SPBYDA dan SPB Permaisuri Agong seperti yang tertera pada rencana ini akan dipaparkan di semua pejabat rasmi Kerajaan di setiap negeri. Begitu juga halnya di semua 104 kedutaan Malaysia di seberang laut.
Raja Berperlembagaan
Konsep dan amalan Raja Berperlembagaan di Malaysia diterima dan disahkan oleh pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Reid sebagai paling sesuai bagi negara ini. Ini adalah kerana sebelum mencapai kemerdekaan, Raja-Raja Melayulah yang memegang tampuk kekuasaan dan kedaulatan bagi setiap negeri. Walaupun dalam proses pergolakan bersejarah, negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah berakhir dengan ketiadaan Raja, pemerintahan beraja terus-menerus beroleh pengiktirafan, khasnya di bawah pentadbiran kolonial British.
Selepas 1963 semua negeri yang tiada Raja (Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan ) secara automatik menerima SPBYDA sebagai Raja Berperlembagaan walaupun tiada perisytiharan dibuat baginya untuk maksud itu.
SPBYDA merupakan Raja yang memerintah mengikut nasihat cabang Eksekutif, Baginda. Sebenarnya baginda mempunyai senarai tanggungjawab dan fungsi yang panjang lagi rumit bagi ketiga-tiga cabang Kerajaan – Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman. Baginda melantik Perdana Menteri, para Menteri dan Timbalan Menteri, Peguam Negara, para hakim mahkamah semua peringkat (kecuali mahkamah mejistret) dan menauliahkan para duta Malaysia untuk bertugas di kedutaan seberang laut.
Baginda menurut Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia di samping bertindak sebagai pihak yang boleh mengampunkan atau menangguhkan bagi semua kesalahan yang dijatuhkan mahkamah tentera dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Semasa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) masih berkuatkuasa, Baginda juga boleh bertindak atas hal berkaitan rayuan daripada Lembaga Penasihat ISA.
Majlis Raja-Raja (MRR)
Majlis Raja-Raja (MRR) yang merupakan badan tertinggi di-Raja dan yang memilih SPBYDA dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong diperuntukkan di bawah Perkara 38. Walaupun hal-hal dasar kenegaraan juga boleh diagendakan untuk MRR, kebanyakan hal yang dipertimbangkannya adalah berkisar kepada perkara-perkara kedi-Rajaan, pengampunan, reprief dan respit, adat-istiadat Melayu dan hal-hal yang berkaitan agama Islam. Biasanya MRR juga memberi perhatian kepada pelantikan-pelantikan tertentu seperti para hakim dan peraturan-peraturan yang diperbuat di bawah Perkara 32 mengenai perkhidmatan awam.
Pendeknya SPBYDA terlibat dalam banyak hal dan urusan berkaitan jawatan Baginda sebagai Kepala Utama Negara.
Program
Program-program khas mulai 11 April hingga 21 April tentunya mendapat perhatian rakyat. Walaupun dari segi amalan dan susunannya tidak banyak berbeza daripada amalan perayaan yang dijalankan pada masa lampau lantaran perlu menjejak turutan tradisi, penegasan Jawatankuasa Induk Pertabalan SPBYDA tertumpu kepada tema Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.
Istiadat Pertabalan yang bakal dihadiri semua pihak diraja dan Gabenor negeri-negeri pada 11 April (Rabu) akan diadakan mulai 9 pagi. Ringkasnya, tema ini menegaskan perihal ‘tiada rakyat tiada Raja’ dan hubungan antara kedua-dua entiti itu harus dipelihara dengan cermat lagi berkesan dalam erti kata kepentingan rakyat tidak diabaikan. Sementara itu institusi diraja Berperlembagaan sentiasa dipelihara dan dihormati. Pada 12 April (Khamis) diadakan bacaan Yassin di Masjid Negara dan disusuli dengan khutbah khas pada Jumaat 13 April.
Dijadualkan juga acara-acara keagamaan lain yang memberi ucap selamat untuk SPBYDA melalui sesi agama masing-masing kaum. Satu pertandingan golf diadakan pada 14 April (Sabtu) di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam mulai 7.40 pagi.
Pameran Raja Kita pada 15 April (Ahad) mulai jam 11 pagi di Istana Negara Lama dijangka menarik minat rakyat. Pameran ini memuatkan pelbagai aspek pemerintahan beraja dan institusi SPBYDA semenjak Merdeka 1957 hinggalah ke hari ini.
Sempena ini kira-kira 50,000 buku kecil Raja Kita akan diedarkan khasnya bagi murid-murid sekolah dan generasi muda untuk mengenal dan menghalusi ilmu pengetahuan darihal institusi diraja khasnya SPBYDA.
SPB Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajjah Haminah akan meraikan sekumpulan besar kanak-kanak di Dewan Serbaguna Istana Negara Baru pada 21 April mulai 9 pagi.
Pelbagai acara keceriaan kanak-kanak akan berlangsung sekali gus menggagaskan kepentingan kanak-kanak yang dilayani dengan penuh mesra. Program raksaksa Persembahan Raja dan Rakyat Berpisah Tiada sebelah malam 21 April di Dataran Merdeka adalah kemuncak perayaan pertabalan.
Pada malam itu diketengahkan pelbagai persembahan budaya pelbagai kaum, hiburan muzik serta nyanyian dan acara-acara selingan yang setimpal dengan malam kemuncak kepada perayaan Raja Kita.
Keunikan
Apa yang akan dilangsungkan bagi tempoh 11 hingga 21 April tentunya akan menonjolkan satu keunikan bagi masyarakat yang berpaksikan Komuniti 1Malaysia: kita satu dalam kepelbagaian. Kita satu dalam menentukan matlamat kenegaraan dan kita berani berbeza pendapat untuk melahirkan yang terbaik untuk Malaysia.
Dalam usaha inilah institusi diraja – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menjadi paksi keutuhannya. Baginda bukan sahaja lambang kenegaraan, keutuhan dan kesatuan tetapi juga simbolisme yang penuh daulat.
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku,
Daulat Tuanku
Rakyat dan Raja Berpisah Tiada

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaa, DATUK SERI DR. RAIS YATIM, Pengerusi Pertabalan SPBYDA ke-14.
/HWA: utusan.com.my | 11/4/12

Peneroka Felda jangan termakan hasutan pembangkang


Liow Tiong Lai (kanan) bersalaman dengan M. Ammani ketika menziarahi pesakit tulang belakang itu di Felda Sertik, Bentong, semalam.


BENTONG 10 April - Para peneroka Felda diminta membuat pilihan bijak dan tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang memainkan isu Felda Global Ventures Holding (FGVH) bagi memancing undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yakin masyarakat peneroka hari ini mampu berfikir dan menilai kebaikan yang dilaksanakan kerajaan menerusi pelbagai program bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Menurut beliau, penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia dilihat memberi banyak manfaat kepada peneroka, namun ia diputarbelitkan oleh pembangkang untuk kepentingan mereka.
Sehubungan itu, beliau menasihati warga peneroka supaya mendapatkan maklumat tepat mengenai FGVH daripada para pegawai Felda atau beliau sendiri supaya memahami isu yang dieksploitasikan oleh pembangkang.

DAP bina terowong bawah tanah di Balik Pulau?

BALIK PULAU 10 April - Nilai hartanah yang meningkat di kawasan ini serta perancangan pembinaan beberapa projek mega dipercayai menjadi punca sebuah syarikat hartanah swasta berminat untuk membeli tanah penduduk kampung di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (gambar) berkata, tawaran itu juga dipercayai ada kaitan dengan ura-ura bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang merancang untuk membina terowong bawah tanah dari Bayan Lepas ke Balik Pulau.
"Saya mendapat maklumat mengenai pembinaan terowong dan jika projek tersebut bermula, sudah pasti harga hartanah di sini akan meningkat dengan mendadak.
"Faktor inilah dipercayai menyebabkan syarikat hartanah berkenaan berminat untuk membeli tanah-tanah di sini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) di sini hari ini.

Mansuh PTPTN sandiwara Anwar

KUALA LUMPUR 10 April - Kelantangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bercadang memansuhkannya jika menjadi Perdana Menteri adalah sandiwara semata-mata.
Ini kerana, menurut pengendali blog RBF Online, hakikatnya Anwar merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.
Menurut blog tersebut, pada 1997, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengambil cuti dua bulan lebih dan melantik Anwar yang merupakan timbalannya sebagai Pemangku Perdana Menteri.
Blog berkenaan mendakwa, Anwar dilantik sebagai Pemangku Perdana Menteri bermula 9 Mei sehingga 26 Julai 1997 dan dalam tempoh tersebut, beliau mempunyai kuasa yang dimiliki oleh seorang Perdana Menteri.

Tolak pemimpin perangai biadab

IPOH 10 April - Rakyat wajar mengambil iktibar daripada perlakuan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai yang mencetuskan kekecohan pada hari terakhir Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12 semalam.
Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Perak, Md. Yusuf Alang Ahmad berkata, sikap keterlaluan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang naik ke podium Speaker jelas tidak menghormati kemuliaan dewan.
''Apakah budaya ini yang hendak ditunjukkan kepada rakyat negeri Perak? Tindakan tersebut merupakan satu nilai yang bertentangan dengan norma masyarakat di negara ini.
''Perkasa Perak berharap insiden ini akan menjadi iktibar kepada kita semua untuk menolak pemimpin yang berbudaya negatif," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kunjungan PAP: Mana ketelusan KM P. Pinang?

PULAU PINANG 10 April - Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang sebelum ini begitu bangga melaungkan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dilihat gagal menterjemahkannya berikutan kunjungan 'rahsia' ahli-ahli Parlimen Singapura ke negeri ini.

Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Azhar Ibrahim berkata, perkara itu amat menghairankan kerana ia bukan kunjungan yang melibatkan pelawat biasa, sebaliknya wakil rakyat dari negara luar.
"Jika benar ada perjumpaan, mengapa mesti dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat? Jika dua tahun lepas, ketika kedatangan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, kerajaan negeri menghebahkannya tetapi kenapa kali ini dibuat secara tertutup tanpa publisiti?
"Tindakan ini menimbulkan persoalan tentang perkara yang mereka bincangkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Guan Eng pengecut - Puad

KUALA LUMPUR 10 April - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng adalah seorang pengecut kerana sanggup menyekat ilmu daripada sampai kepada murid-murid di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri itu dengan memberi amaran agar tidak melanggan Utusan Malaysia demi kepentingan politiknya.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perkara itu adalah sesuatu yang amat memalukan kerana ia sama sekali bertentangan dengan asas kebebasan bersuara seperti sering dilaungkan DAP dan pembangkang.
Jelasnya, perkara itu juga membuktikan betapa Guan Eng merupakan diktator yang tidak boleh menerima kritikan serta tidak gentleman dalam berpolitik.
"Nampak sangat Guan Eng tidak demokratik. Ini muslihat agar teguran ke atasnya tidak sampai ke pengetahuan pihak lain dan akhirnya anak-anak di sekolah menjadi mangsa.

11 April 2012

Cadang wujud Majlis Syura Ekonomi Islam

KUALA LUMPUR 9 April - Majlis Perundingan Melayu bersama 164 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu mencadangkan Majlis Syura Ekonomi Islam Negara diwujudkan untuk memantau pelaksanaan sistem ekonomi Islam negara.
Pengerusi Biro Ekonomi dan Kemakmuran majlis tersebut, Tan Sri Dr. Kamal Salih berkata, ia turut berfungsi sebagai penasihat kepada Majlis Raja-Raja Melayu selain Kerajaan Pusat, dalam usaha memastikan pembangunan dan kesejahteraan ummah tercapai.
Beliau berkata, cadangan penubuhan majlis itu merupakan salah satu daripada Resolusi Kolokium Pelan Tindakan Model Ekonomi Islam yang akan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu tidak lama lagi.
"Majlis Perundingan Melayu menerusi resolusi-resolusi yang dibentangkan bagaimanapun tidak sesekali mengetepikan Kerajaan Pusat sebaliknya turut meminta pandangan daripada pihak kerajaan termasuk kerajaan negeri.

9 April 2012

Muhyiddin Mahu Semua Mesyuarat Cawangan Tumpu Persiapan Pilihan Raya

MUAR, 6 April (Bernama) -- Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua mesyuarat Umno di peringkat cawangan supaya menumpukan kepada soal persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dengan tempoh masa yang semakin singkat menjelang pilihan raya umum ke-13, perkara itu mesti menjadi keutamaan dalam setiap perbahasan yang dilakukan.
"Saya mohon dalam tempoh yang ada sekarang perbincangan dan perbahasan peringkat cawangan mesti ditumpukan kepada cara macam mana kita nak menang, macam mana cara peti undi yang kita jaga mampu memperoleh undi jauh lebih baik daripada undi pada 2008.
"Jangan bincang soal lain, jangan bincang soal parit dan jabatan kerana perkara-perkara ini memang selalu kita buat. Kalau tak minta pun kita akan bagi nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis perasmian serentak Persidangan Tahunan Umno Cawangan-cawangan, Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita Umno bahagian Pagoh di sini, Jumaat.
Majlis turut dihadiri isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Bahagian Umno Pagoh Datuk Mohd Tahir Taat.
Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh meminta supaya setiap cawangan menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi mengelakkan ia menjejaskan tumpuan menghadapi PRU ke-13.
Beliau berkata, situasi pilihan raya umum kali ini jauh berbeza dengan pilihan raya yang telah dilalui sebelum ini.
"Ingat, senario yang dihadapi dalam PRU kali ini jauh berbeza dari dulu dan jauh lebih getir.
Katanya situasi kali ini tidak seperti dahulu kerana fitnah menjadi mainan parti pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan sedangkan mereka sendiri mempunyai banyak masalah, katanya.
Katanya cabaran sekarang juga berbeza dengan wujudnya pelbagai teknologi maklumat baru yang turut digunakan oleh pembangkang untuk menyebarkan fitnah yang boleh mempengaruhi rakyat jika tidak diberi perhatian.
Ini termasuk fitnah tentang kenaikan harga barangan sedangkan kerajaan telah menyediakan pelbagai program untuk membantu meringankan beban rakyat seperti subsidi minyak, gula dan kedai runcit 1Malaysia
Sehubungan itu, katanya, semua cawangan dan sayap parti perlu melakukan gerak kerja yang lebih rapi terutama dalam mendekati pengundi.
Dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan selama ini, beliau mengharapkan Umno dan Barisan Nasional mampu meraih keputusan jauh lebih baik berbanding PRU yang lepas.
Terdahulu Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 seorang kepada 120 orang balu dan pesara polis di kawasan Parlimen Pagoh. BERNAMA.
/HWA: bernama.com.my | 8/4/12

Kem Bola 1Malaysia Cardiff City-Astro

AKSI CILIK... Sebahagian peserta menunjukkan kemahiran mengawal bola ketika menyertai Kem Bola 1Malaysia Cardiff City-Astro yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di padang bola Pusat Penyelidikan Getah Malaysia di Sungai Buloh, hari ini. - Foto BERNAMA
Apr 8, 2012 3:03 pm
/HWA: bharian.com.my | 9/4/12

PAP dan DAP

Harap-harap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak melenting kalau Awang mahu bertanyakan satu perkara. Benarkah beberapa hari lalu, terdapat rombongan 30 orang ahli Parlimen dari parti PAP Singapura melawat Pulau Pinang?
Rombongan tersebut dikatakan turut mengunjungi beliau. Khabarnya lawatan itu tidak uar-uarkan dan tiada liputan termasuk oleh media pembangkang. Awang sekadar ingin bertanya apakah tujuan lawatan tersebut? Apakah ia mempunyai kaitan dengan kerjasama yang kian kukuh antara kerajaan DAP Pulau Pinang dan PAP Singapura?
PAP dan DAP mempunyai hubungan sejarah yang bermula ketika Singapura berada dalam Malaysia. DAP ditubuhkan bagi menggantikan PAP pimpinan Lee Kuan Yew ketika itu, yang disingkirkan keluar daripada Malaysia pada tahun 1965. Ia antara lain disebabkan PAP mahu menguasai politik tanah air dan menentang hak-hak orang Melayu. Konsep Malaysian Malaysia yang diideakan oleh Kuan Yew terus dinyalakan oleh DAP.

Azmin ‘buta tuli’

Awang kasihan nasib ahli-ahli PKR kebelakangan ini, yang terpaksa menanggung aib akibat skandal demi skandal para pemimpinnya.
Rabu lalu, sebahagian pemimpin PKR cabang Ampang secara terbuka mendesak Timbalan Presiden, Azmin Ali menjawab segala tuduhan melibatkan beliau.
Menurut Ketua Penerangan PKR cabang Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi, desakan itu dibuat atas nama integriti dan bagi mengelak pakatan pembangkang kalah teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
Memang ramai yang bercakap tentang Azmin dan keluarganya. Daripada isu sumber kewangan bagi pemilikan saham pada 1992 hinggalah kepada nasab ahli keluarga, yang dikaitkan dengan satu skandal seks.
Dakwaan itu amat serius. Manusia yang normal pasti tidak teragak-agak tampil menjawab bagi mempertahankan maruah keluarga.

Jangan campur urusan Malaysia

KEBELAKANGAN ini kecoh diperkatakan mengenai campur tangan dari pihak atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang cuba mencampuri urusan politik di negara ini. Bukan sekadar menyatakan sokongan secara terbuka terhadap parti-parti politik pembangkang malah mereka turut sama menyumbang sejumlah besar dana dan bantuan kewangan atas kapasiti membantu menyuburkan demokrasi.
Tapi apakah benar tujuan mereka itu ikhlas atau hanya sekadar satu lagi agenda atau propaganda mereka untuk cuba mencampuri urusan politik negara ini atas nama kebebasan dan demokrasi.
Untuk menjawab persoalan ini, wartawan Mingguan Malaysia, Hafizahril Hamid dan Kasthuri Jeevendran telah mewawancara Ahli Kongres Amerika Syarikat, Eni Faleomavaega di Putrajaya baru-baru ini.
Beliau secara jelas memuji proses demokrasi di negara ini berjalan lancar malah gembira melihat perkembangannya yang jelas tersusun serta hanya mengambil waktu yang singkat berbanding negaranya yang terpaksa berjuang selama 230 tahun.

8 April 2012

Guan Eng tidak minat bela nasib Melayu

NIBONG TEBAL 7 April - Ketua Menteri, Lim Guan Eng dianggap tidak berminat untuk membela nasib orang Melayu berikutan keengganannya untuk berjumpa beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi berbincang mengenainya sejak mentadbir Pulau Pinang pada 2008.
Bekas Ketua Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, bukan sahaja tidak mahu berjumpa, beliau yang mewakili 21 NGO Islam untuk menyerahkan memorandum pernah dihalau dari pejabat Ketua Menteri oleh Setiausaha Politiknya, Ng Wei Aik.
Beliau berkata, sehingga hari ini tiada seorang pun wakil Kerajaan DAP Pulau Pinang menghubunginya mengenai perkara itu.
"Saya berusaha membuat temujanji nak jumpa ketua menteri (Guan Eng) sejak minggu pertama pembangkang memerintah. Kita ada banyak soalan seperti apa nak dibuat oleh kerajaan negeri untuk memajukan orang Melayu di Pulau Pinang.

PRU-13: Selamatkan Islam, Melayu, Raja

PRU-13: Selamatkan Islam, Melayu, raja


HASSAN Ali menyampaikan ceramah bertajuk Memartabatkan Islam, Raja dan Bangsa Melayu di Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang, malam kelmarin.


NIBONG TEBAL 7 April - Pengundi, khususnya di Pulau Pinang perlu menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai peluang untuk menyelamatkan serta melindungi hak keistimewaan Islam, Melayu dan institusi raja daripada dihapuskan oleh pihak- pihak tidak bertanggungjawab termasuk pembangkang.
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menegaskan, undi mereka akan menjadi penentu kerajaan mana yang boleh dipertanggungjawabkan mempertahankan ketiga-tiga keistimewaan tersebut yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, sebagai orang Islam mereka wajib mempertahankan ketiga-tiga perkara itu dan memilih pemimpin yang benar-benar dapat menyelamatkannya.

Janji Ditepati

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan risalah Janji Ditepati selepas merasmikan risalah berkenaan pada Jelajah Janji Ditepati di Stadium Batu Pahat, hari ini. - Foto Aizuddin Saad
BH: Apr 7, 2012 3:25 pm

Tembelang pecah, pembangkang gelabah

PENDEDAHAN surat persetujuan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung isu kilang bijih besi Vale di Teluk Rubiah benar-benar membuat barisan pimpinan pembangkang tersentak.
Walaupun bermati-matian cuba mempertahankan Mohammad Nizar dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam, usaha itu tampak sia-sia apabila satu persatu tembelang Ketua Pembangkang itu dipecahkan.
Lebih mengejutkan, Utusan Malaysia difahamkan, ada kalangan wakil rakyat pembangkang sendiri tidak mengetahui mengenai kewujudan surat berkenaan.
Pada satu ketika, pembangkang dilihat 'menggelabah' apabila cuba lari dari isu pokok dengan melontarkan perkara-perkara yang tidak relevan termasuk membangkitkan perbezaan antara 'bersetuju' dan 'meluluskan'.
''Ini tidak sepatutnya timbul kerana memang projek diluluskan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Soalnya, Mohammad Nizar sebelum ini beriya-iya membantah projek ini, sekarang sudah terbukti dia sendiri pernah bersetuju, ini satu hipokrasi," kata seorang penyokong kerajaan ketika ditemui.

Dasar, perancangan BN berpaksikan rakyat - Najib

BATU PAHAT 7 April – Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berjaya membawa kemajuan, pembangunan dan kesejahteraan kepada rakyat kerana sentiasa melaksanakan dasar dan perancangan berpaksikan kepada rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan dua rahsia besar bagi mencapai sasaran tersebut ialah semua dasar dan perancangan berpaksikan rakyat serta sentiasa menepati janji yang diberikan.
"Sebenarnya ada dua rahsia besar kerajaan untuk membawa apa yang dikecapi hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.
“Yang pertama, kita tak pernah lari daripada berpaksikan rakyat dalam apa jua yang kita lakukan termasuk dulu semasa kita berjuang menentang Malayan Union, mencapai kemerdekaan, menentang komunis di mana apa yang kita utarakan sentiasa untuk memenangi hati dan pemikiran rakyat termasuk DEB (Dasar Ekonomi Baru) dan Dasar Pembangunan Nasional, semuanya berpaksikan rakyat.
"Dan hari ini Rakyat Didahulukan (gagasan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan). Gagasan ini akan diteruskan untuk meletakkan kepercayaan dan sokongan rakyat," katanya semasa merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di Stadium Batu Pahat, di sini hari ini.
Turut hadir isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.
Kira-kira 50,000 orang membanjiri stadium berkenaan bagi memeriah dan menyertai pelbagai program yang diadakan.
Perdana Menteri berkata, rahsia kedua kerana kerajaan BN sentiasa dapat melaksana dan menunaikan apa yang dijanjikan kepada rakyat.
"Kita BN tidak seperti pakatan pembangkang yang pandai berjanji tapi tak mampu nak tunai. BN kita mampu tunaikan apa yang kita janjikan dan ia menjadi prasyarat penting...semua kerana kepercayaan dan keyakinan rakyat.
"Ini merupakan satu amanah. Sebab itu apabila janji ditepati, rakyat semakin yakin kepada kerajaan," katanya. - UTUSAN.
/HWA: utusan.com.my | 7/4/12

Jawab tuduhan atau bersumpah - Fathul Bari

KUALA LUMPUR 6 April - Mana-mana pemimpin Islam yang difitnah perlu mempertahankan diri dengan menjawab segala tuduhan yang dilemparkan sekiranya benar mereka tidak bersalah demi menjaga kesucian agama.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, berdiam diri bukan cara terbaik jika tuduhan atau fitnah itu bersifat umum yang memerlukan satu penjelasan kukuh dibuat atau dengan cara bersumpah.
"Islam benci kepada fitnah dan tohmahan, jadi mereka yang difitnah perlu selesaikan dengan berkata-kata atau bersumpah untuk menyelesaikan perkara itu.
"Dalam hal dan keadaan tertentu, diam itu penting, tetapi jika membabitkan kepentingan umum, maka mereka tidak boleh berdiam diri bagi mengelak masyarakat bersangka buruk," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beri peluang kepada Mustapa terajui Kelantan pada pilihan raya umum

KOTA BHARU 6 April - Rakyat Kelantan perlu memberi peluang kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menerajui negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, Mustapa telah menunjukkan rekod yang cemerlang sepanjang perkhidmatannya dalam Kabinet dan mempunyai pengalaman amat luas dalam pelbagai bidang jika dibandingkan dengan pemimpin Pas.
Menurutnya, rekod yang dimiliki oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu tidak dapat dinafikan oleh mana-mana pihak dan ia boleh dijadikan ukuran terhadap keupayaannya untuk memimpin negeri ini.
"Sebagai contoh, pada tahun ini Mustapa telah mencatatkan rekod baharu dalam menarik pelabur luar datang ke negara kita. Ia memberi peluang kepada rakyat khususnya dari Kelantan untuk bekerja dan menambah pendapatan.

'Anwar dalangi penangkapan'

PUTRAJAYA 6 April - Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dikaitkan sebagai individu yang mendalangi penangkapan dan pendakwaan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Datuk Saidin Thamby, 76, atas tuduhan menerima rasuah RM1 juta, 14 tahun lalu.
Beliau yang ketika itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan disebut bertindak demikian selepas menerima aduan bertulis berhubung dakwaan Saidin menyeleweng wang RM1 juta yang disumbangkan untuk UMNO Selayang.
Aduan melalui sepucuk surat itu dibuat oleh seorang individu, Frankie Lee Kah Hoay pada 25 Mac 1998, setahun selepas cek itu diserahkan kepada bekas wakil rakyat berkenaan di rumah beliau.
Dalam surat tersebut, Saidin didakwa gagal mengeluarkan resit pembayaran walaupun RM1 juta telah diserahkan manakala tiada tanda menunjukkan pembinaan bangunan UMNO Selayang telah dimulakan.

Perkasa hairan Anwar gelabah ketika berdepan isu biseksual

KUALA LUMPUR 5 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hairan mengapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu gelabah dan panik dalam isu dakwaan biseksual yang dibangkitkan Datuk S. Nallakaruppan.
Ketua Penerangannya, Ruslan Kassim berkata, reaksi itu berbeza dengan sikap tenang yang biasa ditonjolkan Anwar ketika berdepan dengan lapisan masyarakat, sekali gus menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kebenaran dakwaan biseksual itu.
Katanya, selaku pemidato, Anwar sepatutnya berhujah jika tidak setuju dengan kenyataan Ahli Dewan Negara itu bahawa tiada peruntukan dalam Perlembagaan membenarkan biseksual menjadi Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.
"Saya fikir beliau tidak perlu menyaman Nallakaruppan kerana tindakan itu menunjukkan beliau gelabah dan panik dengan dakwaan biseksual," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pas terus tersasar dari Islam

GURUN 5 April - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas terus tersasar dari landasan Islam kerana sanggup bersubahat dengan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang moral dan etikanya dipersoalkan.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pemimpin Pas mendakwa kononnya memperjuangkan Islam namun hakikatnya mereka tidak mengamalkan ajaran agama suci itu.
Menurutnya, Pas bersubahat begini lebih teruk, bersubahat dengan parti yang rakyat tahu moral dan etikanya dipertikai serta dipersoalkan.
"Dalam Islam, kita dituntut agar mengelak dan menjauhkan diri dari perkara yang boleh menyebabkan fitnah.
''Kalau ada begitu bermakna Pas sengaja, kerana muslihat politik dia sengaja ketepikan semua soal itu sebab dia fikir nak menang pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kilang baja Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Gelombang tolak Azmin bakal meletus

KUALA LUMPUR 5 April - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang terpalit dengan pelbagai dakwaan termasuk kisah kontroversi isterinya, Shamsidar Taharin bakal berdepan gelombang penolakan yang lebih besar daripada pemimpin akar umbi PKR selepas ini.
Beberapa bekas pemimpin parti tersebut juga percaya tempias gelombang penolakan berkenaan akan turut melanda Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu sendiri berdepan dengan pelbagai masalah moral yang sehingga kini gagal dijawab secara konkrit.
Bagaimanapun, bekas peguam Anwar yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, beliau yakin Azmin tidak akan menjawab segala desakan daripada pemimpin akar umbi PKR, sebaliknya pihak yang mempersoal perkara itu bakal dipecat.
"Sebenarnya gelombang penolakan terhadap Azmin ini sudah lama berlaku sebab itu kita lihat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Zaid Ibrahim bertindak menentang beliau pada pemilihan PKR yang lalu. Zaid berbuat demikian kerana beliau mendapat sokongan dan mereka yang menyokong adalah akar umbi.

Nizar patut berhenti memalukan diri sendiri

IPOH 5 April - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menasihatkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya berhenti memalukan diri sendiri dengan mempertahankan projek pengedaran bijih besi syarikat Vale International (Vale) di Teluk Rubiah.
Menurut beliau, sikap Mohammad Nizar yang masih berdolak-dalik sambil membangkitkan perkara yang tidak relevan malah lari dari isu pokok hanya menampakkan kelemahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu sebagai seorang pemimpin.
"Kini beliau (Mohammad Nizar) mahu bercakap bahawa beliau tidak pernah luluskan projek ini. Jangan lari daripada isu pokok. Soalnya ialah, beliau berkali-kali mencabar saya mendedahkan bukti sama ada pernah bersetuju supaya projek itu dilaksanakan di Teluk Rubiah.
"Jadi saya dedahkan dan surat itu jelas membuktikan beliau bersetuju malah hendak membantu melicinkan proses penukaran status tanah. Cukuplah, penafian hanya akan membuat satu persatu siri pembohongannya terdedah," katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12 di sini hari ini.

4 April 2012

'Bubar Parlimen selepas 4 tahun pilihan raya'

PSC mahu saranan diperuntuk dalam undang-undang

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya menyarankan supaya pembubaran Parlimen hanya boleh dilakukan selepas empat tahun tempoh pilihan raya umum terdahulu dan bukan pada bila-bila masa seperti sekarang.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata PSC mahu perkara itu diperuntukkan dalam undang-undang.

Mengikut Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, melainkan jika dibubarkan terlebih dulu, Parlimen perlu terus berjalan selama lima tahun daripada tarikh mesyuarat pertamanya dan terbubar selepas tempoh itu.

“Cadangan tarikh Parlimen bubar dinyatakan dalam peruntukan undang-undang bagi memudahkan persediaan semua pihak dalam proses pilihan raya,” katanya ketika membentangkan laporan PSC semalam.

Mengenai usaha menambah baik proses pilihan raya, jawatankuasa itu mencadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen tidak kurang 10 hari berbanding peraturan 3(1) Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang memperuntukkan tempoh minimum tujuh hari berkempen.

“Tempoh lebih panjang disarankan bagi memberi ruang berkempen, selain untuk urusan mengembalikan undi pos dengan wajar. Bagaimanapun, ada pihak berpendapat tempoh lebih panjang boleh mendatangkan kesukaran kepada aktiviti berkempen di sesetengah bahagian pilihan raya, selain kos yang tinggi,” katanya.

Maximus berkata, SPR juga perlu mengkaji membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos, tertakluk kepada syarat seperti sudah mendaftar sebagai pemilih dan balik ke Malaysia sekurang-kurangnya sekali dalam masa lima tahun terdahulu sehingga tarikh memohon mengundi sebagai pengundi pos.

“SPR diminta berbincang dengan pihak berkuasa terbabit dalam masa tiga bulan daripada tarikh laporan ini diterima oleh Dewan Rakyat bagi membolehkan syarat itu dikuatkuasakan melalui penggubalan kerangka undang-undang berkaitan,” katanya.

Bagi memastikan penguatkuasaan peraturan sedia ada dilaksanakan secara berkesan, jawatankuasa itu menyarankan penubuhan pasukan penguat kuasa khas SPR mengikut bidang kuasa suruhanjaya itu tanpa perlu bergantung kepada pihak berkuasa lain.

Antaranya berkaitan kesalahan memberi maklumat palsu dalam urusan pendaftaran seperti pertukaran alamat mastautin di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pertukaran alamat kawasan pendaftaran di SPR dalam kad pengenalan.

"Jika terbukti bersalah, boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5) dan Peraturan Pendaftaran Negara 1990," katanya.

Dalam bahagian perundangan dan pindaan peruntukkan, SPR diminta menyediakan garis panduan dan kod etika tata laku terpakai bagi pihak menjalankan fungsi kerajaan sementara sehingga kerajaan baru dibentuk di peringkat Pusat dan negeri.

SPR juga diminta meneliti Fasal (2) Perkara 115 Perlembagaan yang boleh meminta pihak berkuasa awam membantu suruhanjaya melaksanakan tugasnya berkaitan akses media bebas dan saksama kepada parti dan calon bertanding dalam pilihan raya.
/HWA: utusan.com.my | 3/4/12

Hasan tayang video pengakuan murtad


Hasan Ali menunjukkan keratan akhbar Sinar Harian mengenai kenyataan beberapa pemimpin Pas dan PKR yang merasakan isu video murtad tidak penting pada sidang media di kediamannya, di Taman Tun Dr. Ismail, semalam.


KUALA LUMPUR 2 April - Bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali hari ini mendedahkan bukti berlakunya kegiatan memesongkan akidah umat Islam yang dilakukan oleh beberapa pergerakan Kristian di negara ini.
Bukti menerusi rakaman video itu ditayangkan kepada media di kediamannya di sini dengan paparan pengakuan sepasang suami isteri yang pernah dimurtadkan sekitar 2002.
Rakaman video dengan tiga versi iaitu rakaman tanpa suntingan berdurasi sejam setengah serta rakaman dengan suntingan selama 16 minit dan 42 minit itu turut merekodkan pengakuan pasangan berkenaan menjalani upacara pembaptisan di sebuah pangsapuri di ibu negara.

Membela kebajikan rakyat

BALING 2 April - Kepimpinan peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di daerah ini sering berubah selepas pilihan raya berikutan perubahan fikiran masyarakat.
Perubahan itu menunjukkan daerah ini amat memerlukan pemimpin yang benar-benar berfikiran secara luar biasa untuk membela nasib rakyatnya yang rata-rata berpendapatan rendah.
Rakyat kawasan ini mahu pemimpin yang mampu membawa perubahan besar dalam menaik taraf kehidupan mereka dan ia perlu dilakukan segera agar rakyat tidak lagi dibelenggu kemiskinan.
Selepas Baling jatuh ke tangan ahli Parlimen parti pembangkang pada 2008, ternyata pemimpin pembangkang tidak mampu membawa perubahan positif dalam membangunkan sosio-ekonomi mahupun soal-soal kebajikan rakyat.
Justeru, pemilihan Ketua UMNO Bahagian Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Penyelaras Parlimen Baling amat tepat dan signifikan bagi membuka laluan baharu dalam aspek kemajuan, pembangunan dan ekonomi rakyat.

Dewan kecoh: 22 syor PSC dilulus tanpa dibahas

KUALA LUMPUR 3 April – Dewan Rakyat hari ini meluluskan kesemua 22 syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya tanpa dibahaskan.
Keputusan berkenaan dibuat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada pukul 3 petang selepas usaha menenangkan kesemua ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang gagal.
Beliau telah mengarahkan tiga Ahli Parlimen pembangkang iaitu Azmin Ali (PKR-Gombak), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) keluar dewan kerana terus mempertikaikan keputusan beliau menolak usul Loke Siew Fook (DAP-Rasah) untuk membenarkan laporan minoriti dilampirkan di dalam laporan akhir jawatankuasa itu.
Ketiga-tiga wakil rakyat itu diarahkan keluar kerana melanggar Peraturan Mesyuarat 42 yang meminta supaya Ahli Parlimen diam ketika Speaker bercakap.
"Di bawah Peraturan Mesyuarat 43, keputusan Speaker tidak boleh dipersoalkan. Di bawah Peraturan Mesyuarat 44, saya dengar tadi disebut oleh Yang Berhormat Kangar (Datuk Seri Mohd Radzi Syeikh Ahmad) yang ingkar dan melengahkan majlis supaya diambil tindakan.
"Di atas sebab itu saya dengan ini mengarahkan Gombak, Subang dan Kuala Selangor keluar,” kata Pandikar Amin dengan tegas.
Tindakan berkenaan menimbulkan kemarahan ahli pembangkang termasuk ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang cuba mempertahankan anak buahnya dan meminta Pandikar Amin menarik balik arahan itu.
Bagaimanapun, Speaker tetap berkeras dengan arahannya sekaligus mengundang kemarahan pembangkang yang meminta beliau meninggalkan kerusi, ditambah dengan ejekan anggota penyokong kerajaan yang meminta semua pembangkang keluar dewan.
"Memandangkan bahawa Ahli Yang Berhomat daripada pembangkang tidak berniat untuk membahaskan usul ini, dengan adanya kuasa pada Speaker, saya mengemukakan usul kepada majlis untuk diputuskan.
"Masalahnya ialah bahawa usul Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, usul mengikut peraturan mesyuarat 86(5) seperti yang tertera hendaklah dipersetujukan,” tegas beliau.
Dalam suasana kecoh itu, usul berkenaan mendapat sorakan ”setuju” yang kuat daripada ahli penyokong kerajaan, namun Pandikar Amin masih memberi peluang kepada pembangkang untuk membuat undi belah bahagian.
Bagaimanapun, pembangkang enggan berbuat demikian dan memaksa keputusan diluluskan tanpa dibahaskan oleh Speaker mengikut suara majoriti.
"Kalau mahu belah bahagian, bagi tahu. Kalau tidak, bagi saya keputusan telah tercapai. Usul dipersetujui,” katanya dan terus mengumumkan penangguhan persidangan Dewan Rakyat untuk bersambung esok. - BERNAMA.
/HWA: utusan.com.my | 3/4/12

Menteri Besar Selangor gagal tunai janji

KUALA LUMPUR 2 April - Kerajaan negeri Selangor yang berjanji akan menyelesaikan isu penyambungan kabel elektrik di Kampung Sungai Terentang, Rawang masih gagal berbuat demikian menyebabkan kemungkinan berlaku masalah bekalan elektrik di beberapa negeri di Semenanjung termasuk ibu kota, bulan depan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, janji tersebut telah dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang turut dihadirinya pada 22 Disember tahun lalu.
"Malah, beliau (Abdul Khalid) sendiri berjanji akan menemui penduduk di Kampung Sungai Terentang dua minggu selepas mesyuarat itu, malangnya sehingga hari ini sudah hampir tiga bulan, beliau tidak pergi pun ke kawasan itu," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Najib penuh idealistik, praktikal

HARI ini 3 April, genap tiga tahun Datuk Seri Najib Tun Razak menyandang jawatan Perdana Menteri. Dalam rumusan penganalisis ekonomi dan politik tanah air, rata-rata apabila ditanya sama ada secara spontan atau panjang lebar terhadap rekod Najib dalam tiga tahun ini - satu sahaja - beliau penuh idealistik dan praktikal.
Tidak mahu retorik tentang komen beliau, Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik Antarabangsa Malaysia (ISIS), Dr. Mahani Zainal Abidin percaya pandangannya itu turut dikongsi oleh sebahagian besar rakyat negara ini yang diyakininya telah melihat secara realiti itu.
"Dalam tiga tahun ini, Perdana Menteri memberikan kita semua beberapa gagasan dan strategi beliau bagaimana hendak membawa negara dan ekonomi ke tahap pembangunan lebih tinggi.

3 April 2012

Kerajaan penuhi janji


NAJIB TUN RAZAK, Perdana Menteri


KUALA LUMPUR 2 April - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan yang menerajui negara pada hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, amanah dan sentiasa menepati janjinya.
Beliau yang kini genap tiga tahun menjadi Perdana Menteri berkata, kerajaan pimpinannya bukan kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab terutama dalam merangka dasar dan membelanjakan wang negara.
‘‘Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan, sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2012 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, di sini malam ini.

Video gerakan murtad didedah

Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
2012/04/03

Hasan Ali tayang rakaman dakwa gerakan Kristianisasi bergerak aktif

PETALING JAYA: Bekas EXCO Selangor, Datuk Dr Hasan Ali semalam mendedahkan kandungan video pengakuan sepasang suami isteri yang mendakwa dimurtadkan oleh gerakan Kristianisasi yang bergerak aktif di negara ini.

Video ditayangkan dalam dua versi, iaitu 16 minit dan 42 minit kepada sekumpulan wakil media di rumahnya di sini, memaparkan pasangan itu menceritakan pengalaman mereka digula-gulakan dengan pelbagai bantuan sebelum dimurtadkan menerusi upacara pembaptisan, selain pengakuan seorang lelaki berusia 27 tahun yang diIslamkan semula dengan mengucap dua kalimah syahadah.

Video berkenaan bagaimanapun tidak dibenarkan dirakam dan diterbit semula oleh media bagi melindungi keselamatan dan reputasi individu terbabit, selain wajah mereka turut dikaburkan serta tidak menggunakan nama sebenar.

Dalam pendedahannya, lelaki itu yang dikenali sebagai Ramli Abdullah, 47 (bukan nama sebenar), mendakwa dibaptiskan di sebuah pangsapuri di ibu negara dengan memasuki kolam renang sebagai upacara simbolik, selepas diyakinkan oleh dua mubaligh Kristian dari Australia bahawa beliau manusia yang berdosa dan satu-satunya jalan untuk masuk ke syurga adalah menerima ajaran agama itu.

“Mereka kemudian memberi saya tempat tinggal dan menaja pengajian saya ke seberang laut bagi memperoleh sijil, sebelum kembali semula ke Malaysia dan bekerja dengan mereka.

“Saya juga diminta tidak menukar nama (kepada nama Kristian) kerana ia didakwa adalah senjata saya serta tidak mahu saya lupa bahawa saya seorang Melayu dan beragama Islam,” katanya.

Ramli berkata, beliau adalah antara orang yang terbabit dalam proses penterjemahan Bible daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan pernah bertemu hampir 400 orang Islam yang murtad dari seluruh negara, termasuk mereka yang masih mengamalkan cara hidup Islam dan mereka yang sudah meninggalkan agama itu.

Isteri Ramli yang dikenali sebagai Zakiah Musa, 42, berkata pengalamannya bersama ibu tunggal menunjukkan golongan itu mudah terpengaruh dengan pelbagai bantuan ditawarkan kumpulan Kristian, selain pendekatan lemah lembut yang digunakan mereka untuk memikat ibu tunggal.



Sementara itu, Hasan berharap usaha beliau melalui Unit Selamatkan Akidah (USA) tidak dipandang remeh dan membuka jalan kepada usaha lebih besar menangani isu murtad di kalangan orang Islam.

“Ini adalah satu permulaan yang baik bagi mendapatkan gambaran berfakta mengenai gerakan Kristianisasi yang selama ini sering dinafikan dan diremehkan pihak yang berkepentingan,” katanya.

Hasan turut membidas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman yang disifatkan beliau sebagai parasit dalam PAS kerana mendakwa pendedahannya mengenai isu murtad tidak penting, sebaliknya isu pengundi hantu dan rasuah perlu diberi keutamaan.

“Inilah jenis pemimpin yang ada dalam PAS dan pemimpin seperti inilah yang perlu disingkirkan,” katanya.
/HWA: bharian.com.my | 3/4/12

Kejayaan program GTP dan ETP


Muhyiddin Yassin menyerahkan buku Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kepada Najib Tun Razak di Auditorium Angkasapuri, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari


KUALA LUMPUR 2 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru seluruh rakyat agar memberi sokongan kepada kerajaan selepas menyaksikan kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Timbalan Perdana Menteri berkata, sokongan itu penting kerana usaha kerajaan untuk memastikan Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi tidak hanya terhenti setakat ini, sebaliknya ia akan berterusan.
“Kita tidak berhenti di sini, kita akan terus berbuat banyak lagi (transformasi). Hari ini, usaha kita mula membuahkan hasil, kadar jenayah berkurangan, literasi dan pendidikan pula meningkat serta pengangkutan bandar bertambah baik.

Naik sewa kompleks 300 peratus

KUALA SELANGOR 2 April – Tindakan anak syarikat kerajaan negeri, MSNS Holdings Sdn. Bhd. mahu menaikkan kadar sewa pejabat yang diduduki oleh Majlis Belia Selangor (MBS) di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, Shah Alam dekat di sini sehingga 300 peratus menunjukkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semakin rakus dan mementingkan wang semata-mata.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan itu menunjukkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini sebenarnya gagal membela nasib golongan belia sebagaimana yang dijanjikan dalam kempen pilihan raya.
Malah katanya, kerajaan negeri terus memberikan tekanan kepada MBS yang merupakan pertubuhan induk belia di negeri ini dengan mewujudkan majlis belia berasingan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

Saham: Azmin sifatkan fitnah, mahu angka tepat

KUALA LUMPUR 2 April – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali (gambar) yang sebelum ini enggan mengulas mengenai pemilikan saham berjumlah jutaan ringgit dan pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung perkara itu, hari ini menafikan memiliki saham berkenaan.
Beliau sebaliknya menyifatkan pihak-pihak yang mengaitkan dirinya dengan pemilikan saham itu sebagai pemfitnah, sekali gus mahu individu yang membuat kenyataan tersebut mengemukakan bukti.
“Ada ke saham itu, kalau ada bagi saya ... kalau ada lapan juta, dua juta bagi saya,” katanya pada sidang akhbar di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen di sini hari ini.
Azmin turut mencadangkan agar pihak-pihak yang menimbulkan isu saham itu memberi angka yang lebih tepat mengenai jumlah yang dimilikinya itu.

Wan Azizah, Shamsidar tak bercakap

KUALA LUMPUR 2 April - Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong mendedahkan bahawa Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Timbalannya, Shamsidar Taharin tidak berkomunikasi antara satu sama lain.
Lum Yong membuat kesimpulan itu berdasarkan pemerhatiannya selama 12 tahun dalam PKR sebelum meninggalkan parti itu untuk menyertai MCA pada Januari 2011.
Menurut beliau, riak wajah Shamsidar pernah dilihat berubah apabila bertembung dengan Wan Azizah yang juga isteri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis-majlis anjuran parti berkenaan.
"Seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena antara Wan Azizah dan Shamsidar pada ketika itu. Bagaimanapun, saya kurang pasti status hubungan mereka selepas keluar PKR," jelasnya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

PKR, Pas berebut jadi MB Johor

MUAR 2 April - Belum pun memerintah negeri ini, pakatan pembangkang sudah mula menampakkan sifat 'tamak kuasa' dan berebut jawatan untuk menjadi Menteri Besar jika menang di Johor.
Bagaimanapun, hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meletakkan Pengerusi PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng sebagai Menteri Besar jika menang, tidak sehaluan dengan kehendak Pas yang mahu calon bagi jawatan itu diberikan kepada seorang Melayu dan beragama Islam.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, hanya Melayu yang beragama Islam akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor jika pembangkang berjaya merampas negeri itu.
Katanya, semua pemimpin pakatan pembangkang telah bersetuju dengan syarat tersebut seperti yang dibincangkan sebelum ini.
"Kami telah bincangkan dengan pemimpin DAP dan PKR tentang perkara ini iaitu di Johor hanya Melayu Islam boleh dilantik menjadi Menteri Besar.

Senyum Kambing

/HWA: utusan.com.my | 3/4/12

Kerajaan BN bukan kerajaan populis semberono - Najib

KUALA LUMPUR 2 April - Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini bukan "kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab", malah merupakan sebuah kerajaan yang sentiasa berhemah dalam membuat dasar dan membelanjakan wang negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, dalam membuat dasar dan berbelanja, kerajaan tidak sesekali berniat untuk meranap mahupun membankrapkan negara.
"Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan. Sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 di Angkasapuri di sini, malam ini. Ia turut disiarkan secara langsung di saluran RTM1.
Najib berkata, kerajaan BN juga tidak gentar untuk bersaing dalam pasaran idea yang bebas dan kompetitif kerana dipilih secara demokratik di dalam pilihan raya umum yang bebas dan adil.
"Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan meneraca.
"Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca. Kita percaya rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai “track record” yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya,” katanya. - BERNAMA.
/HWA: utusan.com.my | 3/4/12

Jangan yang dikejar dapat, dikendong pula keciciran

UMNO Pulau Pinang sudah menyenarai pendek calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Senarai itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak tidak lama lagi.
UMNO Pulau Pinang sudah bersedia untuk menghadapi PRU. UMNO negeri itu juga yakin dapat ‘mengambil’ semula kerusi yang dimenangi pakatan pembangkang pada PRU lalu. Sekurang-kurangnya, kerusi Parlimen Balik Pulau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Maung dan Sungai Bakap. Mungkin angin perubahan yang berlaku akan turut membantu UMNO memenangi semula kerusi Penanti yang disandang PKR dan kerusi tunggal Pas di Permatang Pasir. Menjadi satu bonus jika UMNO mampu mengambil semula Permatang Pauh yang suatu masa dulu pernah dikuasainya. Pas juga pernah menguasai kerusi Permatang Pauh ini.
Pada PRU lalu, UMNO menang 11 daripada 15 kerusi yang ditandingi. UMNO juga parti tunggal dalam komponen Barisan Nasional (BN) yang menang kerusi sama ada di peringkat Parlimen atau DUN di negeri itu. Di peringkat DUN, Gerakan yang diperuntukkan 13 kerusi, MCA (10) dan MIC (2) gagal menyumbang sebarang kerusi. Calon-calon berkenaan tewas kepada DAP dan PKR. Apakah kali ini rakan-rakan UMNO di Pulau Pinang itu sudah mendapat keyakinan baru untuk membantu BN mendapatkan semula Pulau Mutiara itu? Pastinya masing-masing mempunyai keyakinan walaupun di atas kertas, ada yang berkata, laluannya teramat sukar. UMNO pula jangan terlalu yakin untuk menambah kerusi. Walaupun ada desas desus mengenai kemungkinan Anwar Ibrahim beralih kerusi tetapi jika ia berlaku adakah ia strategi PKR mahu menambah kerusi atau PKR sudah terasa Gelombang Biru di Permatang Pauh? Tugas mempertahankan kerusi dan merampas kerusi yang terlepas sama-sama penting.

Tampil buat penjelasan

KUALA LUMPUR 1 April - Pihak yang didakwa bertanggungjawab dan terbabit di dalam skandal moral Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti pendedahan yang dilakukan oleh Senator Datuk S. Nallakaruppan perlu tampil membuat penjelasan.
Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia, Noraini Abd. Khalil Saferi berkata, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail Wan Azizah; Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan isteri Timbalan Presiden PKR, Shamsidar Taharin tidak boleh terus berdiam diri.
"Mereka kena buat satu sidang akhbar bersama bagi menjelaskan perkara yang sebenar bagi mengelak orang ramai membuat tafsiran yang buruk kepada PKR.
"Semua dakwaan yang dibuat oleh Nallakaruppan itu amat serius dari sudut politik dan maruah. Jadi kita semua mahu tahu dan dengar dari mulut tuan empunya hati, tuan empunya badan dan tuan empunya maruah itu sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Liberalisme, pluralisme agama dan ancaman kristianisasi

SEMINAR anjuran bersama Jabatan Pelajaran dan Jabatan Mufti Johor mengenai pemantapan akidah Islamiyyah dan bahaya fahaman liberalisme dan pluralisme agama serta ancaman kristianisasi-evangelisasi terhadap umat Islam, adalah usaha yang amat menepati firman Allah yang bermaksud : Anda sekalian adalah umat terbaik yang dikeluarkan kepada manusia kerana menyeru manusia kepada yang makruf (baik) dan mencegah kepada yang mungkar (tidak baik).
Menyeru kepada yang makruf ialah mengajak untuk menegakkan tauhid dan 'akidah Islam, sementara yang mungkar pula adalah berusaha mencegah perkara yang boleh membawa kekufuran dan kesyirikan.
Jabatan Pelajaran dan Jabatan Mufti perlu dipuji kerana melaksanakan tanggungjawab mengikut kehendak Allah dan Rasul-Nya iaitu menjalankan amanah memelihara agama dan umat Islam dari dirosakkan anasir-anasir penghakis dan pemusnah akidah. Ini amat menepati dengan konsep dan tujuan Maqosid Syari'ah iaitu memelihara al-Din atau agama.

Dua juta dijangka sertai Himpunan Jutaan Belia bulan depan

KUALA LUMPUR 2 April - Seramai dua juta belia dijangka memeriahkan Himpunan Jutaan Belia yang akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Mei ini di Putrajaya.
Menteri Belia dan Sukan (KBS), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebanyak 38 segmen disediakan pada himpunan tersebut yang berlangsung bersama-sama Karnival Putrajaya yang merupakan antara 10 karnival terbesar di dunia.
Menurut beliau, antara segmen yang disediakan ialah kerohanian, kreatif, teknologi, hiburan dan sukan.
“Sehingga hari ini kita mendapat penyertaan lebih 20,000 belia yang akan menyertai pertandingan futsal pada karnival ini,” katanya kepada para pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Ahmad Shabery berkata, lebih 500 gerai telah ditempah oleh pelbagai pihak namun sehingga hari ini pihaknya masih menerima permohonan daripada orang ramai yang ingin menempah gerai-gerai tersebut. - UTUSAN.
/HWA: utusan.com.my | 3/4/12

Hasan tayang video bukti wujud pemesongan akidah

KUALA LUMPUR 2 April – Bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali hari ini mendedahkan bukti berlakunya kegiatan memesongkan akidah umat Islam yang dilakukan oleh beberapa pergerakan Kristian di negara ini.
Bukti menerusi rakaman video itu ditayangkan kepada media di kediamannya di sini dengan paparan pengakuan sepasang suami isteri yang pernah dimurtadkan sekitar 2002.
Rakaman video dengan tiga versi iaitu rakaman tanpa suntingan berdurasi sejam setengah serta rakaman dengan suntingan selama 16 minit dan 42 minit tersebut turut merekodkan pengakuan pasangan berkenaan menjalani upacara pembaptisan di sebuah pangsapuri di ibu negara.
Ujar Hasan, pengakuan pasangan itu jelas membuktikan kegiatan memurtadkan sebahagian umat Islam terutama di kalangan orang Melayu sememangnya berlaku. - UTUSAN.
/HWA: utusan.com.my | 3/4/12

2 April 2012

Anwar dan Imran

AWANG tidak kisah kalau Anwar Ibrahim sekadar orang biasa. Dia boleh berbohong apa sahaja, tiada mudarat kepada rakyat dan negara.
Tetapi sebagai pemimpin politik apatah lagi mengetuai pakatan pembangkang, ia tidak boleh didiamkan.
Terbaru, kehadiran Anwar pada persidangan India Today Conclave (ITC 2012) pada 16 dan 17 Mac lalu mencetuskan kontroversi.
Dalam twitternya, Anwar memberitahu beliau tidak akan hadir ke ITC 2012 sebagai membantah kehadiran penulis kontroversi, Salman Rushdie, yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Namun hakikatnya, beliau muncul menyampaikan ceramah di sana, yang turut dihadiri Salman. Dengan kata lain, Anwar dan Salman bersama-sama menjayakan persidangan tersebut.
Sepatutnya kalau beliau mahu hadir, nyatakan sahaja akan hadir. Tidak perlu mengelirukan para pengikut Twitternya konon akan memboikot ITC 2012.
Banyak blog telah memainkan isu tersebut dan dalam reaksinya Anwar marah-marah tetapi pada masa yang sama tiada penjelasan yang menyakinkan.
Sebagai latar belakang, Salman adalah penulis buku Satanic Verses yang secara teran-terangan menghina riwayat hidup Nabi Muhammad, yang telah mencetuskan bantahan seluruh dunia tidak lama dulu.
Dalam buku tersebut, antara lain beliau menulis bahawa wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh syaitan dan Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut.
Beliau juga mendakwa pusat pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah.
Apakah Anwar boleh berkompromi kepada penghinaan seperti itu? Awang bimbang dengan pandangan beberapa tokoh Islam tanah air termasuk Ismail Mina yang mengaitkan ketua pembangkang itu cenderung kepada mengamalkan pluralisme agama. Ismail juga diketahui adalah bekas sahabat akrab Anwar sejak di Universiti Malaya, Yayasan Anda dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Kini beliau bukan sahaja meninggalkan Anwar malah komited menyedarkan masyarakat terhadap siapa sebenarnya pemimpin PKR itu.
Ketika Anwar memilih untuk menghadiri ITC 2012, lain pula halnya dengan pemimpin pembangkang Pakistan, Imran Khan. Bekas pemain kriket terkemuka itu memboikot acara tersebut sebagai bantahan langsung terhadap penyertaan Salman.
Dalam undian Internet di tribune.com.pk, ketegasan Imran mendapat reaksi positif. Lebih 70 peratus menyokong tindakan beliau mengasingkan diri daripada majlis yang membabitkan Salman. Sokongan majoriti terhadap Imran itu menunjukkan umat Islam tidak mengambil mudah dan melupakan begitu sahaja penghinaan Salman terhadap Rasulullah.
Biarpun dicemuh oleh Salman ekoran tindakannya memboikot ITC 2012, Imran tetap mengutamakan kepentingan dan maruah Islam. Dia juga tidak berbohong. Jauh bezanya pemimpin pembangkang negara orang dan ketua pembangkang negara kita.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
/HWA: utusan.com.my | 2/4/12

Menanti Shamsidar...

PANAS dan menggegar. Shamsidar Taharin, isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tiba-tiba menjadi tumpuan sepanjang minggu ini.
Dakwaan S. Nallakaruppan bahawa Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim pernah menjalin hubungan sulit dengan Shamsidar suatu ketika dahulu, kini menjadi bahan perbualan ramai.
Malah beliau bertekad untuk mendedahkan lebih mendalam tentang hubungan terlarang itu di mahkamah nanti.
Dakwaan Nallakaruppan amat serius. Walaupun ramai pernah mendengar cakap-cakap mengenai kisah tersebut tetapi kali ini ia didedahkan secara terbuka.
Lebih 30 tahun lamanya Nallakaruppan menjadi sahabat Anwar. Mereka berkongsi banyak rahsia termasuk aktiviti gelap ketika Anwar masih berada dalam Kabinet.
Jika di negara Barat, pendedahan tersebut pasti disusuli dengan tekanan masyarakat untuk mengetahui kebenarannya. Tidak kira sama ada pemimpin kerajaan atau pembangkang, mereka dituntut untuk mengambil tanggungjawab bagi menjelaskan kepada rakyat. Dalam negara demokrasi, pembangkang juga adalah institusi penting yang perlu dipelihara imejnya.
Hairannya setakat ini, Anwar belum tampil secara terbuka untuk menjawab secara menyeluruh dakwaan tersebut. (Writ saman ke atas Nallakaruppan berhubung dakwaan Anwar seorang biseksual juga masih belum diserahkan, seolah-olah ada sesuatu cuba dielakkan).
Shamsidar juga berdiam. Beliau berhak untuk diberi peluang mempertahankan diri dan bagi membersihkan nama atas sifatnya sebagai wanita dan isteri orang. Mengelak daripada menjawab, boleh ditafsir oleh rakyat bahawa dakwaan itu ada asas kebenarannya.
Ramai juga tertanya-tanya apa sebenarnya pendirian Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail selaku isteri Anwar. Begitu juga Azmin atas kapasitinya sebagai suami Shamsidar. Kedua-duanya turut membisu bagaikan serba-serbi tidak kena. Bukan sahaja hal PKR yang kian hancur harus ditangani, bahkan soal paling rumit melibatkan suami dan isteri masing-masing, menghantui mereka. Azmin sudah tentu tidak mahu dituduh dayus. Bayangkan presiden dan timbalan presiden PKR terperangkap dalam persoalan sebegini!
Dalam mencari jalan keluar, Awang mencadangkan agar kedua-dua pasangan tersebut tampil bersama dalam satu sidang akhbar. Anwar, Wan Azizah, Azmin dan Shamsidar boleh membuka laluan kepada wartawan bertanya apa sahaja soalan. Awang percaya Wan Azizah tidak menghadapi masalah untuk bersama Shamsidar buat seketika. Sekali lagi - semuanya demi Anwar - orang yang beliau anggap sebagai anugerah Tuhan.
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
/HWA: utusan.com.my | 2/4/12
_
_

DAP bidas PKR Kedah

ALOR SETAR 31 Mac - DAP Kedah membidas Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu kerana enggan berbincang soal pengagihan kerusi bagi calon-calon parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.
Pengerusi DAP Kedah dan Perlis, Lee Guan Aik berkata, pihaknya kesal apabila PKR bertindak terus menyerahkan kepada kepimpinan di peringkat pusat untuk membuat keputusan sedangkan DAP Kedah sepatutnya perlu dibawa berbincang terlebih dahulu.
"Mereka (PKR) yang tidak mahu duduk berbincang bukan kita (DAP), kita boleh berbincang tetapi sekarang perkara ini telah dibawa ke peringkat pusat maka bukan pakatan rakyat negeri yang membuat keputusan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Guan Aik mengulas mengenai isu perebutan kerusi antara DAP dan PKR yang semakin panas apabila DAP dan PKR terus buntu untuk mencari kata sepakat walaupun ia sepatutnya diselesaikan dua bulan lalu.
Kerusi yang menjadi perebutan PKR dan DAP, termasuk Parlimen Alor Setar dan Padang Serai manakala kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ialah kawasan Bakar Bata, Gurun, Bakar Arang, Lunas dan Derga.
Pada pilihan raya lalu, Kedah yang mempunyai 36 kerusi DUN menyaksikan Pas bertanding di 24 kerusi, PKR (10 kerusi) dan DAP (dua kerusi) manakala DAP dan PKR bertembung di kerusi DUN Derga akibat enggan mengalah.
Guan Aik berkata, pihaknya juga sedang mengikuti perkembangan isu itu dan masih tertunggu-tunggu keputusan daripada kepimpinan pusat.
Sebelum itu, beliau dilaporkan berkata, DAP tidak menolak kemungkinan untuk meletakkan calon DAP di kerusi-kerusi yang ditandingan PKR bagi membolehkan pertandingan tiga penjuru.
Menurutnya, langkah itu diambil jika keputusan pakatan pembangkang di peringkat pusat tidak memuaskan hati DAP negeri.
/HWA: utusan.com.my | 2/4/12

Anwar peralat penyokong Pas

KOTA BHARU 31 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terus memperalatkan ahli dan penyokong Pas di Kelantan bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Tindakan itu dapat dilihat apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut mahu rakyat Kelantan memastikan pembangkang menyapu bersih kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang bagi menjamin kemenangan, sekali gus impiannya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.
Dalam ceramah perdana dan solat hajat bertema Putrajaya bermula di sini di Padang Perdana dekat sini malam tadi, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sekali lagi menabur pelbagai janji manis termasuk menghapuskan tol, menurunkan harga minyak, tarif elektrik dan pendidikan percuma untuk golongan miskin jika pembangkang memerintah.
Ceramah itu turut dihadiri oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.
Ceramah itu juga mencipta sejarah apabila buat kali pertama dalam tempoh lebih 20 tahun pemerintahan Pas, bendera DAP, parti yang menentang pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam Pas, berkibar megah sebaris dengan bendera Pas dan PKR sekitar Jalan Mahmood di sini.
Dalam ceramah itu juga, Anwar seperti selalu kerap menghentam kerajaan, pada masa sama mengagung-agungkan kerajaan Turki pimpinan Perdana Menteri, Recep Thayyib Erdogan yang disifatkannya 'kawan kita' kerana didakwa mampu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya walaupun tidak mempunyai hasil berbilion ringgit daripada minyak.
/HWA: utusan.com.my | 2/4/12

Kegagalan Pas perintah Kelantan kian ketara

PASIR MAS 31 Mac - Kerajaan Pas Kelantan semakin bersikap apologetik dalam setiap kenyataan mereka berhubung pelbagai masalah rakyat, terutamanya berkaitan isu air dan tanah rizab Melayu.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia adalah gambaran bahawa angin perubahan telah berlaku dan rakyat mula sedar terhadap kegagalan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memerintah Kelantan selama ini.
Jelasnya, kegagalan itu semakin ketara jika perbandingan dibuat dengan mengambil kira tempoh pemerintahan Malaysia oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 21 tahun dan Nik Abdul Aziz sendiri.
"Dr. Mahathir berjaya mengubah Malaysia daripada negara pertanian kepada yang berasaskan industri termasuklah pembinaan Menara Berkembar Petronas, Putrajaya, transit aliran ringan (LRT), lebuh raya bertaraf dunia dan pelbagai lagi.
"Bagi Pas Kelantan pula, saya rasa satu-satunya kejayaan mereka adalah mengharamkan penjualan tiket loteri dan nombor ekor, selain itu rakyat menderita," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Pasir Mas di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, ini adalah masa terbaik untuk Nik Abdul Aziz meletakkan jawatan, namun beliau percaya pemimpin tersebut tidak sanggup melakukannya kerana sangat 'menyayangi' jawatannya.
Ujarnya lagi, sikap mementingkan diri Nik Abdul Aziz itu adalah kerana tiada siapa yang diyakini mampu menggantikan tempatnya ekoran perpecahan dalaman Pas Kelantan sendiri yang diibaratkan sebagai 'api dalam sekam'.
"Pas Kelantan kini umpama buah durian yang kulitnya cantik, tapi isinya busuk sebab wujud pelbagai puak, namun disebabkan ada Nik Abdul Aziz maka tiada siapa berani.
"Nik Abdul Aziz pun tahu kalau dia berhenti, Pas akan berkelahi sesama sendiri umpama sebuah bom jangka yang hanya menunggu masa untuk meletup," tegas beliau.
/HWA: utusan.com.my | 2/4/12

Pembangkang hanya mahu kuasa - Mustapa

BESUT 31 Mac - Parti pembangkang khususnya Pas sanggup berbuat apa sahaja demi menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) meskipun terpaksa bersekongkol dengan parti bukan Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kenyataan itu membuktikan bahawa parti tersebut sebenarnya hanya mahukan kuasa untuk memerintah dan bukannya mahu memperjuangkan agama Islam seperti yang sering dilaung-laungkan selama ini.
Beliau berkata, perjuangan parti itu juga dilihat semakin menyeleweng dan meninggalkan prinsip perjuangan asal untuk menegakkan negara Islam apabila dilihat semakin berlembut dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Sebelum ini UMNO yang menjalinkan kerjasama dengan MCA dan MIC dikafirkan tetapi lain pula apabila Pas bekerjasama dengan DAP dan PKR yang jelas tidak menerima perjuangan Islam Pas," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata demikian pada majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Besut di Dewan Majlis Daerah Besut (MDB) Gong Kemuntong dekat sini malam tadi.
Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh; Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad; ADUN Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof dan ADUN Kuala Besut, Dr. A. Rahman Mokhtar.
/HWA: utusan.com.my | 2/4/12

Jamil Khir beri tempoh 14 hari kepada Shamsul

JERAI 31 Mac - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini memberi tempoh 14 hari kepada Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnahnya berhubung isu qazaf.
Menurutnya, Shamsul Iskandar perlu menarik balik dakwaan yang mengatakan beliau menahan permohonan qazaf berkaitan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dibawa ke mahkamah syariah.
"Ia merupakan satu pembohongan yang amat tidak wajar kepada saya dan bukan sekadar itu, difitnah dan juga dimalukan dengan kenyataan yang telah beliau (Shamsul) keluarkan dan bukan hanya soal saya tetapi pembohongan ini dibuat di dalam televisyen yang disiarkan secara langsung di seluruh Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketujuh Pertubuhan Pergendangan Silat Daerah Yan di Gelanggang Silat Gayung Rumah Shaari Man di Simpang Tiga, Sungai Daun, Yan dekat sini hari ini.
/HWA: utusan.com.my | 2/4/12