31 Disember 2008

PMR: Dapat A semua subjek -1,706 pelajar di Terengganu

KUALA TERENGGANU 30 Dis. – Sebanyak 1,706 atau 7.17 peratus daripada 23,805 calon yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di negeri ini memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Pengarah Pelajaran negeri, Arifin Embong berkata, jumlah calon yang mendapat gred A menunjukkan peningkatan membanggakan berbanding 1,320 calon mendapat A tahun lepas.
‘‘Ini menunjukkan sistem pengajaran di negeri ini baik dan berjaya melahirkan semakin ramai murid cemerlang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau memberitahu, jumlah calon yang mencatatkan kelulusan minimum bagi semua mata pelajaran yang diambil tahun ini meningkat sebanyak 62.29 peratus iaitu 14,851 calon.
‘‘Jumlah tersebut meningkat berbanding tahun lalu iaitu seramai 13,551 atau 61.45 peratus,” katanya.
- Utusan, 31/12/08.

1 ulasan:

demimaruah berkata...

Inilah hasil usaha kepimpinan UMNO Negeri Terengganu terutamanya YB. Dato' Seri Idris Jusoh dalam usaha melahirkan generasi Ulul Albab.
Dosa dan Pahala, Surga dan Neraka adalah hak Allah SWT. Kita wajid berusaha dan merangcang untuk lahir sebagai umat terbaik. Bukan sepanjang masa berfatwa kosong sahaja.