Bernama - 19/11/2009 6:41pm
SINGAPURA 19 Nov. - Baru lapan bulan Datuk Seri Najib Tun Razak memimpin kerajaan Malaysia, namun Perdana Menteri Keenam Malaysia itu sudahpun menyerlahkan ketokohannya di peringkat antarabangsa, dengan penguasaan kukuh dalam isu-isu ekonomi dan antarabangsa.
Ramai yang menyifatkan beliau sebagai “Bintang pada APEC”.
Pada mesyuarat para pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang baru sahaja berlalu di Singapura, bukan sahaja langkah-langkah berani beliau meliberalisasikan ekonomi Malaysia membuka mata ramai dan disambut baik, Najib turut membuat impak kukuh di kalangan komuniti perniagaan semasa dialog perniagaan APEC.
Pada sidang kemuncak CEO (ketua pegawai eksekutif) APEC yang dihadiri 1,500 pemimpin perniagaan serantau dan antarabangsa, Pengerusi Lembaga Pembangunan Ekonomi Brunei, Datuk Paduka Timothy Ong, yang mempengerusikan dialog itu menyatakan Najib telah “mendapat markah tinggi semasa bersama para perwakilan”.
“Penyampaian beliau sangat berkualiti, yakin dan penyampai yang mahir,” kata Ong selepas Perdana Menteri menyampaikan pandangan beliau pada dialog yang bertemakan “Adakah Krisis Global Sudah Benar-benar Berakhir?” "Beliau juga pandai berjenaka,” kata Ong mengenai Najib, 56, yang mendapat pendidikan British, anak perdana menteri kedua Malaysia, Tun Razak Hussein, yang menghadiri mesyuarat APEC buat pertama kali sebagai Perdana Menteri.
/...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan