22 November 2009

Nik Aziz nafi Husam mahu letak jawatan

BH - 22/11/09
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan Exco Kanan, Datuk Husam Musa akan melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan negeri itu.
Mursyidul Am Pas itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.
Beliau menyifatkan tindakan sebuah akhbar harian yang menyiarkan laporan itu hari ini sebagai usaha untuk memecahbelahkan Pas dan melariskan jualan akhbar berkenaan.
"Saya baru baca sebuah akhbar rasa terlalu amat terkejut dengan siaran tajuk Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Laporan itu memetik beberapa sumber sebagai berkata hasrat Husam itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Nik Abdul Aziz yang sekali gus memberikan Husan cuti lima hari bermula hari ini untuk berehat dan menenangkan fikirannya.
/...

1 ulasan:

demimaruah berkata...

Aik... marah nampak tok garu! Habis yang akhbar Harakah setiap keluaran dok taruk berita fitnah tu macamana? Bila kena kepala sendiri, semua orang tak betul. Tengok diri sendiri dulu ler!