SHAH ALAM 15 Nov. - Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedia menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dilihat sebagai senjata halus bagi mengukuhkan kedudukan Naib Presiden parti itu, Azmin Ali di negeri tersebut.
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, strategi itu diatur setelah percaturan untuk melantik Azmin selaku Ketua Perhubungan PKR Sabah ditolak mentah-mentah oleh ahli-ahli parti di negeri tersebut.
Jelas beliau, Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu kemudian dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan bagi menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
''Jawatan Menteri Besar Selangor adalah satu platform yang amat baik untuk masa depan politik Azmin di Selangor .
''Maka itu pelantikan sebagai penasihat ekonomi adalah langkah percaturan pertama di Selangor sama seperti apa yang dilakukan oleh Anwar di Sabah terhadap Datuk Dr. Jeffrey Kitingan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Mohamad Satim, jawatan itu juga sebagai lanjutan daripada strategi baru Anwar iaitu melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hingga memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.
Katanya, jika ekonomi Selangor hancur sudah pasti ekonomi negara turut hancur menyebabkan rakyat menderita dan memberontak menuntut keadilan.
Bagi Anwar, dakwa beliau, jika ini berlaku, suasana itu amat bagus untuk melancarkan gerakan mengambil alih kuasa dan terus menutup kes liwat yang melibatkan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
''Kita juga melihat jawatan penasihat ekonomi itu hanya satu alasan kerana Anwar bimbang dengan ketidakstabilan kuasa politik di Selangor iaitu antara PKR-Pas serta isu ADUN dari PKR keluar parti seperti wakil rakyat Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah baru-baru ini.
''Justeru itu, Anwar terpaksa mengambil alih beberapa peranan politik dari Abdul Khalid walaupun Anwar hanya memiliki ijazah dalam bidang Pengajian Melayu berbanding Menteri Besar dalam jurusan ekonomi," katanya.
Mohamad Satim juga percaya, jawatan penasihat itu untuk kepentingan politik Anwar sama seperti cara dan taktik beliau semasa berada dalam UMNO dulu.
Ekoran itu beliau pasti, Anwar akan membuat pengumuman untuk memberi 'gula-gula' kepada rakyat Selangor bagi menarik perhatian mereka sekali gus mengalih pandangan terhadap kes liwatnya.
/...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan