Utusan - 20/11/2009 5:28pm
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membelanjakan RM200,365 semasa mengendalikan pemilihan wakil rakyat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah pada pilihan raya umum yang lalu.
Perkara itu dibangkitkan Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludddin Md. Said di Mahkamah Tinggi di sini petang ini semasa berhujah dalam permohonan untuk menangguhkan pilihan raya kecil kerusi DUN tersebut.
Permohonan itu dikemukakan ekoran keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Kota Siputeh dan Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi wakil rakyat kawasan itu.
Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan demikian setelah mendapati Abu Hassan gagal menghadiri dua sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

/...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan