10 Jun 2010

Waris Puteri Saadong dimasyhur

RAJA Tengku Putri Anis yang mendakwa beliau waris Puteri Saadong sedang menanti untuk istiadat pemasyhuran di PCB Resort, Kota Bharu, malam semalam.Oleh Norliza Wasilan
norlizawasilan@bharian.com.my
BH - 2010/06/10

Simbolik berakhirnya sumpahan di Kelantan

KOTA BHARU: Seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, dimasyhurkan dengan gelaran Sri Putri Saadong Ke-VII pada upacara penuh istiadat yang berlangsung di PCB Resort dekat sini, malam kelmarin.

Pada upacara itu, Raja Tengku Putri Anis, dimasyhurkan oleh wakil Raja Nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas'ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia dengan menggunakan keris warisan.

Majlis itu dilangsungkan sebagai simbolik berakhirnya sumpahan 420 tahun membabitkan tujuh keturunan Puteri Saadong di bumi Kelantan.

Kelmarin, majlis pelancaran buku Sri Ratu Saadong VII diadakan di tempat sama dan turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Kemunculan wanita itu mengakui dirinya sebagai pewaris Puteri Saadong menimbulkan tanda tanya kerana raja wanita itu dikatakan tidak mempunyai zuriat dan kisahnya terhenti sejak kehilangannya lebih 420 tahun lalu.

Raja Tengku Putri Anis sebelum ini dilaporkan media sebagai mendakwa dirinya Puteri Saadong sebenarnya membawa diri ke Aceh dan menggunakan gelaran Puteri Hijau sebelum mendirikan rumah tangga dengan Sultan Gowa.
/hwa-bharian.com.my

1 ulasan:

Unknown berkata...

untuk menyusuri salasilah sebenar keturunan Puteri Saadong, hendaklah bermula dengan kisah Long Ahmad anak kepada Almarhum Sultan Ibrahim Mulut Merah I yang memerintah Kelantan pada tahun 1400 M. apabila bersanadkan kepada yang lain drpd sanad ini, maka ia adalah sanad yang palsu. oleh itu, mana-mana pengakuan yang dibuat tidak berdasarkan kepada sanad ini akan ditimpa musibah yang dahsyat dan adat kata, tidak ada sebarang ubat kecuali bertaubat, ini pun jika diperkenankan. untuk menghurai dengan tepat salasilah bonda Tuan Puteri Saadong hendaklah dengan siasatan dan kajian yang cukup mendalam. sumpahan bonda Puteri bukan untuk suka-suka dan main-main tetapi mempunyai pengertian yang amat tersirat dan mendalam, tidak boleh dianalisis hanya dengan akal dan dokumen yang bersifat lahiriah semata-mata, tetapi perlu juga kepada keilmuan yang mendalam mengenai islam. kalau tidak boleh menghurai salasilah negeri kelantan sejak tahun 1000 M hingga sekarang, maka lupakanlah saja hasrat untuk mengaku waris Puteri Saadong, kerana kalau dibuat juga seolah-olah mengundang kemarahan beliau.