UM - 3/8/10
![]() |
Idris Jusoh (kanan) menyampaikan bantuan malapetaka JKM bernilai RM25,000 kepada mangsa kebakaran, Wan Muhammad Wan Omar di Kampung Kubang Bemban, Besut, kelmarin. |
Bantuan malapetaka JKM berjumlah RM25,000 itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh yang menziarahi mereka.
Wan Muhammad Wan Omar, 75, menerima bantuan itu dengan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang membantu meringankan beban kehidupannya dan keluarga.
Turut hadir pada majlis ringkas itu ialah Pegawai JKM Besut, Dalila Md Nasir beserta beberapa pegawai JKM Besut.
Dalam kejadian pada 23 Jun lalu, pesara guru itu bersama isteri, Wan Habsah Wan Ibrahim, 65, serta adiknya, seorang orang kurang upaya (OKU), Wan Rokiah, 65, terselamat.
Bagaimanapun Wan Rokiah mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan dan lebam-lebam di kedua-dua bahagian kaki akibat terjatuh di tangga sebelum diselamatkan oleh jiran.
Ekoran kejadian itu, mereka kerugian kira-kira RM100,000 tetapi masih bernasib baik apabila penduduk kampung berjaya mengalihkan sebuah kereta yang sebelum itu diletakkan di tepi rumah.
Sebelum kejadian, Wan Muhammad dikatakan berada di dalam sebuah bilik rumah itu untuk menunaikan solat manakala isterinya sedang menonton televisyen di bahagian dapur.
Selepas selesai solat, dia terdengar bunyi beberapa letusan kecil dari ruang tamu rumah itu lalu bergegas keluar dan terlihat percikan api pada wayar elektrik di dinding sebelum marak.
/hwa: utusan.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan