KLANG: Di sebalik tuduhan ada pertelagahan di antara Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, kedua-dua pemimpin UMNO itu berkongsi pentas sama malam kelmarin, dan mendesak kerajaan pakatan pembangkang melaksanakan janji pilihan raya mereka.
Mereka bersama bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ezam Mohd Noor hadir pada ceramah jelajah ‘Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan’ di Jalan Kebun, di sini, bagi menjelaskan isu semasa dan kelemahan kerajaan negeri.
Noh dan Dr Mohamad Khir mengambil kesempatan itu untuk menafikan laporan portal berita yang dilihat cuba melaga-lagakan mereka berdua sejak sebulan lalu membabitkan perlombongan pasir secara haram di negeri ini.
Dr Mohamad Khir menafikan tuduhan itu sambil berkata beliau dan Noh berasal dari satu kampung sama dan tidak ada sebab untuk bertelagah.
/hwa: bharian.com.my/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan