26 Ogos 2010

PM di Majlis Rahmat Ramadan bersama ribuan warga Felda

UM - 26/08/2010 8:29pm

JEMPOL 26 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini untuk bersama-sama ribuan warga Felda dalam Majlis Rahmat Ramadan dan Berbuka Puasa di Masjid Bandar Seri Jempol petang ini.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan serta para pemimpin negeri.

Pada majlis berkenaan, Najib turut berkesempatan menyampaikan sumbangan duit raya kepada warga Felda.

/hwa: utusan.com.my/

Tiada ulasan: