Bernama - 27/08/2010 7:05pm
Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman.
Dalam satu kenyataan hari ini Rosnah berkata, dalam klip video itu, Namewee antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar.
Beliau berkata, selain itu, Namewee dalam klip video yang disiarkan dalam laman web YouTube, berulang kali menunjuk isyarat lucah serta baris perkataan tidak senonoh.
Puteri UMNO mendesak kerajaan bertindak tegas kerana anak muda itu ternyata tidak mempunyai rasa hormat jauh sekali mempunyai tanggungjawab terhadap tanah air sendiri, katanya.
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan