UM - 28/8/10

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Nie Ching langsung tidak menghormati agama Islam dan kesucian institusi masjid dan surau.
''Nie Ching sepatutnya tahu bahawa menjadi ahli politik bukanlah lesen untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang bangsa dan keharmonian negara,'' ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jalinan Ramadan Bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Shahrizat mengulas tindakan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP itu yang memasuki ruang solat surau berkenaan dalam keadaan tidak menutup aurat.
Tindakan Nie Ching itu juga mendapat bantahan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam kerana seolah-olah tidak menghormati kemuliaan rumah ibadat.
Dalam pada itu tambah Shahrizat, setiap tahun Wanita UMNO tidak lupa untuk memberikan sumbangan Aidilfitri sebagai menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh anggota polis, tentera dan juga bomba.
Beliau berkata, anggota pasukan itu juga terpaksa berkorban masa demi untuk menjalankan tugas supaya keamanan negara tidak tergugat.
Turut hadir pada majlis itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud dan Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Amer Yusuf.
Wanita UMNO menyediakan sebanyak 7,000 bungkusan sempena Aidilfitri untuk diagih-agihkan kepada anggota daripada jabatan berkenaan.
Sebelum itu pada majlis yang sama, kira-kira 600 anggota Wanita UMNO hadir menunaikan solat duha, tasbih dan tadarus.
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan