Bernama - 17/09/2010 5:09pm
Perkara itu dinyatakan oleh Najib ketika pertemuan dengan Jawatankuasa Mempromosikan Keharmonian dan Persefahaman antara Penganut Agama pada Selasa lepas di pejabatnya di Putrajaya.
Penyelaras Khas Perhubungan antara Penganut Agama, Datuk Ilani Isahak yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata, Perdana Menteri semasa menyampaikan amanatnya mengakui perlunya diadakan banyak lagi perjumpaan dengan jawatankuasa ini dan beliau menganggap perjumpaan kali ini merupakan permulaan.
"Beliau (Najib) melafazkan sokongan kepada jawatankuasa ini sebagai sebuah mekanisme yang boleh menyelesaikan masalah atau isu dan menyatakan persetujuan untuk menyediakan bajet bagi membantu kerja-kerja jawatankuasa ini,” kata Ilani dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ilani berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan untuk memupuk keharmonian di kalangan masyarakat sebagai menepati hasrat gagasan 1Malaysia yang membawa perpaduan ke tahap lebih bermakna.
Perjumpaan selama 45 minit itu turut dihadiri dua penasihat jawatankuasa berkenaan, masing-masing Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Mej Jeneral (B) Jamil Khir Baharom.
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan