UM - 21/9/10
KOTA BHARU 20 Sept. - Kerajaan negeri menyifatkan dakwaan Pengerusi Eksekutif I'DA World Group Sdn. Bhd. (I'DA World), Abdul Rahim Abdul Wahab bahawa pihaknya telah memberikan 'hadiah' wang tunai berjumlah RM4 bilion kepada Pas Kelantan sebagai mengarut dan tidak masuk akal.
Exco kerajaan negeri yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri tidak pernah diberitahu mengenai sumbangan itu malah kesahihan wang tersebut juga belum dibuktikan.
Tambahnya, jumlah pelaburan RM1 trilion oleh syarikat itu yang didakwa telah diluluskan kerajaan negeri dan akan dimulakan 15 November ini juga tidak boleh diterima memandangkan ia tidak pernah diberitahu dalam mesyuarat Exco.
"Kita memang tidak tahu, kerajaan negeri tidak tahu begitu juga dengan parti sendiri malah saya tidak pernah menerima jemputan ke majlis tersebut.
"Ini semua mengarut siapa mahu bagi RM4 bilion, nak ambil dari mana duit itu. Mana ada orang bagi duit kepada parti sebanyak itu di depan orang ramai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan