PETALING JAYA: Persaingan sengit tiga penjuru dijangka berlaku untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan dalam parti itu bermula 29 Oktober hingga ini 21 November ini, apabila tiga calon disahkan bertanding semalam.
Mereka ialah dua Naib Presiden – Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Mustaffa Kamil Ayub selain Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Datuk Zaid Ibrahim.
Bagaimanapun, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail terus mengekalkan kerusi Presiden PKR yang disandangnya sejak 1999 apabila menang jawatan itu tanpa bertanding bagi pemilihan parti 2010.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula memutuskan bertanding jawatan naib presiden, walaupun mempunyai pencalonan secukupnya bagi merebut kerusi nombor dua parti.
Nurul Izzah yang juga anak kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menolak pencalonan bagi jawatan nombor dua itu disebabkan keterbatasan dan ruang yang beliau ada.
Selain itu, selepas proses penerimaan pencalonan ditutup pada jam 6 petang semalam juga, seramai 19 calon mengesahkan bertanding merebut empat kerusi Naib Presiden.
Bagi kerusi Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula menyaksikan 135 calon mengesahkan untuk bertanding mengisi 20 jawatan itu.
Sementara itu, seramai 76 calon bertanding pada peringkat Angkatan Muda Keadilan (AMK), yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi jawatan Ketua AMK iaitu antara penyandang, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard.
Bagi kerusi Wanita, seramai 59 calon mengesahkan bertanding, dengan jawatan ketuanya menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Animah Ferrar dan Suraya Sudin.
Timbalan Setiausaha Agung PKR, Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman, berkata senarai pencalonan sementara akan dikeluarkan hari ini di laman web PKR bagi membenarkan proses bantahan berlangsung selama dua hari.
Katanya, senarai pencalonan muktamad akan dikeluarkan pada 24 Oktober ini sebelum melalui proses pemilihan pada 29 Oktober.

/hwa: bharian.com.my/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan