BH - 8/11/10
Oleh Mohd Idris Sulaimanbhnews@bharian.com.my
Pemuda UMNO yakin sokongan hingga pilihan raya umum
BOTA: Pergerakan Pemuda UMNO yakin golongan muda sudah kembali menyokong Barisan Nasional (BN) berikutan kemenangan besar calon BN pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Sapi, Sabah dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan, Khamis lalu.
Exco Pemuda UMNO, Hisamuddin Yahya, berkata kemenangan besar di dua kawasan berkenaan berikutan kepercayaan dan sokongan berterusan golongan muda terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Selain itu, katanya, kemelut dalaman pakatan pembangkang khususnya perebutan jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta kegagalan pentadbiran negeri di bawah pakatan itu menyebabkan golongan muda beralih sokongan semula kepada BN.
Beliau berkata, keprihatinan kerajaan terutama dengan mewujudkan peluang pekerjaan, kemudahan prasarana golongan sasar seperti peralatan sukan dan rekreasi kepada remaja, selain pelaksanaan paras gaji minimum untuk sektor tertentu, menarik minat golongan muda menyokong kerajaan.
“Kita yakin sokongan ini akan berterusan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang, sekali gus memberikan kemenangan besar kepada BN.
“Malah, Pemuda UMNO juga bekerjasama erat dengan parti komponen BN lain serta rakyat ketika kempen pilihan raya di kedua-dua kawasan terbabit, sekali gus menjadi kunci kemenangan BN pada masa depan,” katanya kepada pemberita di majlis Pemuda UMNO Turun Padang di sini, semalam.
Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan; Ketua Pemuda UMNO Parit, Khairul Shahril Mohamed dan Setiausaha UMNO Bahagian, Khairuddin Abu Hanafiah.
Hisamudddin yang juga Pengerusi Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO mengingatkan, ahli Pemuda supaya menjadikan kemenangan itu sebagai rangsangan kepada mereka untuk bekerja dengan lebih kuat, khususnya dalam program mendaftarkan ahli sebagai pemilih dalam pilihan raya.
"Kita tidak mahu Pemuda menjadikan kemenangan yang diperoleh itu untuk bergembira, menyebabkan mereka alpa, sedangkan pilihan raya umum semakin hampir," katanya.
/hwa: bharian.com.my/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan