HM - 10/11/10
JERTIH: Program Qurban Harian Metro 2010 di Kampung Kubang Bemban, dekat sini, bertambah meriah apabila Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyumbangkan dua lembu untuk majlis berkenaan.
Sumbangan itu menjadikan jumlah lembu dikorbankan bertambah kepada 12 ekor selepas Harian Metro sebelum ini menyumbang 10 lembu bagi majlis sempena ulang tahun ke-20 akhbar nombor satu negara itu pada 18 November ini.
Timbalan Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Jertih, Baharom Said berkata, pihaknya menubuhkan jawatankuasa khas membabitkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari 11 kampung di DUN itu untuk menjayakannya.
“Pemilihan kampung itu dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh yang berharap majlis itu menyemarakkan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan penduduk 11 kampung terbabit,” katanya.
Selain Kubang Bemban, kampung lain terbabit dalam program yang mendapat kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Jertih itu ialah Kampung Tok Donik, Lapan Kotak, Telok, Pak Da Malik, Gong Pak Ching, Alur Lintah, Gong Terap, Gong Mak Som, Lapan Kotak Dalam dan Gong Badang.
Mereka dibantu 30 kakitangan Harian Metro dari ibu pejabat di Kuala Lumpur, Terengganu, Kelantan dan Pahang.
/hwa: hmetro.com.my/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan