UM - 22/12/10
![]() |
| Najib Tun Razak menandatangani plak Konsortium Pengendali Insurans Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada majlis Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Kali Ke-25 (2010-2013), Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Omar Osman (dua kiri) dan Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Gauth Jasmon (kiri). - bernama |
Perdana Menteri menegaskan, perbuatan berkenaan adalah satu pendustaan besar kerana beliau selaku orang yang bertanggungjawab memperkenalkan 1Malaysia tahu perkara sebenar.
"Ini bukan ciplak dari negara lain, ini ciptaan kita sendiri.
"Negara lain boleh ada (slogan) 'satu' ini dan 'satu' itu tetapi tiada negara lain dalam dunia ini yang ada 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan," tegasnya.
Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Kali Ke-25 (2010-2013) di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara berterusan cuba mengelirukan rakyat apabila mendakwa kerajaan melalui firma Apco Worldwide menciplak 1Malaysia daripada konsep One Israel yang diperkenalkan pada 1999.
Gara-gara tindakan terdesak itu, Anwar digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati dakwaan itu tidak benar.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, kerajaan hari ini melangkah ke hadapan bukannya berasaskan sesuatu yang direka dan kemudiannya didagangkan untuk mengelirukan rakyat.
Tegas beliau, adalah amat mudah untuk membuat janji politik tetapi semua pihak perlu sedar adakah pendekatan populis seperti itu menguntungkan negara.
"Saya percaya ahli-ahli CUEPACS boleh berfikir secara rasional dan tahu bahawa untuk membangunkan negara, kita mesti mendokong dan melaksanakan dasar-dasar yang bertanggungjawab.
"Kerajaan yang bertanggungjawab memerlukan polisi yang bertanggungjawab, bukannya sesuatu yang kita lemparkan sebagai janji kerana ia tidak berasaskan realiti sebenar," katanya.
Justeru beliau mengingatkan ahli CUEPACS supaya tidak mengambil pendekatan berkonfrantasi dengan kerajaan sebagaimana tahun 60-an dalam membuat tuntutan kerana ia nyata tidak menguntungkan.
Jelas beliau, di sesetengah negara maju Eropah, saban bulan pasti ada mogok besar yang menyusahkan rakyat sehingga membantutkan ekonomi.
"Kita tidak mampu bersikap demikian atau ambil langkah sedemikian, biar kita meningkat walaupun tidak sampai ke tahap yang kita idamkan tetapi yang penting masa depan kita terjamin," katanya.
/hwa: utusan.com.my/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan