UM - 13/2/11
|
|
Begitu pun kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, UMNO dan Pas masih boleh bekerjasama serta senada dalam mempertahankan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang Melayu dan Islam seperti terkandung dalam Perlembagaan.
''Jika itu dapat dilakukan, ia sudah cukup untuk menjamin kepentingan dan masa depan orang Melayu dan Islam serta dalam masa sama kita juga tidak mengetepikan hak kaum lain yang juga dijamin oleh Perlembagaan,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi diskusi politik bertajuk 'Cabaran Kepimpinan Melayu di Masa Hadapan' pada Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Diskusi yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Nordin Kardi itu turut membariskan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Johan Jaaffar sebagai ahli panel.
Sementara itu, Mustafa berkata, Pas juga melihat adalah sesuatu yang sukar untuk bergabung dengan UMNO mengambil kira sejarah hubungan kedua-dua parti itu terutama dalam kerjasama di Kelantan pada penghujung 70-an.
Begitu pun kata beliau, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu serta Islam itu masih boleh dipertahankan dari sudut kapasiti parti masing-masing.
''Malah sekiranya dasar mempertahankan hak dan keistimewaan orang Melayu dan Islam itu dibuat oleh UMNO sekali pun, kami akan menyokongnya,'' katanya.
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan