BH - 11/02/11
MINGGU ini Kunta Kinte nak bincang sikit hal dunia Islam yang dilanda satu demi satu bala, daripada mala petaka alam kepada kekacauan politik.
Mula-mula kita seronok bila banyak negara baru Islam muncul setelah Empayar Komunis Soviet runtuh mulai pertengahan 1980-an. Tapi belum apa-apa lagi dah berlaku bunuh-membunuh di sesetengah negara baru itu.
Pada awal 1990 kita tengok Iraq langgar dan takluk Kuwait kononnya kerana Kuwait curi minyaknya dengan cara galian serong. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi mandat untuk hambat keluar tentera Iraq. Negara kita turut sokong ketetapan PBB itu.
Dengan dikepalai oleh Amerika dan Inggeris, 34 buah negara ambil bahagian dalam operasi ‘Desert Storm’ pada bulan Januari dan Februari tahun 1991. Dengan itu tewaslah bala tentera Iraq dan bermulalah kempen Amerika untuk langgar dan takluk Iraq pula. Maka pada 2003, Amerika pun langgar dan takluk Iraq.
Pada pertengahan dekad 1990 pula kita tengok kempen pembersihan kaum yang korban nyawa berpuluh-puluh ribu orang Islam di negara bekas Yugoslavia, khasnya di wilayah Bosnia-Herzegovina.
Kita tengok macam mana tentera pelindung Belanda di bawah panji-panji PBB buat-buat tak nampak bila kaum Kristian Serbia tawan kampung-kampung orang Islam, bunuh orang lelaki dan kanak-kanak lelaki beramai-ramai dan rogol wanita Islam.
Kemudian kita tengok pergolakan di Afghanistan yang berkesudahan dengan serangan Amerika dan British untuk jatuhkan Kerajaan Taliban pada 2001. Taliban dituduh bagi perlindungan kepada Osama bin Laden dan al-Qaeda.
Di Sudan, negara Barat api-apikan konflik antara orang Islam dengan Kristian. Sudan akan pecah dua. Wilayah selatan sudah mengundi untuk keluar daripada Republik Sudan dan tubuh negara majoriti Kristian.
Sekarang nampaknya giliran Mesir, Tunisia dan Yaman pula. Di Tunisia, Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang berkuasa sejak 1987 telah dinyahkan oleh tunjuk perasaan dan mogok oleh rakyat jelata yang dah muak dengan kemiskinan, kenaikan harga barang dan pengangguran serta campur tangan isteri dan keluarga beliau dalam pentadbiran negara.
Macam itulah juga di Mesir. Rakyat jelata dah muak dengan Presiden Muhammad Hosni Sayyid Mubarak yang perintah negara itu sejak 1981, tapi hidup mereka makin hari makin susah kerana pengangguran dan kenaikan harga barang.
Kunta Kinte dah banyak kali bagi amaran mengenai masalah kekurangan makanan dunia, kenaikan harga dan kesannya kepada kesejahteraan serta keselamatan sesebuah negara. Pasal itulah Kunta Kinte kata jangan sekali-kali abaikan pertanian.
Kita tengok di Mesir, pengangguran, kenaikan harga barang makanan dan keputusan pilihan raya yang dipertikai adalah punca tercetusnya kebangkitan rakyat jelata.
Apa pun kesudahan kepada keingkaran sivil (civil disobedience) yang sedang berlaku di Mesir akan bagi kesan besar dan luas kepada dunia Arab. Macam kita semua tahu, kebanyakan negara Arab masih amal sistem autokrasi atau sistem raja berkuasa mutlak.
Selain bertindak tangani kesan krisis di luar negara terhadap rakyat jelata, macam sedang dibuat dengan pelajar kita di Mesir, kita juga wajib ambil iktibar daripada krisis yang sedang landa dunia Arab dan dunia Islam.
Misalnya, gandingan gerakan masyarakat sivil dengan penggunaan media baru tak boleh disekat lagi.
Kedua, demokrasi pseudo dah tak boleh diterima rakyat jelata. Sebab itulah satu demi satu pemerintahan dipilih di bawah sistem pilihan raya yang tidak ada kredibiliti dan tak telus ditolak.
Ketiga, campur tangan oleh pihak luar dan pihak yang tidak dipilih rakyat adalah antara punca kejatuhan kerajaan suami-isteri, kerajaan anak-bapa dan kerajaan suku-sakat.
Kita baca dalam surat khabar dan tengok dalam televisyen macam mana bini Ben Ali dituduh sebagai salah satu punca Ben Ali ditentang oleh rakyat.
Kita pun dah tahu yang anak Presiden Hosni Mubarak, Kamal, yang disebut-sebut akan ganti bapanya telah cabut lari ke England.
Ben Ali dan bininya, Leila Trabelsi, terpaksa terbang dari sebuah negara ke negara lain cari perlindungan. Akhirnya terpaksa turun di Arab Saudi kerana tak ada negara lain mahu terima mereka.
Leila Trabelsi dibagi jolokan ‘Lady Macbeth of Tunisia’ kerana macam Lady Macbeth dalam drama Shakespeare dia gunakan kuasa suaminya dan berjaya jadi Ratu Scotland.
Kunta Kinte baca laporan surat khabar Perancis, Le Monde, dakwa Ben Ali dan Leila bawa lari 1.5 tan emas dari Tunisia. Barang dijauhkan Allah janganlah musibah macam ni berlaku kepada kita.
Dipendekkan cerita, Kunta Kinte tak nampak dunia Arab boleh patah balik ke zaman dulu. Perubahan, sama ada buruk atau baik, akan berlaku. Lambat laun, raja berkuasa mutlak, autokrat dan tentera terpaksa kongsi kuasa dengan rakyat jelata atau hadapi kemungkinan rusuhan dan pertumpahan darah yang lebih teruk.
/hwa: bharian.com.my/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan