Bernama - 31 Januari, 2011 18:58 PM
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat sudah tidak mampu lagi untuk menyumbang pimpinan ke arah pembentukan kerajaan yang berkuasa pada masa akan datang, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata ini kerana seorang demi seorang anggota parti itu bertindak keluar dan kini hanya Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali serta beberapa pengikut ketua umum itu yang masih setia dengan parti tersebut.
"Yang masih tinggal hanyalah beliau (Anwar) dan beberapa anggota keluarga serta orang intim beliau yang saya duga tidak dapat memimpin ke arah berkuasa, tetapi memimpin ke arah mengadu domba mungkin boleh tetapi untuk berkuasa sudah hilang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Pembinaan dan Penyelenggaraan di antara Telekom Malaysia Berhad (TM) dan NTT Communications Corporation (NTT Com) mengenai pembinaan sistem kabel dasar laut antarabangsa baru di sini pada Isnin.
Rais diminta mengulas mengenai Anggota Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan yang keluar PKR serta melepaskan jawatannya dan menjadi Anggota Parlimen Bebas berkuat kuasa serta merta, pada Sabtu lepas.
Rais berkata tindakan Gobalakrishnan itu jelas menunjukkan bahawa PKR sudah mengalami perpecahan dan keranapan yang amat besar.
"Tindakan beliau keluar PKR harus dilihat dari sudut mampu atau tidak PKR menyumbang tenaga kepada pimpinan masa depan, saya berpandangan (PKR) tidak mampu lagi.
"Tidak dapat dinafikan lagi mungkin Anwar tidak mengaku parti itu sudah berkecai, dengan keluarnya Gobalakrishnan daripada PKR maka wujud anggapan bahawa parti itu sebenarnya tidak lagi dipergantungi oleh para pemimpinnya dan juga para pengikut yang kukuh atau tinggi letak kedudukannya," katanya.
Beliau berkata PKR juga dilihat tidak memberikan banyak sumbangan sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang berakhir pada Ahad dengan kemenangan besar oleh Barisan Nasional (BN).
"Sumbangan mereka di Tenang baru-baru ini juga tidak seberapa, boleh dikatakan yang lebih menonjol adalah PAS," katanya.
/hwa: bernama.com.my/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan