Bernama - 11/2/11
BALING, 10 Feb (Bernama) -- Peningkatan sokongan rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional di Kedah semakin ketara, kata pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.
Katanya beliau yakin BN mampu kembali berkuasa di Kedah dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya semua pihak dalam Umno dan BN mengutamakan misi "gelombang merah".
"Semua pihak dalam Umno dan BN hendaklah mengetepikan perselisihan peribadi dengan meletakkan parti mengatasi kepentingan diri," katanya sewaktu berucap pada majlis kesyukuran dan perjumpaan bersama rakyat di Kampung Tiak, Kupang, di sini Khamis.
Ahmad Bashah berharap setiap pemimpin parti melakukan perubahan dan mengambil tahu kehendak dan pandangan rakyat untuk dibawa kepada pengetahuan kepimpinan tertinggi parti.
Pada majlis itu sebanyak 10 keluarga kurang mampu menerima kunci rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
/hwa: bernama.com.my/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan