KUALA LUMPUR 24 Mac – Bukan sesuatu yang pelik jika selepas ini judi akan dihalalkan di Kelantan setelah “tok guru” Datuk Nik Aziz kendur dengan prinisp Pas yang sebelum ini begitu lantang mengharamkan perkara tersebut.
Demikian menurut Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO merangkap Ketua Pemuda UMNO Rantau Panjang, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berhubung sikap tarik tali berhubung isu judi di negeri berkenaan.
Menurut beliau kedai nombor ekor dan sebagainya akan mula tumbuh bagai cendawan dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada waktu ini mungkin sedang mencari dalil daripada al-quran dan sebagainya bagi menghalalkan perkara tersebut.
“Ini adalah andaian saya berdasarkan kepada tindak-tanduk kerajaan negeri sebelum ini. Dulu menyanyi tidak boleh, permainan snooker tidak boleh, dikir barat tidak boleh…Namun kemudiannya segala pengharaman berkenaan ditarik balik.
“Pandai pula mereka berlakon…nyanyi dengan bersyarat, snooker pula dengan bersyarat dan macam-macam lagi alasan mereka. Dan judi selepas ini mungkin boleh tetapi mungkin dengan bersyarat. Itu hanyalah untuk menutup prinsip mereka yang mula terhakis sedikit demi sedikit hari ini, ” katanya kepada UMNO-Online.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu judi di Kelantan apabila Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dilaporkan meminta Penasihat Undang-Undang mengkaji semula dari segi undang-undang dalam pengharaman kegiatan perjudian di negeri tersebut.
Dan hari ini, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun mendakwa mereka tidak tunduk kepada rakan sekutunya, DAP, walaupun ia bersedia mengkaji semula larangan terhadap aktiviti perjudian di Kelantan.
Tegas Ustaz Afandi lagi, apa pun alasan yang diberikan, Pas Kelantan hari ini sebenarnya terperangkap dengan mainan politiknya sendiri kerana sebelum ini pernah melontarkan pelbagai kutukan dan cacian terhadap Barisan Nasional (BN) yang kononnya menggalakkan aktiviti berkenaan.
“Allah s.w.t maha adil dan maha kaya…. hari ini secara tunai bagaimanan Pas mungkin terpaksa menjilat kembali apa yang diperkatakan terhadap BN selama ini. Gara-gara segenggam kuasa dan mungkin sedikit teguran daripada sekutu mereka yang mungkin “berdehem”, “tok guru” teraba-raba mencari jalan keluar isu tersebut.
“Tunggulah perubahan di Kelantan dalam masa terdekat. Saya tidak mahu beri jaminan, cuma meminta rakan-rakan daripada luar sana melihat bagaimana politik memperlatkan Islam digunakan di negeri Serambi Mekah ini, ” katanya.
/hwa: umno-online.com | MediaUMNO - 24/3/11

Tiada ulasan:
Catat Ulasan