25 Mac 2011

Malaysia buka lembaran baharu di Eropah

MALAYSIA bakal membuka lembaran baru dan mengukuhkan hubungan dagangan dengan beberapa negara Eropah seperti Jerman, Austria dan Perancis.

Negara-negara itu sebelum ini telah memberi impak penting dalam ekonomi negara terutama dalam bidang automotif.

Antaranya kerjasama eksklusif yang terbentuk antara Volkswagen AG (VW) syarikat automotif Jerman dan DRB-HICOM Bhd. (DRB-HICOM).

Melalui kerjasama antara tersebut, ia dapat membantu menjadikan Pekan, Pahang sebagai pusat pengeluaran automotif ASEAN.

Secara tidak langsung ia akan dapat mempromosi peluang pekerjaan, pembangunan skil dan peluang perniagaan bagi industri hiliran.

Selain mengembangkan teknologi automotif tempatan dan pertukaran kepakaran dalam pemasangan, ujian dan kualiti bagi model di pasang dalam negara (CKD).

Selain itu, satu lagi syarikat automotif tempatan yang mempunyai kerjasama dengan pengeluar kereta terkemuka Perancis iaitu Kumpulan Naza dan Peugeot.

Lembaran pengukuhan itu akan dimulakan dengan misi perdagangan pada 27 Mac ini diketuai oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Misi selama seminggu itu, akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti serta mesyuarat meja bulat dalam usaha mempromosi peluang perdagangan dan pelaburan di Malaysia serta mengukuhkan inisiatif kerjasama serta usahasama.

Beliau juga akan mengemaskini langkah-langkah terkini diambil oleh Malaysia dalam mengukuhkan ekonomi serta merangsang pertumbuhan.

Ketiga-tiga negara Eropah tersebut merupakan rakan dagang penting dan sumber pelaburan untuk Malaysia.

Pada 2010, tiga pasaran tersebut mewakili 4.6 peratus dari jumlah keseluruhan dagangan global Malaysia iaitu sebanyak 43.8 peratus bagi dagangan dengan Kesatuan Eropah (EU).

Sehingga 2010, projek pelaburan realisasi dari ketiga-tiga negara itu adalah berjumlah AS$5.8 bilion (RM20.1 bilion).

Jerman adalah rakan dagang terbesar Malaysia di EU pada 201, dengan jumlah dagangan sebanyak AS$12 bilion (RM38.7 bilion atau 31.5 peratus dari jumlah dagangan Malaysia dengan EU.

Eksport ke Jerman pula adalah berjumlah AS$5.4 bilion (RM17.3 bilion atau 25.3 peratus eksport Malaysia ke EU menjadikan negara tersebut sebagai pasaran eksport kedua terbesar Malaysia.

Jerman juga merupakan sumber import terbesar dari EU dengan jumlah AS$6.6 bilion (RM21.3 bilion atau 39.4 peratus dari jumlah import keseluruhan EU.

Sehingga 2010, syarikat-syarikat Jerman telah melabur AS$5.2 bilion (RM18.2 bilion) dalam pelaksanaan 339 projek terutama bagi elektrik dan elektronik (e&e), bahan kimia dan produk kimia, petroleum dan produk petrokimia, mesin dan peralatan serta produk keluli asas.

Sementara itu, Perancis adalah rakan niaga ketiga terbesar Malaysia di EU dengan jumlah dagangan mencecah AS$4.2 bilion (RM13.4 bilion) atau 10.9 peratus dari dagangan Malaysia dengan EU.

Perancis adalah destinasi eksport keempat terbesar di EU, dengan eksport direkodkan pada paras AS$2.2 bilion (RM7.1 bilion) atau 10.3 peratus eksport Malaysia di rantau itu.

Sebagai tambahan, mereka juga adalah sumber import kedua terbesar di EU dengan nilai AS$1.9 bilion (RM6.3 bilion) atau 11.6 peratus dari import EU.

Sehingga 2010, syarikat-syarikat Perancis melaksanakan 90 projek pembuatan, melibatkan pelaburan modal sebanyak AS$558.8 juta (RM1.8 bilion).

Di kalangan negara-negara EU, Malaysia adalah rakan dagang Malaysia ke-11 pada 2010 dengan dagangan berjumlah AS$540.7 juta (RM1.7 bilion atau 1.4 peratus jumlah keseluruhan dagangan dengan EU.

Pada tempoh yang sama, Austria pasaran eksport ke-18 dan sumber import kesembilan terbesar.

Eksport Malaysia ke Austria adalah pada nilai AS$81.9 juta (RM263.9 juta) atau 0.4 peratus dari jumlah eksport ke EU, manakala import berjumlah AS$458.8 juta (RM1.4 bilion) atau 2.7 peratus jumlah import dari EU.

/hwa: utusan.com.my | um - 25/3/11

Tiada ulasan: