22 Mac 2011

Najib yakin ekonomi Malaysia capai sasaran 6%

KUCHING 19 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan keyakinan bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia akan mencapai sasaran enam peratus tahun ini.

”Kita akan mendapat enam peratus (pertumbuhan ekonomi)(dan kita sedang) berusaha sebaik mungkin. Setiap minggu, majlis ekonomi akan bertemu (bagi membincangkan isu ini)” selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan (menarik) pelaburan,” katanya semasa sesi “Mari Berjumpa Berhubung” dengan rakan-rakan Facebook tempatan di sini.

Pertemuan ini merupakan program kali pertama Najib bertemu peminat Facebook nya di luar Putrajaya. Dua sesi pertama diadakan di Putrajaya pada Mac tahun lepas dan Februari tahun ini.

Najib berkata, kerajaan juga mewujudkan lebih banyak peluang kerja bagi peringkat pertengahan dan tinggi bagi memastikan matlamat kerajaan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dapat dicapai menjelang 2020.

Beliau juga berkata, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang bermatlamat untuk meningkatkan Pendapatan Dalam Negara Kasar (KDNK) daripada RM660 bilion pada 2009, sehingga hampir kepada RM1.7 trilion pada 2020, bukan satu igauan.

/hwa: utusan.com.my | bernama - 19/3/11

Tiada ulasan: