
Muhyiddin Yassin menyerahkan buku
Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program
Transformasi Ekonomi (ETP) kepada Najib Tun Razak di Auditorium
Angkasapuri, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/Hafiz Johari
KUALA LUMPUR 2 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru seluruh
rakyat agar memberi sokongan kepada kerajaan selepas menyaksikan
kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi
Ekonomi (ETP).
Timbalan Perdana Menteri berkata, sokongan itu penting kerana usaha
kerajaan untuk memastikan Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju
berpendapatan tinggi tidak hanya terhenti setakat ini, sebaliknya ia
akan berterusan.
“Kita tidak berhenti di sini, kita akan terus berbuat banyak lagi
(transformasi). Hari ini, usaha kita mula membuahkan hasil, kadar
jenayah berkurangan, literasi dan pendidikan pula meningkat serta
pengangkutan bandar bertambah baik.
“Saya dapat melihat kehidupan orang ramai yang semakin bertambah
baik. Sebab itu, semua pihak yang berkepentingan khususnya rakyat perlu
terus menyokong kerajaan pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan di
sini malam ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan tahunan kejayaan
program GTP dan ETP yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak, selepas dua tahun ia dilancarkan di Angkasapuri, di sini
malam ini.
/HWA: utusan.com.my | 3/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan