21 Mei 2012

287 ketua keluarga Felda Tenang terima durian runtuh

BESUT 18 Mei - Seramai 287 ketua keluarga peneroka Felda Tenang, Hulu Besut, dekat sini menerima durian runtuh yang dijanjikan kerajaan berjumlah RM1.435 juta semalam.
Mereka yang merupakan kumpulan pertama meneroka tanah rancangan itu sejak lebih 40 tahun lalu masing-masing menerima bayaran fasa pertama tersebut dalam bentuk cek.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad berkata, durian runtuh itu merupakan janji kerajaan untuk menyediakan kemudahan kepada rakyat dan sewajarnya disambut dengan rasa syukur.
Sebaliknya apa yang dikesalkan, kata beliau, pelbagai kenyataan tidak benar dikeluarkan pembangkang untuk memburukkan Felda dan beliau hairan mengapa segelintir peneroka boleh terpengaruh.
"Mereka turut menolak tawaran untuk mendapatkan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) tetapi bersetuju menerima durian runtuh daripada Felda," katanya pada majlis penyerahan sumbangan itu di Dewan Nurul Ehsan, di sini hari ini.
Menurut Nawi, sepatutnya jika saham FGVH dianggap haram maka durian runtuh yang diberikan Felda juga adalah haram kerana datang dari sumber yang sama.
Justeru tambahnya, rakyat sepatutnya menilai sikap sebenar pembangkang khususnya Pas yang sering mengisytiharkan sesuatu pemberian dan bantuan kerajaan sebagai haram apabila mereka tidak menerimanya tetapi halal pula apabila mereka turut memperolehnya.
"Ini hanyalah dakyah pembangkang yang mahu mengelirukan warga Felda kerana jika Felda, UMNO dan kerajaan zalim, sudah lama peneroka bertindak keluar dan tidak perlu menunggu begitu lama," katanya.
/HWA: utusan.com.my | 19/5/12

Tiada ulasan: