ABDULLAH Ahmad Badawi (duduk tiga dari
kiri) beramah mesra dengan pemimpin PIBG kawasan Parlimen Kepala Batas
di Penang Golf Resort, Kepala Batas, semalam.
*****
KEPALA BATAS 3 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi
hari ini menyifatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
rela menjadi kuda tunggangan DAP sebagai satu tindakan yang bodoh.
Abdullah berkata, ini kerana kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu amat memalukan diri sendiri.
“Bodohlah... sampai sanggup dia (Anwar) jadi kuda tunggangan DAP...
kalau dia mau jadi kuda tunggangan UMNO sekalipun, UMNO pun tak mau kan
dia.
“Sepatutnya dia (Anwar) berasa malu dengan sikap yang sanggup menjadi kuda pihak lain," katanya,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perjumpaan
bersama dengan Pemimpin Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Parlimen
Kepala Batas di Penang Golf Resort di sini.
Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar
yang beliau rela menjadi kuda tunggangan DAP jika tindakan itu
membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 nanti.
Akhbar semalam melaporkan Anwar dalam ceramah perdana sempena
Konvensyen Pakatan Pembangkang Perak di Ipoh berkata, beliau lebih
mempercayai pemimpin DAP dan mendengar nasihat mereka berbanding
mana-mana pemimpin dalam UMNO.
Sementara itu, Abdullah yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas
berkata, tindakan pihak terbabit dalam perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu
termasuk membawa pemerhati luar untuk memantau keadaan tidak sepatutnya
dilakukan.
“Tindakan membawa masuk pemerhati luar tanpa sebab kerana rakyat
Malaysia tahu apa yang baik dan sebaliknya untuk negara ini, tidak payah
bawa orang luar," ujarnya.
Menurut beliau, perhimpunan yang didakwa aman sebelumnya bertukar
menjadi ganas membuktikan penganjur gagal mengawal keadaan sehingga
berlakunya rusuhan.
/HWA: utusan.com.my | 4/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan