4 Mei 2012

Bersih 3.0 memerangkap diri

APABILA kerajaan membenarkan Bersih 3.0 terjadi ia membayangkan keterbukaan kerajaan terhadap perbezaan pandangan. Kerajaan tidak membenarkan ia berlaku di Dataran Merdeka kerana mengganggu kepentingan awam. Lalu Stadium Merdeka dan Stadium Nasional Bukit Jalil ditawarkan. Tempatnya lebih selesa dan tidak mengganggu kepentingan awam.
Pihak penganjur mahu juga mengadakannya di Dataran Merdeka dengan kenyataan bahawa ia berlaku secara aman. Apabila ia terus berlaku di sekitar Dataran Merdeka dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya membayangkan niat sebenar mereka untuk menimbulkan kekacauan dan huru-hara. Mereka terperangkap konon melakukan demonstrasi secara aman tetapi sebaliknya mencetuskan rusuhan dan huru-hara.
Ambiga, Pengerusi Bersama Bersih 3.0 menyatakan bahawa perhimpunan itu akan berlaku secara aman sebaliknya berlaku rusuhan dan kekacauan. Ambiga bekas Presiden Majlis Peguam. Dia tahu hal undang-undang dan mahkamah. Apabila undang-undang dilanggar dan perintah mahkamah cuba dicabuli, cita-cita sebenar perhimpunan jalanan terserlah. Ambiga terperangkap dengannya kerana Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Tian Chua mempunyai agenda tersendiri untuk menimbulkan huru-hara.
Anwar dan Azmin dalam sidang media 30 April menafikan gerombolannya memulakan penyerbuan ke Dataran Merdeka. Bila bukti rakaman video tentang arahan Anwar kepada Azmin untuk merempuh halangan ternyata Anwar berada dalam keadaan berdolak dalik dan cuba membohongi wartawan. Sekali lagi Anwar dan Azmin terperangkap dengan sindrom penafian yang sering menjadi strateginya.
Nik Aziz mengarahkan supaya orang Pas wajib hadir dalam Bersih 3.0 malah memberikan duit poketnya untuk membolehkan sebahagian mereka hadir. Apakah perintah wajib itu terkait dengan syarak dan ia sesuatu yang syarie. Apakah melakukan kerja-kerja rusuhan dengan memukul anggota keselamatan dan media dan membalikkan kereta ronda itu diajar oleh Islam.
Nik Aziz dengan politik dendam kesumatnya telah mencetuskan nafsu amarah yang tidak terkawal di kalangan ahlinya dan semacam menyerupai peristiwa Dataran Tahrir untuk dilakukan di Dataran Merdeka. Sekali lagi Nik Aziz terperangkap dengan kenyataan dan arahannya dan ia amat bercanggah dan ajaran Islam.
Pihak penganjur tidak menerima tawaran ke Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil. Mereka bimbang jumlah kehadiran ke sana tidak akan penuh. Sepatutnya jumlah kehadiran adalah lebih ramai kerana sekatan terhadap kehadiran tidak semacam Bersih 2.0.
Kehadiran orang ramai di Sarawak menyambut kedatangan Perdana Menteri kalau tidak sama ramai mengatasi jumlah yang hadir di ibu kota. Ia memerangkap pihak penganjur kerana jumlah yang hadir adalah kecil kerana arahan Nik Aziz sepatutnya disambut dengan jutaan manusia. Sekali lagi mereka terperangkap dengan jangkaan dan harapan.
Pihak keselamatan negara amat sabar menghadapi tindakan agresif, provokatif dan kecenderungan merusuh yang ada di kalangan yang hadir.
Ambiga cuba meleraikan tindakan di luar undang-undang. Tetapi arahan Amiba sebagai Pengerusi Bersama Bersih 3.0 tidak diendahkan oleh Anwar, Azmin dan Tian Chua mengarahkan supaya rempuhan dilakukan. Sekali lagi Ambiga terperangkap antara bersurai dengan agenda Anwar untuk menjadikan Dataran Merdeka sebagai Dataran Tahrir.
Silence-majority atau kumpulan terbanyak di kalangan peniaga, pemandu teksi, masyarakat awam dan rakyat Malaysia sedang menyaksikan strategi Anwar untuk sampai ke Putrajaya dengan cara kekerasan. Ia bukan menambah sokongan terhadap pembangkang malah menimbulkan kebencian dan kebimbangan hari depan negara sekiranya strategi Arab Spring ini dicetuskan di Malaysia. Sekali lagi Anwar terperangkap dengan strategi tersembunyinya kerana itulah saja jalan yang ada baginya yang desprate dan kehabisan modal dan strategi untuk menghadapi proses demokrasi.
Demi keselamatan negara, Bersih 4.0 tidak seharusnya berlaku. Kita sudah tahu strategi Anwar dan konco-konconya seperti Azmin yang sedang menghadapi masalah integriti yang serius mengenai isu moralnya.
Dengan menguasai Putrajaya diharapkan masalah moralnya dapat dibersihkan. Kerajaan harus menjaga kepentingan rakyat terbanyak. Dalam proses demokrasi biarlah rakyat menentukan perubahan menerusi peti undi bukannya demonstrasi jalanan yang disertakan kelompok yang kecewa dan memiliki rasa dendam kesumat yang tinggi.
/HWA: utusan.com.my | 2/5/12

Tiada ulasan: