NAJIB Tun Razak diiringi Koordinator
Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed
melepaskan kenderaan pemandu-pemandu teksi yang memberi sokongan kepada
parti pada majlis Pelancaran Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) Barisan
Nasional Selangor di Bangunan UMNO Selangor, Shah Alam, semalam. -
UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH
*****
KUALA LUMPUR 10 Mei - Penyenaraian Felda Global
Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia menjelang pertengahan tahun
ini merupakan usaha kerajaan yang mampu membawa kekayaan kepada Felda
dan golongan peneroka secara lonjakan berganda.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tujuan
penyenaraian dilakukan adalah untuk menambah nilai pasaran terhadap aset
yang dimiliki oleh Felda.
"Jika tidak disenaraikan, harga yang kita ada itu tidak dapat
dilonjakkan. Bila disenaraikan nilainya akan ditentukan oleh pasaran
secara berlipat ganda.
"Sebahagian daripada kekayaan yang diperoleh daripada pasaran itu
kemudian akan diserahkan kepada peneroka Felda," katanya ketika menjawab
soalan pemanggil semasa temubual rancangan Sinar Pagi selama satu jam
di stesen radio Sinar fm di sini, hari ini.
Semasa siaran selama satu jam itu, Najib turut mengulangi janji
kerajaan tidak akan merampas mana-mana tanah milik peneroka manakala
semua manfaat yang dinikmati oleh golongan peneroka Felda tidak akan
terjejas.
"Kita tak ambil tanah peneroka, tanah milik peneroka kekal. Kita
ambil tanah perladangan yang tiada peneroka. Hak peneroka tetap kita
kekalkan,'' katanya.
Penyenaraian FGVH merupakan langkah kerajaan untuk meningkatkan
prestasi dan produktiviti syarikat tersebut seiring dengan pemain
industri perladangan global lain di dunia berikutan saingan industri
yang semakin pesat di rantau ini.
/HWA: utusan.com.my | 11/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan